Friday, March 15, 2013
bloglist gua
aku suka membaca. bloglist-bloglist aku panjang(yeke?). bloglist ni macam library. ia umpama buku-buku. Macam -macam cerita ada. Tapi bloglist-bloglist kini semakin slow updatenya. Sama la macam aku jarang-jarang menulis.Kekangan masa semestinya.
Ada masa maka boleh membaca tapi ada masa belum tentu boleh menulis...
Blogwalking - Bila blogwalking musti ada jumpa blog-blog yang best yang baru timbul.. tapi untuk jumpa blog best bukan senang. Banyak jumpa yang boring-boring dulu..
blog best - dari kacamata aku. ada blog best bagi orang, tak best bagi aku. Ada blog tak best bagi orang, best bagi aku - macam makanan kan. taste kita ada sama. ada lain. Sebab tu dipanggil manusia. :D
detik jantung waktu - blog yang menghuni tangga terbawah. Antara blog terawal yang aku baca dan suka. ia hanya kisah peribadi. Susah mencari blog lelaki yang berdiari dan best. dia selalu update blog dipagi hari. jadi ia bacaan wajib seperti surat khabar.
Yang best cerita dia panjang-panjang dan konsisten. Detik Jantung Waktu antara yang menghairahkan aku untuk berblog cuma ia mengambil masa panjang sebelum aku berblog pada 2008.
Trankuiliti Tronoh - pun aku suka. entry 'Too Many Walls And Not Enough Bridges' sangat jujur. Lelaki susah menulis tentang hati. Harap ada sambungannya nanti..
bloglist - ada yang aku tunggu-tunggu updatenya. ada yang biasa-biasa. dan kerana aku melayu, ada blog yang 'kita berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa'.
my bloglist - dont stop writing. just dont..
"we read to know we are not alone" c.s lewis
Tuesday, December 25, 2012
where are all the boys gone?
Tempat aku berniaga ni ada 2500 student. 2200 perempuan dan 300 lelaki. Huh? gile punya statistik. Masa akan datang memang perempuan akan memenuhi banyak kerja-kerja penting dalam kerajaan dan company besar-besar. Aku fikir bukan kat tempat aku berniaga jer seperti ini. Aku rasa semua IPT di seluruh malaysia...
Mr mama akan bertambah banyak!!!
dan mencari calon suami akan bertambah sukar. Praktik pepatah Sambil menyelam minum air, perempuan, kalau kau tak mencari jodoh di alam pendidikan tinggi, chances menjadi andalusia sangatlah tinggi.
mungkin kau fikir. belajar rajin-rajin. Nanti dah kerja boleh jumpa ramai lelaki. ramai calon..
hah! bingo!
Bila kau keluar dari univ atau kolej, bukan senang cari lelaki yang ideal. Ramai lelaki - tapi tak tahu sejarah, tak tahu latar belakang, perangai dan sebagainya...dan rutin kau hari-hari sama. pergi kerja-balik-tidor. Pergi kerja-balik-tidor.
dan tidak sedikit orang yang kau suka tu, berstatus suami orang.Tunang orang.Orang punya.
Ia pencarian yang sukar. Jadi menyelamlah sambil minum air. selamat menyelam!
“Beautiful face. Beautiful body. Horrible attitude. It was the holy trinity of hot boys.” -ain hawau ni-
"Women fall in love by what they hear. Men fall in love by what they see. That’s why women wear makeup and men lie" -neelofa-
"Girls’ problem: They love the ones that hurt them. Boys’ problem: They hurt the ones they love" -unknown-
"In every girl’s life, there’s is a boy she’ll never forget. In every boy’s life, there’s a girl he can never get" -unknown-
Wednesday, May 9, 2012
jodoh tak sampai-sampai
"Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin" [kajian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat]
aku nak mengulas pasal lelaki. sebab aku lelaki dan termasuk dalam carta dan lebih memahami lelaki. hahaha..........uhuks!
1)masalah kewangan [44.7%]
Benda ini faktor utama lelaki tidak berkahwin. Yelah kalau diri sendiri tunggang-langgang. Tidak cukup. Tidak stabil mana mungkin berupaya jaga anak orang. Dan jika ada lelaki yakin rezeki selepas kahwin itu akan mencanak-canak, sebilangan besar perempuan gagal meyakininya. Perkahwinan isu yang sangat besar dalam agama kita. Islam pun ada kata kahwin akan membuka pintu rezeki. Pahala juga bertambah-tambah. Solat seorang bujang tidak sama nilainya solat seorang suami disisiNya. Bergegar arasy jika terbinanya perkahwinan.. gila syaitan sekejap..
Sementelah sedekad pelajar universiti 65% perempuan, 35% lelaki, trend lambat kawin sebab kewangan akan berterusan dan berpanjangan. Dulu perkahwinan lebih simple. kenduri bergotong royong. tidak bervideo bagai. tidak bergambar bertunang-pra kawin-berkahwin. tidak kad kawin cantik-cantik, lain dari yang lain. zaman padan jodoh. ...Sekarang zaman duit. No money no marry.
2)Tiada Calon Sesuai [19.30%]
Faktor ini ada kena sikit dengan faktor pertama. Faktor sekufu. dan lebih kepada sekufu ekonomi. Bila ekonomi tidak sama, wujud 'gap' secara tidak sengaja. Sukar awek beli mcdonald untuk berkahwin dengan boboi kaunter mcdonald. Wujud ketidak-sesuaian dek duit.
Masa time sekolah pun, ada 'gap' juga. Jika kau pelajar tak pandai berani kau tekel awek budak kelas A? who's the doctor or engineer in the making..tapi masa ini kalau kau mengorat dan dapat, faktor 'tiada calon sesuai' tidak berapa berkesan. sebenarnya, dalam sekolah, dalam kolej, dalam univ adalah tempat terbaik untuk mencari calon sesuai. Bila keluar dan bekerja di dunia sebenar, ia tidak seindah yang kau impikan kebanyakkannya.
Bila tahap ekonomi berbeza, banyak perbezaannya. hobi, tempat shopping, tempat jalan-jalan. tempat makan.macam-macam berbeza sampai pemikiran akhirnya juga terpengaruh dan mengatakan 'dia tidak sesuai'.malu aku kalau kawin dengan dia ni. No Money No Suit
3) Kemajuan Kerjaya [12.80 %]
Oleh kerana mahu kawin perlu banyak duit. maka lelaki-lelaki akan terpaksa berusaha dengan lebih gigih. bila tercicir dalam pelajaran ia menjadikan jalan untuk menuju kestabilan semakin sukar dan jauh. Bila lelaki tidak cemerlang dalam pelajaran, dia semestinya tidak bekerja dengan kerajaan atau kompeni swasta yang hebat. bila kau kerja kerajaan - banyak yang kau setel. loan rumah kau senang. loan personal kau senang. semua bank cari kau. Bila kau melayu dan swasta, ia sangat sukar. Swasta itu Cina sebenarnya.
Seorang cina boleh kaya dengan ada kedai 4 bijik untuk buat sewa. ada rumah 5 bijik buat sewa. Cina boleh jadi along. Semua bangunan tinggi di malaysia milik bukan kerajaan, 99% cina punya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua cina punya. Cina dan perniagaan sudah sebati.
4)Selesa Hidup membujang [kosong peratus!]
we, lelaki, not like women. We need sex! sebab tu 0% faktor ni. haha. 'gunatangan' tidak sama dengan 'buat tu'. Seks bukan segalanya tapi dengan seks lelaki akan menjadi lelaki. Seks menjadikan seorang PM lebih bersemangat. seks menjadikan tukang kayu lebih berseni. Seks menjadikan mat rempit lebih laju. Seks satu nikmat yang paling agung, Tuhan bagi, adalah paling mampu untuk semua yang bernama lelaki. Sama ada kau sultan, kau raja, kau perdana menteri, kau ustaz, kau tukang sapu - seks adalah sama taranya. Malah, mungkin nikmat tukang sapu lebih hebat seksnya dari seks seorang maha raja. Hidup membujang is hurting...
dengan sepasang telinga sahaja. dengan mulut sahaja. dengan mata sahaja, dengan hidung sahaja. Lelaki mampu ternaik nafsu seksnya. Kau, perempuan mampu? that why we need you...we need love.we need sex.
5) Komitmen Terhadap Keluarga [7.4%]
Since lelaki tidak kuat ekonomi, secara jujurnya tidak ramai lelaki yang mampu membantu keluarga. adik-beradik yang lain. Malah aku tak terkejut kalau statistik memberikan fakta anak perempuan lebih banyak membantu keluarga jika mereka itu bujang. Silap-silap bila tidak bekerja lelaki akan menjadi rosak dengan dadah, motor dan puki. no komitmen at all.
kesimpulan. perempuan telah berjaya. yang lelaki perlukan, perempuan mampu untuk lebih berani menekel lelaki.. duit bukan segalanya. dan perkahwinan haruslah lebih mudah oleh semua pihak. pemerintah yang berkuasa, pihak lelaki, pihak perempuan dan si anon yang berkaitan. perkahwinan adalah sebuah rahsia yang mengagumkan.
"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person"
“It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages.”
- Friedrich Nietzsche-
“Men marry women with the hope they will never change. Women marry men with the hope they will change. Invariably they are both disappointed.” -albert einstein-
Sunday, March 18, 2012
duit polimer
sebagai seorang cashier yang cabuk, aku paling takut nak terima duit polimer RM 5. banyak duit polimer RM 5 rosak. bila peak hours, customer ramai, aku gagal nak cek betol-betol keadaan duit. ia berisiko sebab duit rosak 'tidak laku' untuk jual beli. dan tidak sedikit duit RM 5 yang berseletape jernih.
RM 5 juga tidak tahan panas. ia akan berkerenyot. cacat kekal tanpa mampu kembali pada saiz / bentuk asal. Kalau duit lama masih boleh di'muda'kan dengan diseterika untuk membuang kedutan-kedutan.
jika cash deposit mesin di bank-bank boleh menerima duit-duit rm 5 polimer maka sangatlah banyak duit yang direject oleh mesin. itu satu sebab bank tak mahu untuk setting mesin untuk terima rm5 aku rasa. Dan masa akan diambil lebih lama dan beratur menjadi semakin panjang dan bosan.
nanti duit-duit polimer akan keluar dengan note yang besar, rm 50 dan juga rm 100. tidak dapat dibayangkan ketensenan menerima duit rosak bernilai besar! aargghh!
jika mutu polimer sama seperti RM 5 hari ini, aku yakin duit polimer akan mendapat aduan yang sangat banyak oleh orang ramai..
ps-duit syiling baru seposen macam token nak main game je.
'sebelum berkahwin, aku mempunyai enam teori mengenai cara mendapatkan anak. Sekarang, aku mempunyai enam orang anak dan tiada teori'
-John Wilmot, penyajak Inggeris.
Saturday, March 10, 2012
Saturday, January 7, 2012
there are no secret to strangers
tapi ada kala, rahsia yang dipecahkan itu membawa gembira. itulah thrillnya membuka rahsia. ia punya detik-detik cemas.
'saya ada rahsia..saya suka awak lama dah'
'ohh! ye ke?'
'ye!'
'saya pun suka awak dah lama juga!'
rahsia dan aib tidak sama. Kalau taknak orang buka aib kita, jangan kita buka aib orang. Tuhan dah warning.
dan rahsia adalah tidak rahsia jika kau membukanya pada orang yang tidak kau kenali. rahsia adalah rahsia jika kau mengenali satu sama lain..
the secret to creativity is knowing how to hide your sources
albert einstein
'three can keep a secret if two of them are dead'
benjamin franklin
ps-teringat cerita rahsia lakonan noor kumalasari. cerita seram 80an. tengok anak patung pun phobia lepas tu.haha.
Wednesday, December 21, 2011
si anon
'bloger yang anon adalah penakut '
mungkin ada betolnya..
tapi bagi aku, menjadi anon atau semi anon adalah lebih lega. menjadi anon kita boleh berblog tentang apa sahaja. tanpa ada rasa was-was tentang mungkin melukakan hati orang yang kita kenal..atau mungkin memalukan diri sendiri..
jika blog tempat meluahkan perasaan, maka anon akan bebas meluah. boleh meluahkan hampir semua perkara sebab..
'there are no secret to strangers..'
jika orang kenal..payah.
memang meluahkan tidak menyelesaikan masalah. tapi sekurang-kurangnya otak yang dah tepu dengan segala macam, boleh jadi sedikit tenang...
tapi jika menjadi anon untuk 'menikam' orang lain adalah tidak baik. ia sejenis anon yang sakit..
jika kau menulis telah lama dan dikenali...kadang suatu masa, kau akan rasa indahnya dunia seorang anon. ia seolah dunia tiada limit. blog seperti hanis zalikha memang best..tapi tiada 'rahsia' yang best..
bagi aku, sama ada bloger itu anon atau semi anon atau tidak anon sama sekali, semuanya adalah penakut. kerana, manusia itu penakut sifatnya...
Tuesday, November 8, 2011
blog not found
blog mungkin satu taipan aku yang suka-suka. suatu yang aku khayalkan. suatu yang aku imiginasikan. suatu yang aku rasakan. mungkin juga tulisan yang main-main.hurm.. banyak juga aku mengarut di sini rupanya.
mungkin juga orang kata berblog tiada faedahnya. tapi aku rasa senang dengan 'tiada faedah' ni. sebagaimana perokok senang dengan 'tiada faedahnya'. dan yang lain-lain dengan 'tiada faedah masing-masing'. selagi mana tidak menganggu orang lain sama-samalah kita teruskan 'tiada faedah' kita.ahaks.
bila ia hilang di internet, di mana ia memang sesuatu yang tidak mustahil berlaku, ia ada 'rasa kehilangan'. membuat post bukan suatu yang senang. dah banyak pula tu.bila hilang begitu sahaja. ia rasa sangat tidak okey. marah ada. macam-macam rasa pun ada..
kalo hilang henpon, boleh cari henpon baru. no lama masih boleh dipakai. dan tunggulah si polan dan si polan menghubungi. bila si polan call boleh pula tanya no si anu dan si anu.
blog hilang - entri-entrinya tiada ganti weh. ia harta intelek kata kamus.ewah.
ps-memang silap teknik. blog aku masih boleh dilayari.nampaknya nak kena print-out ni.kemudian binding.kemudian hardcover.sendiri baca. sendiri simpan. blogger syok sendiri. haha.
Thursday, April 28, 2011
aku janji tunggu mu selamanya...
begitulah ucapan sabariah pada ameng spring. Berjanji menunggu ameng di balik tirai besi selama 8 tahun. aku dapat rasa mana-mana orang pun akan berjanji ayat yang sama. Sama ada janji itu ditepati atau tidak itu perkara lain pada waktu yang lain..
8 tahun bukan masa yang singkat. menunggu itu juga bukan suatu yang mudah.akan banyak benda-benda susah. Hanya Dia yang tahu. Dan masa semestinya akan bagitahu..
janji walaupun nampak berat dan sukar nak ditunaikan, pada satu-satu masa memang amat diperlukan..ia sebuah harapan, ia sebuah semangat, adakalanya.
kalau dalam movie kita ditontonkan...si awek nak mati...
"saya takut..saya rasa masa saya telah tiba..."
"jangan takut...aku janji ko akan selamat"
si laki dah tau.perempuan itu pun dah tahu...tapi still berjanji.
Monday, October 4, 2010
perpisahan tidak pernah mudah
perpisahan ada dua...perpisahan sementara-suatu perpisahan yang tidak mengapa..dan perpisahan selama-lamanya- perpisahan abadi.suatu yang sangat sukar jika terjadi..
pertemuan yang biasa-biasa mengakibatkan perpisahan yang biasa-biasa..mula "hi!"..akhir "bye"..biasa dan tidak mengapa..
pertemuan luar biasa..membina suatu rasa yang 'jauh'..membina 'kita'...dan bila sama-sama ketawa.lucu.sedih.susah.makan.jalan2.melihat.dan bila pertemuan membina perhubungan..dan ia mengambil masa yang lama..perpisahan akan juga luar biasa..ia mengakibatkan air mata..
kita semua tahu tentang perpisahan..semua akan merasainya...janji Tuhan "Yang hidup pasti merasai mati"..kita tahu tentang itu..
tapi kita jarang mahu memikirkannya.. bukan sebab kita tak mahu pikir..tapi ia suatu yang sukar untuk kita pikir.. ia hanya akan berlaku sekali pada setiap kita..tidak ada ulangan...jadi persediaannya adalah tidak bersedia sebenarnya...
sungguh!perpisahan tidak pernah mudah..
notakaki: Ayahanda semoga sembuh..schoolmate bukan classmate-Yusniza yusoff pun sama.semoga sembuh!
Thursday, August 5, 2010
5 aku RASE aku suka jadi...
aku rasa jadik dj lebih senang dari jadik pengacara tv..muka tak glamer tak pe..janji boleh cakap dan cakap apa yang aku rase nak cakap....dan boleh dengar apa yang org nak cakap...keje senang cakap dan dengar! ha ha ha.tengah keje nak korek idong pun buleh...nak pakai kasut takdak stokin pun buleh...org tak nampak..
nak carik topik harian pun tak susah...tgk paper pun dah dapat idea 'topik hari ni'...putar lagu? alamak lagi la kacang aku rase.. he he he. masa aku kecik dulu pagi2 buta memang akan dengar radio dulu....bapak aku yg on ler.. radio rtm trg...masa tu dj suruh bersenam...hari2 memang dengar suara dia suruh kita bersenam...."1..2..3...8 lagi!" ha ha ha..
dj dan radio boleh buat kite ketawa..kita senyum..kita sedih...semua rase dalam satu[ayatkapten]...
2.pemain bola
ni memang impian aku..nak main bola..sebagai seorang pro...tapi tak tercapai...keje ni memang best...main tapi keje...keje itu main...alamak..memang syok laa...main pagi petang...hujung bulan dapat gaji...hujung minggu boleh pi sabah..pi sarawak main kat tempat lawan....stadium penuh dengan org...dan kalo dapat score goal....urghh seperti dunia ni aku yg punye....
3.pilot
aku ada kawan jadik pilot...mak ai..kayanye...gaji awal2 keje 14ribu sebulan kalo dengan MAS..belom lagi dgn fly emirates...pegi dubai..pegi london...africawakawaka...jalan2 satu dunia....dia cakap sekrng bawak kapal tebang senang...auto-pilot.....
pastu nak tahan orat dari cantek manis stewardess...adoi...tapi mata ku rabun dan gayat tempat tinggi...

4.penapis filem
huyo! hari2 boleh tgk muvi...tapi takmo lah citer tamil..jawabnya muntah tgk muvi jerk laa...apa yg aku tgk korang takkan dapat tgk...waka waka..aku akan macm director..."cutt!!"..."tak clear..rewind balik" heh! aku rase keje ni duk umah pun boleh...
5.pekebun buah
masa aku kecik toki aku ada kebun durian dan rambutan...kat dalam kebun tu ada anak sungai...aku rase dari masa tu aku dah suka kalo aku jadi pekebun...cuma aku tak suka nyamuk dan kerengga jerk..kalo kebun sayor leceh...kebun buah kool...tambah men tenet dalam bangsal..pakai broadband tunggu durian jatuh...huh! super cool...
notakaki : semua ni rase jerk...rase tak semstinya betol..selmt berpuasa.
Saturday, July 24, 2010
minyak naik
suatu hari
suatu ketika
minyak akan naik
pasti sangat akan naik
dan pasti berkali-kali
akan naik
aku tahu itu
aku paham itu
minyak barang susah dapat
lagi pun minyak dalam perut bumi
makin habis
makin kurang
aku paham itu
aku tahu itu
tapi siapa kata
"kami akan pastikan harga barang tidak naik"
dia buat gua naik darah
naik minyak
sebab dia 3B
BODOH-BANGANG-BEBAL
Saturday, June 5, 2010
gula

aku rasa pelik.kenapa susah nak dapat gula..dari dulu lagi masalah ni berulang-ulang...walaupun menteri pengguna bertukar org, masalah tetap sama...gula tiada di kedai..kehabisan stok...dan org ni kata org itu salah..org itu kata org ni salah...
kalo dalam citer ahmad albab lakonan p.ramli....gula dan garam adalah bende yg wajib ada dalam mana2 isi rumah di dunia....sebab ia brg asas....air perlu gula..masak perlu gula...tubuh pun perlu gula...org kaya ke..org miskin ker...akan guna gula yg sama...kuantiti yg sama...tidaklah jika ko kaya ko letak 10 sudu gula dalam segelas teh o ais limau...berbanding org miskin letak 1 sudu sahaja...tidak begitu...
sepanjang isu tiada gula oleh rakyat jelata..tiadalah pula raja gula...manusia terkaya di malaysia...robert kuok memberi komen....dia menjual barang paling asas...dan menjadi org paling kaya....org-org bising-bising...dia diam kaku...aku tak paham!!!
menjadi menteri pengguna bukan senang..setiap saat ada komplen..mana bleh bepoya-poya macam menteri budaya atau menteri belia....aku cadangkan lantik 3 menteri pengguna...sebab semua 30juta rakyat malaysia adalah pengguna...amacam ada berani?
Wednesday, March 10, 2010
tipah tertipu part 2
"aku nak jumpa jantan tu....sape nama dia? mana dia tinggal? cakapp!!" pak kasim mengamuk.
tipah sendu-sedan..mak tipah menggosok-gosok belakangnya..dia juga mengalir air mata..sedih dan sayu...
"sudah lah bang..."maknya memujuk..
"itu lah awak..manja sangat budak ni..skrg dah jadi macam ni sape yang malu?!"
Mak leha diam...
"oii! sape nama dia?!" kesabaran makin tipis..
"latif bah" tipah tutur..
"dia latif! ko tipah !! haa elok benarlah tu!! ko bawak aku jumpa dia!"
Sebenarnya, Latif selepas peristiwa tersebut tidak lagi rapat dengan tipah. dia menjauhkan diri..dia bukan benar-benar sukakan tipah..dia sudah ada gf, Linda. anak org berada.kaya sepertinya. cuma linda belajar di luar negara.mereka kenal sejak sekolah lagi..sekarang geografi memisahkan...
Dan sebenarnya bapak tipah tahu pun peristiwa hitam tu kerana beberapa orang kampung telah bertanya kepadanya..memerli lebih tepat...
" hai lebai...hari2 pi surau..anak perempuan dah kawin pun tak ajak"
Pak Kasim hanya tersenyum dan berlalu..senyum manis pun tidak.senyum kelat pun tidak..dia tidak syak apa-apa walaupun blank dengan ayat2 nakal org sekampungnya itu..akhirnya dia tahu jua...
Rupa-rupanya berita rahsia tipah ditangkap basah sampai ke kg kerana mona..anak pak hamid, yg seuniv dengan tipah..Walaupun sebelum itu tipah sudah merayu dan mintak sgt supaya mona tidak ceritakan pada sapa2 terutamanya org kg..Sampai menangis dia...mohon agar rahsia dirahsiakan..dan rahsia terbuka jua...mona cerita pada sepupunya..hingga ke polan dan ke polan..
berangkatlah pak kasim dan isteri ke rumah latif..untuk menemui parents latif..maka terkejut beruklah latif dengan kehadiran orang tua tipah..Lagilah terkejut beruk makyis bapak latif mendengar cerita yang disampaikan pak kasim. Spontan latif ditampar oleh bapanya,damak..latif tunduk...damak meminta maaf bagi pihak anaknya...
" tak perlu lah mintak maaf, tepuk sebelah tangan tak bebunyi...anak kami pun salah juga..." Pak kasim memotong..matanya melirik pada latif...
Berdiskaslah mereka pjg lebar..keputusan dicapai..mereka dan mereka mahu latif dan latifah dikawinkan.. nikah gantung dulu..
"saya taknak kawin dengan dia..." latif mencelah..tunduk mak leha mendengarnya..
"saya nak abis belajar dulu daddy, mahu kerja dulu"
"daddy dah buat keputusan..ko kena kawin jugak..bende dah jadi ko kena tanggungjawab..ko dah malukan daddy dan mummy sekali...jangan buat dua kali!"
"tapi.."
"Takde tapi2 lagi...muktamad!"
Latif berpusing..teringat dia akan linda...berjalan keluar rumah. setat keta myvi kakaknya..laju memecut belah angin..
"abg kasim dan kak leha..kami sangat kecewa...malu..tapi benda dah jadi...menangis air mata darah pun tak mengubah apa-apa...jadi kita buat apa yang patut...tentang latif, biarlah kami uruskan..tahulah kami.."lembut tutur pak damak..
Baliklah Pak Kasim dan Mak Leha...Hati pak kasim tetap runsing bila teringatkan tingkah latif...
"saya runsinglah bang aji.."
"Maknya...kita merancang..biarlah Tuhan menentukan...doa sajelah leha..."pak kasim terus memandu pulang...
bersambung...
Wednesday, August 12, 2009
Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?

Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.
Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.
kopipes 3r.com hah?? kueh baca majalah pompuan? he he he..di situ banyak rahsia mereka..mereka kan suke buke rahsia..wakakakaka...
layan..
Monday, July 20, 2009
tipah tertipu
latifah nama ic..org panggil tipah..gadis kampung yang bijak dan pintar...menjadi harapan famili di kampung...dengan SPM yang cemerlang dia berjaya menjejak kaki ke universiti...mengejar impian dan cita-cita...
pertama kali menjejak kota metropolitan...sedikit kejutan budaya...kota batu dengan warganya yang berhati batu...orangnye pelik2...makanan pelik2..perangai pelik2...pemikiran pelik2..gaya dan fesyen pun pelik2...sangat banyak ragamnya...
setelah setahun berada di UPM...latifah kenal dengan sorang mamat..nama latif...mereka couple dan bercinta...mana latif ada adalah latifah....mana latifah ada adalah latif...bagai belangkas...ke mana-mana senantiasa bersama...
tahun berikutnya latif membeli motor...senang ke sini dan ke sana...lagik pun latif tidak lagi tinggal di hostel...dia duk luar kampus...jadik dia mintak bapaknye belikan motor kapcai EX5...
"pah lepas kuliah jum makan cendol kat mamak bawah pokok tu...cendol sedap...rojak pun sedapp"...
"jauh tu...nak naik apa?"
"taraaaaaa....motorlah!" latif tunjuk kunci motor..
"taknaklah...tak biasa nek motor dengan laki..." tipah menolak...
"ala pah...ko letaklah beg kat tengah...ala jomlah!" latif terus memujuk...
tipah masih keberatan..konfius dan was-was..latif ambil helmet dan pakaikan kat tipah..mereka membonceng dengan beg kuliah di tengah-tengah...tangan tipah memegang besi belakang ex5...pertama kali naik motor dengan lelaki...Sebulan berlalu...semasa latif menurunkan tipah ke hostel aspuri...
"pah sayang..jum tgk wayang...best woo citer....box opiss!"
"jum..jum...ko belanja aku ye latif..."
"okey...nanti ko belanja aku makan..."latif gumbire.
"ala aku tak ada duit laa...mak belum masukkan lagi..." tipah mencebik.
"okey2..aku belanja makan..no women no cry..no money no women...hehehe"
tipah cubit bahu latif...
"sakit sayang...cepat salin baju pah...aku tunggu di sini..."
tipah berlari-lari anak...mahu salin baju pegi Mines.. tgk wayang! 20 menet lepas tu tipah turun...tidak berlari-lari anak..nanti ketiak berpeluh...masamm...tipah bawak beg sandang kecil saje...tipah bonceng motor..tiada beg di tengah tapi tangan masih memegang besi di belakang...
latif membawa motor makin laju....ada bonggol! latif membrek mengejut...dada tipah terkena belakang latif...latif memandang ke belakang...tipah mengetuk helmet latif...dia suh latif bawak slow...
5 bulan berlalu...latif bonceng tipah...tiada lagi beg ditengah..tiada lagi tangan memegang besi...tipah memeluk latif...erat...latif senyum sampai telinga...
tipah tidak lagi duduk di dalam kampus..dia menyewa ramai2 di flat...semua perempuanlah...mereka sentiasa 'dating' di tangga flat..berdua-duaan....flat ini tangganya tidak nmpak dari luar bangunan...line clear...setan berkeliaran...
tangan latif memeluk pinggang tipah...jari-jemari semakin liar dan mencari sesuatu...tipah menepis dan menepis...latif mencari dan mencari....tipah akhirnya membiarkan sahaje...
suatu malam...mereka dating lagi...di tangga tempat biasa....hujan turun renyai2...housemate tipah semua tak ada malam tu...
"pah sejuk lah sini...masuk dalam umahlah..." latif sudah bertanduk...tipah diam..bangun dan membuka pintu rumah....kilat sambung menyabung...hujan lebattt!

5bulan selepas itu...ayah tipah mengamuk..maknya bederai air mata...mahu jek disepak terajang anak mereka..tapi bende yang dah jadi tetap terjadi...walau air mata darah tidak akan mengubah apa-apa...
"tipah tertipu bah..tipah tertipuu...ampunkan tipah..ampunkan tipah..."
nota : lelaki adalah makhluk yang banyak akal...perempuan adalah makhluk yang lemah...setan akan senantiasa sesat dan menyesatkan...semoga yg baru masuk U tu berjaga-jaga...sejarah berulang dan berulang...terpulanglah pada diri...bende yang dilarang adalah sedap. jangan bereksperimen..selamat belajar!
Sunday, July 5, 2009
kenapa dia suka dara
'pakcik..terer la pakcik banyak bini.."aku hirup kopi..
'ala biasa2 jer nak...dah rezeki..pakcik tak kaya harta..kaya bini..."dia tersenyum dan minum kopi nenek(kopi cap nenek)..
"pakcik..mo tanye ler...apa beza kawin janda dan kawin dara? pakcik suka mana?"
pakcik tu membetulkan songkoknye...ini teorinye...
dara...
kalo ko kawin gadis...nikmat dia lain...rase sayang dia lain...rase sayang gadis pada kite...mereka akan sangat sayang kite...rase sayang yang amat dalam...rase cinte yang amat pekat...dan semestinye rase jeles yang teramatlah tinggi...
dara...'memoir pertama'..
akan selalu ingat kite...ye lah..kitakan yang 'malam pertama'...dia akan lupakan 'buku lama' yang tak jadi...dia akan ingat 'buku terbaru yang jadi'[lelaki ingat chenta pertama.perempuan ingat chenta terakhir]...gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda...try and error...ketawa...try and error...ketawa...try and sedap...pejam mata...itulah kebahagian dunia yang semua manusia boleh rase..sesiapa saja boleh rase...nikmat dunia dari Tuhan untuk hambaNya...janda ada memori daun pisang dgn suami lama...buat dan ketawa....awas!dia ketawa bukan kerana kite tapi kerana teringat ex dia....huhuhu!
sahur pertama...raya pertama...rumah sewa..rumah beli..anak pertama...pendek kata banyaklah yg pertamanya...
dara...
takut penceraian...dia anggap suami adalah tali...yang dia genggam kuat....sebab tu dalam bnyk kes dera....ramai isteri diam dan pasrah...kerana lelaki itu yg pertama....walau disepak terajang...walau ditampar...dimaki dan diherdik....mereka diam dan terima...[bila dia bercerai baru dia tahu hak sebenar dia dan selalu cakap 'saya rase lega dgn penceraian ini dan lebih tenang kini..."]
dara...
semangatnye lebih..tenaganye lebih...kadang menggunakan tenaga..tidak menggunakan otak...kerana tiada pengalaman..kurus kesabaran..kesalahan seperti inilah yg diingati dan membahagiakan...itulah cinte...dara juga seorang yang manja...manja yg kudus...
dara suci...
lihatlah kebahagian org-org lama kite dulu-dulu...mereka kawin tiada apa...mereka kawin tika 'btol2 suci dan dara'...belum dipegang...belum dipeluk...belum diringan-ringan...belum diberat-berat...kebanyakkan mereka bahagia ke akhir hayat...dengan kejayaan dan kesyukuran..lelaki yang gembire boleh membuat dunia gembire okeh!..berbanding sekarang....majlis yang bagai...rumah ada..kereta ada...nama ada...tapi kawinnya tempoh yang pendek....
dara agung...
nabi kita pun sangat2 sayang Aisyah...si dara humaira....penah menyikat rambutnya...memotong kukunya...dan mandi junub bersamanya....selalu pegang tangan aisyah di rumah...
Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan
Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya.
Walaupun begitu, apabila beliau berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang sebab Rasulullah tetap menang sebab Raulullah juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata.
Di masa lain pula Siti Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Siti Aisyah ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya
muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah saw, "Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi"..
"haa...itulah nak pakcik rase istimewanya dara..pakcik suka dara..." menghirup saki kopi neneknya... aku hanya mampu menelan air liur..ekekeke.
nota kaki : kopipes dr web dr asri muda...
hadis Nabi s.a.w. menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
gambar kaki :
Monday, June 22, 2009
kenapa dia suka laki org
sembang punye sembang..dia jatuh chenta dengan laki org...Woha! Org lawa..bekerjaya..bergaya...suami org jugak ko pilih..aduhss...dia hirup tea o ais limau...dan dia memberi sebab-sebab musabab...
"kau tau tak?" dia tanya.
"mana aku tau!" aku jawab..
kpokk! dia tepuk kepala aku dengan surat kabar..
"sori..sori..ye aku dgr ni..."
Laki Orang..
penyayang.. romantis..romantik..mereka bawa kita ke candle light dinner la ...moonlight escapade la...mereka pandai ambil hati..jaga hati...mereka tidak terburu-buru...mereka pandai memujuk...perempuankan suka merajuk...sikit2 merajuk...kalo lelaki bujang dia ada baran..darah mude...dia biorkan aje kite merajuk...menciii!!!
laki orang...
jaminan masa depan...ada sifat pelindung..dari segi ekonomi...makan kat tempat best-best...makanan best-best...mereka dah berjaya...dah stabil...kalo mintak apa-apa musti dapat...tak mintak pun dapat...nak pinjam duit bagi...nak bayar tak payah..pemurah...yg bujang makan kat warung jerk...tu pun kena bayar sendiri-sendiri..huhuhu...cinta laki org meyakinkan (?)..cinta org bujang menyakitkan...
laki orang...
lembut lidah...mulut manis...pandai berkata-kata..tanam tebu dibibir...mereka juga pandai memanjakan pasangan...mereka tabah melayan kerenah si gadis...tahap sabar yang tinggi..mereka matang....suka memuji..dan perempuan suka dipuji...walau pun tahu pujian tidak benar...ekekeke...yg bujang suka direct sound...konon urban dan modenlah..keanak-anakan.. membuat lawak yg bodoh sepatah haram pun tak paham...keanak-anakan...poyo!
laki orang...
sudah hidup lama dengan perempuan..dia tahu titik-titik perempuan...titik kelemahan...laki org tidak ego walau berkereta...ada rumah..pulus banyak...yg bujang even hanya ada motor kapcai sahaja pun berlagak bagak..tu pun kapcai pinjam...ayoyo...
laki org...
tidak gelojoh...boleh memberi masa untuk nak jelmakan nafsunya .Pendek kata pengalaman lelaki yang dah berkahwin membuatnya menguasai jiwa,perasaan,kelemahan dan titik2 untuk memukau atau menaikkan nafsu prempuan terutama yang masih belum ada lagi pengalaman.... tidak terus meraba sebagaimana yang dibuat oleh lelaki yang bujang!
laki org...
dia tak de adik...sebatang kara...seorng diri...
nak buat adik angkat...saje2..tapi last-last tangkap cintan...susah lak mahu lari...camne ek?
bujang..
banyak sangat kat serenti...merempit...penganggur...jadi ada laki org nak oklah jugak..kang jadik andartu...wakakaka.
panjang mira edora citer kat aku..abis 2 gelas tea o suam...ekekeke..
"tahniah! selamat pengantin baru!"aku
"eh nape lak?"mira
"yelah nanti ko kawin tak bagi kad...tak jemput...tup-tup tau ko kawin kat siam..hahahaha"aku.
kepokkk!! dia nak ketuk kepala aku dengan paper..
aku tahan dengan tangan...(ekeke..lelaki tajam pengalaman)..dalam perjalanan pulang aku diam dalam kereta...tidak on radio...aku akui...zaman dah berubah...individualistik dan materialistik...kita semua bersalah...

"bapak..bapak...baik lah tuan jamil tu pak..." rohani
"baik???..baik ada maknaaaaaa tu..." pak ali
Hanya lelaki memahami lelaki...hohoho!
Sunday, June 21, 2009
kenapa dia suka janda
Aku ada kawan..jumpa dia di kedai mamak..minum milo kosong..tak makan roti canai(sejak tgk slumdog milionaire)....Umur dia awal 30an. Dia masih teruna dan bujang. Dia suka janda umur 30-40an..Dia terasa mahu mengahwini janda..aku tanya dia..nape mau kawin janda...dia ketawa.diam kejap..dia jawab..
aku suka janda...sebab org yang aku suka zaman muda-muda dulu dah kawin...bila umur dah semakin meningkat rasa suka juga berubah...kalo lihat wanita yang berumur 30an - 40an aku akan nampak 'sesuatu' yang tiada pada yang muda...sesuatu menarik yang membuat aku tertarik...mungkin jika aku kawin awal...umorku 40 aku suka pompuan 18 tahun..macam dato misai..ahaks.
janda-wanita ini nampak lebih jujur...nampak lebih menawan...mereka juga lebih stabil emosi dan perasaan..tidak gedik...tidak manja berlebihan..tidak terburu-buru...'mahu tapi tidak mahu...tidak mahu tapi mahu'..wanita dalam umur ini adalah berada dalam tahap paling cantik kewanitaannya...ye! paling cantik..dan semestinya janda seorang yng matang..pikirannya..tingkah-lakunya...kesabarannya..
mereka punya pengalaman rumah tangga dan bilik tidur...tidak perlu diajar..mereka gersang dan berada pada hormon yang sedang memuncak sebelum 'expired'...jujurnye mereka menggoda...janda juga pandai menggunakan body language...
janda akan lebih menghargai pasangan..kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali...mereka tahu apa yang menggembirakan dan apa yang menyedihkan...nabi kita Muhammad S.a.w juga jatuh cinta dengan khatijah..seorang janda dan tidak pernah berpoligami semasa hayat khadijah...
kesian juga kat janda kan....kalo bukan aku yg selamatkan..(cewaaahh)..sape lagik yang nak selamatkan mereka kann....ekekeeke
janda juga sudah stabil ekonominya...bukan nak menumpang senangnya...cuma mereka taklah mengharapkan gunung dan bukit...bintang dan bulan...
salah ke taste aku, bai? dia tanya aku...
entah!!...aku mula terbayang nora danish...wakakakkaaka
nota kaki :
50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin..(romeo dan juliet versi china)
Saturday, June 20, 2009
relay for life

relay for life...satu acara sukarela...untuk org-org pesakit kanser dan org2 yg rapat dengan mereka...aku penah pegi acara tu tahun ni...dengan blogers..zonaku(bloger) bertugas kat situ...
aku pegi tanpa ada perasaan..suka tidak..tidak suka pun tidak...hanya mengikut kaki...semasa berada di stadium mini tu...ada budak kecik bercerita...tentang dia dan sakitnya....tentang hidup dan kematian...tentang doa dan harapan...
melihat pada mukanya...mendengar pada suaranya...dem!! sangat sedih..automatik teringat arwah mak aku...hati mula membengkak..
kita tidak tahu bila kita akan mati...macam mana kita akan mati...bersyukur di situ...rahsia Tuhan untuk kita...tapi budak itu...sudah diberitahu dia akan mati..maut datang perlahan-lahan...simpton2 awal dan seterusnya...
ini bukan drama yg kite selalu tgk kat tv...ini kenyataan...ini realiti kisah seorang budak yang tahu dia tidak banyak masa..dia akan mati...lihat ketabahan dia...memegang mic dan berucap...sgt tacing dan menyayatkan...mata,hati dan jiwe..
dan bila ada satu lagu yg dinyanyikan... memang aku menangis teresak2 di situ...aku meraung semahunya...oh! rindu mak! lagi pun memang org sekeliling aku juga menangis...ohh..syukur padaMU Tuhanku...kesihatan adalah anugerah yg tidak ternilai...
aku menjalani terapi pada malam itu...datang tanpa perasaan...balik dengan perasaan..
pada budak itu...bersemangatlah menjalani sisa hidup yg berbaki...sesungguhnya kau sangat kuat dan sangat tabah...





