salah satu prospek pingat emas sukan asia akhirnya jadik emas..tahniah lagenda dalam pembikinan-azizul hasni awang...kau memang hebat..aku tumpang bangga..woha!woha!woha!
dalam sukan-kebanyakkan sukan, saiz amat penting.. sebab saiz melahirkan kudrat..tambah pula bila acara itu duduk dalam satu gelanggang.. tidak seperti menembak, memanah, catur atau bowling - size terang-terang tidak penting..tidak duduk satu gelanggang..tidak ada fizikal chalenge..
pada pengamatan aku... lumba basikal keirin atau pecut dalam velodrom sangat mencabar sebab ia acara yang sangat pantas dan sangat sekejap...menang atau kalah hanya dibezakan 1 atau setengah saat sahaja....ia 'seolah-olah' tidak ada strategi lain - pecut dan menang! jika semangat down untuk satu saat..pasti out of da track..
lagi pula...tekanan pada azizul sangat tinggi - dilabel anak emas KBS atau shabery chik, dan tragedi delhi serta harapan seluruh orang mesia..ia wajib emas..aku rasa sebab ego azizul ni besar...
lihat keegoan dia - wili pada garisan penamat...ego juga elemen penting utk menjadi juara...lihat usainbolt.mourinho.muhammad ali.prince nasim.pakdee (sepaktakraw thai).rexy (beregu indon)..ego membantu mengatasi tekanan...
azizul - seorang suami.seorang dungun.seorang rendah dan kecil- tahniah dan semoga menyumbang emas pertama malaysia pada olimpikgames...london 2012.
nota kaki : dulu suka tengok m kumaresan dan spek coloringnya. rosman alwi dan helmet bulatnya..
tunggu. semua orang pernah menunggu.menunggu tidak perlu buat apa-apa.pegun, diam dan biarkan masa berlalu.semestinya menunggu bukan suatu yang indah.tapi sesuatu perkara jika kita tidak mampu untuk mengejar itu tandanya kita perlu menunggu..
pelik bukan.kadang suatu yang kita kejar itu semakin lari..sungguh-sungguh kejar..sungguh-sungguh pula ia lari..bila tunggu boleh pula datang sendiri..ye.hidup kadang sebuah kepelikan..sebuah misteri..
tunggu itu sabar. sabar itu tunggu.saling melengkapi..hilang sabar maka hilanglah tunggu..tiada lagi melengkapi..
"hoi!!! ko ingat aku tunggul ker tunggu ko sampai 5 jam?"
tiada sabar maka tunggu akan sinonim tunggul.menunggu itu perlu kekuatan..kadang menunggu itu satu kebijakan..heh!aku masih suka dialog dalam citer legend of the falls..masa hero perlu pergi..
"i lap u" "i will wait for u" "forever.." "i'll wait u forever"
masa berlalu.lama! hero sudah balik ke kampung balik..
"im sorry" "forever is too long"
argh..best betol dialog.ingat sampai skrg..aku sorang yang jenis tak suka tgk citer sama banyak kali...boleh tgk tapi tak suka...rasa ingin tahu la yang best..bila dah tahu..ia sedikit kendur..
menunggu itu mudah bukan?.. bagi orang yang dinanti..
kenangan itu rekod. kenangan itu rahsia. kenangan itu pembelajaran hidup.
kenangan itu...Entah! kenangan itu obat. kenangan itu manis dan pahit. kenangan itu senyum dan tangis. uwaaa!
kenangan itu..its nothing! kenangan itu sia-sia. kenangan itu sakit. kenangan? penuh tahik!!
kenangan sukar di tafsir dengan jelas. kenangan ianya subjektif..macam sejarah..ye! kenangan itu sejarah. sejarah sendiri..bukan sejarah orang lain-mana mungkin! kenangan kadang-kadang objektif.macam matematik. contoh? 1+1 = 2..kenangan yg tepat..
kenangan? jangan hidup dengan kenangan beb! kenangan biar ia pergi. kenangan? susah mahu padam laa.
hidup itu pengembaraan.. kenangan itu sebahagian dari pengembaraan. kenangan itu harapan..boleh ke?
kenangan?air mata - kompem pompuan! heh. kenangan itu zaman kanak-kanak. kenangan itu otak.
apa itu kenangan? apa ye? Semualah! kenangan itu semua!
ini gambar-gambar cilok banjir kota tinggi pusingan kedua pada 2007.
2010..sekarang negeri-negeri utara pula dilanda banjir...dalam menghadapi bencana alam seperti ini kita haruslah saling tolong-menolong...kerajaan kelantan melalui nik aziz pernah menderma 1 juta kepada kota tinggi pada 2007..dan juga melakukan solat hajat...dia juga ada berkata..
"org kelantan sudah biasa susah...banjir di kelantan tiap-tiap tahun pada musim tengkujuh..jadi rm satu juta ini diharapkan dapat meringankan beban orang kota tinggi"
ada masa orang politik harus letak politik ke tepi..kepada orang kedah dan perlis..semoga tabah dan cekal...
nota kaki : waktu kecik dulu musim banjirlah best..boleh main air sebulan time cuti sekolah musim tengkujuh..sebulan tak nampak matahari..ho ho ho.hujan mencurah-curah tanpa ada tanda akan berhenti...cuma sedihnya..sebulan tak boleh main bola sebab padang dah jadik kolam...
dan..waktu cuti macam nilah ramai juga yang kawin dan ramai yang bersunat...ia waktu senggama dan hibernasi yang nyaman...dalam duka juga ada suka...