Followers

Showing posts with label bisness. Show all posts
Showing posts with label bisness. Show all posts

Friday, February 28, 2014

16 Jam


Semester baru bermula - macam biasa, sebulan pertama memang sangat sibuk. Kerja 16-18jam sehari. Dari 730 pagi hingga 12 malam. Akulah kedai fotostat paling awal buka di Kuala Lumpur ni. Ahaks. Dalam berniat mahu ke Makkah bulan 5 ni, Inshaallah. Rezeki makin bertambah murah. Aku harap tak ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda aku membeli benda-benda yang bukan masanya lagi, yang akan membuatkan budget aku ke sana tidak cukup. Mintak simpang..

Semoga Dia membuka pintu rezeki seluas-luasnya agar aku ke sana dan juga membeli apa yang aku nak di sini. Ahaks.

Setiap hari, aku akan tanam azam hendak ke sana. Doa tiap-tiap waktu bila teringat. Bila nampak kapal terbang ke. Nampak gambar Kaabah ke.. Apa-apa sahaja..

Jadi, projek-projek yang lain, ketepikan dulu.  Belum pun pernah pergi tapi begitu rindu hendak sana!

ps- kena buat paspot dulu nih.

Friday, December 27, 2013

mini evolusi

Alhamdulillah. bulan enam nanti cukuplah dua tahun - usia kedai. Semoga ia terus maju dan berjaya. Ada beberapa lagi perkara yang perlu dilakukan untuk buat ia rasa 'sempurna' dan memudahkan kerja. Sometimes - We must love to do something that we don't like.

ini post 5sept2012.

Sekarang Akhir tahun 2013...








Friday, October 18, 2013

Sad But True


1997/98 - Sejak sampai Lembah Klang, selalu makan di Kampung Baru terutama hujung minggu. Ia umpama syurga makanan. Tahun-tahun sebelum tu, sempat juga melihat Nasi Lemak Antarabangsa sebelum francisenya yang gagal. Nasik lemak 50 sen di city garden yang baru buka, meriahnya bukan main.  Juara Seafood yang selalu masuk filem.

Sekarang, kita kehilangan sedikit demi sedikit pandangan-pandangan seperti itu. Tumbuhnya macam cendawan lepas hujan, kedai ayam penyet di merata-rata ceruk dalam kampung baru. Nasi ambeng. Pecel lele. Satay Minang. Nasi Padang dan berbagai-bagai lagi menu-menu dari seberang. Nasi ayam seperti sudah pupus. Tengok berapa lama Nasi Ayam Melawati boleh terus famous dan bertahan.

Makanan dari Terengganu walau jaraknya 450 KM dari Kuala Lumpur, tidak berjaya menapak dan berkembang. Kalah teruk dengan makanan dari Jakarta yang jaraknya 1200 KM lagi merentasi selat

Tak lama lagi walaupun orang Malaysia di bumi Malaysia tapi makanan yang ada di Kuala Lumpur adalah dari orang Arab, Thailand, India, Western dan Indonesia. Chow Kit dan Kampung Baru sedang mencipta Jutawan-jutawan makanan dari luar.

Its sad but true.

Quote today - "No tears in the writer, no tears in the reader. No surprise in the writer, no surprise in the reader" - Robert Frost -

Thursday, October 17, 2013

so far so good


This season, business sangat baik. Ia lebih baik dari apa yang aku sasarkan. Tidak cukup kaki tangan dan masa untuk siapkan order. Alhamdulillah. Jika ia berterusan dan aku boleh catch up, ia tahun yang menggembirakan dari segi ringgit.

tapi, dalam hidup, Ringgit bukan segalanya.


Qoutes Hari ni ;
“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah tertulis buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa. Saya tidak akan mengganggunya. Dan itu pun yang saya lakukan selama hari ini,”

-Rashid, the Ina Naim no 2- 

Monday, September 9, 2013

kalendar akademik


Design ni kawan aku Fahmi(fami6438@gmail.com) buat dalam masa sehari. Suruh buat hari ni, esok siap. Boleh tahanlah sebab dia pun ada banyak kerja masa aku mintak tolong. Hantar print out siap sehari.Saiz A3, artcard 260gsm. Aku dah lama tak buat kalendar akademik ni. Sem ni nak start buat balik. Cetak pun tak banyak, seribu keping sahaja. So, sementara ramai student tengah busy tambah-drop kursus, maka eloklah aku jual benda ni kat diorang. Tadi kedai buka pukul 8 pagi, sekarang 12 malam kedai dah tutup tapi terpaksa siapkan kerja sejam dua lagi, sebab dateline pagi esok. Then tidor.

Oh ya. Aku terpaksa suruh Fahmi buat "hello kitty' sebab student ramai perempuan. Kalau ramai laki, aku dah suruh buat ultraman atau kastria baja hitam. Ahaks. Tapi ada jugak pondan tadi, "ala bang, kita tak minat helo kity, kita minat gaduh-gaduh macam KL gangster tu. Taknak la beli. Auw!".

Ashitte punya pondan.


Wednesday, August 28, 2013

Second Season


Bisnes aku telah cukup setahun - dua semester. Tahun pertama adalah tahun yang sedikit sukar kerana perlu mulakan banyak perkara daripada kosong dan 'air liur'. Masih banyak benda yang tidak sempurna. Tahun ini menampakkan sedikit sinar dan harapan. Aku berharap agar dapat mendapat keuntungan yang tinggi pada tahun kedua. Aku berharap dapat seribu sehari dengan dua kedai.Next week, second season kick off.

Kedai satu berada di dalam asrama. Masa operasinya panjang. 8 pagi hingga 2 pagi. buka setiap hari. Kedai kedua berada di kampus akademik. 8 pagi sampai 6 petang. Sabtu ahad cuti. Kedai satu dan kedai kedua bukan dekat. Kena masuk plus highway dan memandu lebih kurang 2 jam baru sampai.

Masalah utama - ialah pekerja. Sukar mendapat staf. Siapalah yang mahu bekerja kedai fotostat dengan gaji RM 800-1000 sebulan. Ajar staff buat fotostat bukan sesimple ajar buat air di kedai makan. Dan bila dah boleh buat kerja dia belum tentu tahan lama. Kalau berhenti, kena cari staff lain dan ajar balik. Hadoi.. Bila berada di kedai satu, sales ok, sales kedai dua kurang. Bila berada di kedai dua,sales ok. Sales kedai satu pula kurang. Aku berharap dengan susunan orang yang betul, sales kedua-duanya akan tinggi pada tahun kedua.

Aku dan achik, seorang kawan, start bisness sama tahun, 1998. Aku  di setengah jalan tersembam jatuh ke bumi dan dihempap pula tangga. Dia terbang tinggi dan meninggi di angkasa. Dan aku suka untuk berjumpa dan bersembang dengan dia. Its somethings nice to talks with him. How he make it. Bezanya, dia suka dengan apa yang dia buat. Aku tidak suka dengan apa yang aku buat. Tapi aku taknak jadikan alasan tak suka, aku tak boleh berjaya. Cuma aku kena lebih belajar bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi. Sebab bila kita bersyukur, Tuhan akan bagi lagi dan lagi.

Jangka masa pendek, aku tidak lah mahu kaya, cukup sekadar mampu membayar segala hutang yang tertunggak. Dan mempunyai tidor yang lena. Aja aja fighting!


"Kebahagian itu seperti rama-rama, semakin kita kejar semakin ia terbang jauh dari kita.Tetapi, sekiranya kita mengalihkan perhatian kepada perkara lain, rama-rama itu akan datang dan singgah di bahu kita" -muka surat xiv, Chiken Soup for the Soul, PTS- 

Friday, July 26, 2013

Tak boleh bergurau, pergilah ke surau..


Iklan jahit oleh Petronas macam biasa - tacing. Dulu petronas ada juga buat iklan raya gembira dari awal sampai tamat tapi ramai yang lebih suka iklan tacing. Ramadan dan tacing memang dekat.

Cuma dalam iklan ini - aku berharap aku tidak seperti ibu itu. Kegigihannya dan ketekunannya bekerja mengejar dateline, hingga sampai time berbuka baru berhenti. Sampai jiran seorang Cina pun kagum. Tahap sabar yang tinggi, tidak merungut apatah lagi memaki - kesilapan dalam tempahan pelanggan. Kreatif - poket pada sampin. 

Bersemangat bangun malam siapkan kerja. Semua package ada untuk menjadi seorang peniaga yang sangat-sangat berjaya tapi masih tidak berjaya dalam ekonomi. 

Hakikatnya dan realitisnya, benda macam ni memang wujud.

Dan aku berharap aku tidak menjadi seperti ibu Awin - Struggle sampai tua.


Thursday, June 20, 2013

Alangkah Indah


Sekarang dah pukul 336 pagi. Aku masih di kedai. Bila akhir semester memang jadi Batman sebab student memang jadi burung hantu siapkan kerja dan assigmen. Esok kena buka pukul 8 pagi. Adalah 2-3 jam untuk tidur. Time-time macam ni barulah muncul student lelaki. Ahaks.

Huh! Mengejar dunia.. Alangkah indah jika mengejar akhirat juga begini. Hu hu hu.

Perut rasa nak makan maggi goreng mamak pula.  Lapar.

Friday, April 12, 2013

hadoi!


Tensen gile rasa saat ni. Tadi aku guna pc kat workstation, tidak guna pc kaunter. Tetiba ada customers datang, aku terlupa cabut pendrive. Bila teringat balik pasal pendrive, tengok pc tu, pendrive dah lesap! Editing aku sebanyak 400 pages sia-sia. Editing yang hampir siap, Hilang begitu sahaja! Huh! Stress.


"LOST time is never found again!" -Benjamin Fraklin-


Tuesday, April 9, 2013

Cover Buku Dah Siap!


Ni lah design kawan aku, fahmi hasilkan. Gambar aku dalam henpon dia, masa pergi besday party anak Juntai,  pun di masukkan dalam cover. Namtam Ngoh! Aku pun tak tahu nak pilih mana. Takpe, masa masih panjang aku rasa - Editing masih panjang. Huhu. Jika aku malas nak mengeditkan nanti aku print-out terus je. Ha Ha Ha.

Dan jika aku malas nak pilih-pilih. Kalau aku print out  8 buku, aku print out setiap design. Woha!

Budak tu model blog aku. Dia anak kak Piah. Aku suka baju tu. Dan dia dengan baju tu begitu ngam sekali. Cerita bagaimana dia pakai baju tu pun mencuit hati.  Jangan saman aku sebab tak bayar royalti sudah la. Ahaks.

Fahmi. Tq. Biar pun aku tahu mu wat design ni sepuluh minit jer! Ha ha. Terima kasih.

Sunday, April 7, 2013

Membukukan kuehbakar


Tadi aku baru mula untuk edit blog aku. Aku nak bukukan blog kueh bakar. Aku rasa costnya tidak tinggi. First copy paste masuk dalam microsoft word dalam 425 muka surat. Mungkin dalam RM 15 macam tu. Tujuannya suka-suka. Mana tahu ada orang lain nak suruh aku bukukan blog dia pula. Ahaks.

Malam ni siap edit dan kalau fahmi - mat designer boleh design dalam masa sehari dua, maka lusa akan aku hantar kat kedai kawan untuk perfect binding. Jadi, dalam minggu ni lahirlah buku kuehbakar. Ahaks. Jika ada sedikit aral, itu ini, lewat-lewat minggu depan siaplah.

Mmm..kalau-kalau aku nak jual buku ni, musti tak boleh masuk MPH atau kinokuniya. Jadi aku kena jual cara al-arqam. Jalan-jalan sekitar Kolumpo dan approach orang supaya beli. Ahaks. Cett tadi kata nak suka-suka, ni berniat nak jual pula. Ha ha. Sekelip mata manusia boleh berubahkan..Menulis dan berfikir macam inilah - kesesatan yang mengasyikkan.  

Mana la tahu kan, kot-kot blogger yang mantap-mantap pun suruh aku bukukan blog mereka lepas ni. Dan bila dah bukukan banyak blogs dapatlah buka library - Toko Buku Bloggers. Baik berhenti menulis entri sekarang, sebelum karutan semakin panjang. Ha ha.

"A room without books is like a body with out a soul" - Marcus Tullius Cicero -



Saturday, March 23, 2013

biografi syed mokhtar


tadi menyelam-nyelam di popular book store , angkat dua buku - Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Mens Sana In Corpore Sano. Satu buku perjalanan seorang bilionaire dan satu buku politik. Biografi antara genre yang aku suka.. dan antara buku biografi yang aku beli dan baca - 

Seratus Manusia Paling Berpengaruh Di Bumi by Micheal H. Hart. Tony Fernadez - the story of air asia. Cerita Saya - Lim Goh Tong. Dare to be a champion - Lee Chong Wei. Dr Umum - Dr Mahathir. Mourinho - Further anatomy Of a Winner. Tapi buku Syed Mokhtar nipis je, sekejap je baca dah habis..





BIOGRAFI Syed Mokhtar - dia berkahwin pada umur 41 pada 1993. Woa..dengan sepupu,  Sharifah Zarah yang berumur 24 tahun. dan kini mempunyai 7 anak.

"saya berkahwin lewat, , ketika dalam usia 20an dan 30an, perkahwinan adalah perkara yang paling akhir dalam fikiran saya. Saya mempunyai komitmen keluarga dan mahu memberi tumpuan kepada perniagaan. Seorang wanita boleh mengganggu, dan saya kekal bersendirian sehinggalah berkahwin."

"ada sekeping gambar ketika dia berusia empat tahun yang saya suka dan saya membuat keputusan untuk menyimpannya. Saya tidak pernah menyangka yang suatu hari saya akan mengahwini gadis itu..." 

"pemilik Genting, Lim Goh Tong, yang ketika itu berumur akhir 80an, mendapat tahu saya tidak mampu mengambil bahagian yang diperuntukkan kepada saya itu. Saya masih muda ketika itu, dan dia menawarkan untuk membeli saham saya dengan harga 6 juta. Saya memang sangat-sangat perlukan duit tapi saya tidak mahu berkompromi. Sebaliknya saya serahkan bahagian saya itu kepada TNB, menjadikan ekuitinya meningkat kepada 20 %. Saya sebenarnya berharap Lim Goh Tong akan membantu saya mendapatkan pinjaman, bukannya membeli saya ".

"hari ini saya menjadi melayu terkaya disebabkan oleh syarikat-syarikat saya yang disenarai awam. Terdapat ramai lagi yang tidak diketahui, dan mungkin lebih kaya daripada saya..." 

ps- banyak betul buku cover warna hitam ek..

Wednesday, January 30, 2013

16 jam


telah lama tempoh aku bekerja selama 16 jam sehari. Bertahun-tahun. Sejak umur 20 tahun hingga 35 tahun..telah pun 15 tahun berlalu.Aku masih struggle untuk senang. Its always a hard ways. A wrong step. A wrong judgement and a wrong decision maker.

And its a big wasteful - time. energy. everything..

im penat.

Tahun 2013. Aku berdoa dan berharap ia tahun yang menggembirakan. Semasa aku kejatuhan dan 'hilang 2 tahun', bukanlah aku tidak berani untuk 'menggunakan air liur' dan ambil risiko. Cuma aku tak sanggup melihat kesedihan arwah ayah jika plan aku, usaha aku masih tidak berjaya.

Aku, mengecewakan arwah dengan deretan kegagalan yang panjang.

Ya Allah, murahkan rezekiku. Tenangkan jiwa ku. Lapangkan hatiku. Semoga aku berbakti pada parents 'di sana'. Sayangilah keduanya Ya Allah. Ampunkan dosa keduanya. 

Friday, January 18, 2013

the second

 mula-mula jumpa sebuah stor.This is not for rent. Sangat strategik lokasinya. To be or not to be...
 mula-mula letak pc seperti ini, tapi rasa macam bas mini, selalu berlaga bontot dengan customer, lepas tengok aku muka macam nak lempang aku. hahaha. ---> cerita tipu.



 yang speki tu halim. he's good.
where were all the boys gone? haha.

Saturday, November 24, 2012

my second

-bookmark muka belakang-

Dalam Business, memberitahu orang apa barang yang kita jual adalah sangat penting. Lagi ramai tahu, lagi tinggi kebarangkalian pelanggan yang akan datang ke kedai.

jadi aku kena buat iklan. Nak masuk tv takde modal. ahaks! jadi aku buat bookmark untuk second kedai. Tabur dan bahagi-bahagikan pada golongan sasar. terkena sasaran atau tidak, tiadalah diketahui. Insyallah kena.

bookmark lebih baik dari flyers. flyers orang akan tengok dan mungkin buang begitu sahaja. Jadi aku kena bagi iklan yang 'disimpan di sisi'. Mungkin dia bukan pelanggan aku sekarang, tapi dengan tersimpannya iklan aku pada buku-bukunya, suatu masa 'ketika', kedai aku akan diingati dengan automatik di sanubarinya. ha ha ha.

thanks fahmi buat design.Sapa nak tempah design, sila contact member aku. He's very seni. :P

Harap sedikit masa lagi dapat beli L.E.D bertulisan yang bergerak-gerak macam bas intrakota tu. Rasanya harganya dah makin runtuh. Ia benda yang eyes catching. Ho ho ho.

apron. 
apron yang aku ceritakan nak buat dulu menemui kegagalan dalam pelaksanaan. 'boss, apahal pakai apron kedai fotostat.' 'boss, ini bukan kedai makan'. 'boss, malu la pakai ni'. Cittttt!! Tak boleh lah tiru MPH bookstore. Tiru tim allen dalam bengkelnya dalam tv series home improvement.

Beli kain suku. Jahit custom tu. hadoi!


'Whenever you find yourself on the side of the majority, its is time to pause and reflect' -Mark Twain-

'sometimes when you innovate, you make mistakes. It is best to admit them quickly, and get on with improving your other innovations' -steve job-


Friday, November 23, 2012

bilik sewa



Secret orang sangka adalah free... Tidak. Tidak sama sekali. Secret itu ada harganya. Imiginasi dan mimpi adalah free. jadi mimpilah aku semahunya. ahaks.

kami ada sebuah rumah pusaka berhalaman di trg. memandangkan tiada adik-beradik duduk di situ maka aku bercadang nak buat bilik sewa. Rumah aku dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari maktab perguruan, unisza atau Umt.

Rumah sewa -rate rumah sewa di trg tidaklah mahal. Kalau mahu sewa 400 sebulan pun, orang dah kata mahal. Homestay pun okay tapi memandang aku jauh, aku rasa bilik sewa untuk student perempuan lagi okay. homestay mungkin lebih lumayan tapi ada on-off dan kalau jauh, urusan akan menjadi sukar.

Rumah tu ada 3 bilik, 2 ruang tamu, satu dining hall, 1 dapur. My plan is mahu tambah bilik jadi 6. Jadi satu bilik ada 2 orang maka dapatlah aku 12 penghuni. kalau 1 penghuni RM 100 maka dapatlah seribu dua ratus sebulan. master bedroom mungkin boleh masuk 4 orang. wah! ketamakan di situ.

untuk tambahan lagi 3 bilik aku kena buang dapur, jadikan ia bilik. Dari segi kebersihan, mungkin okay tapi nak ke penghuni perempuan rumah tanpa dapur?  ruang tamu 1 dan 2 juga partitionkan jadi bilik. dining hall tukar jadi ruang tamu. So, pintu utama dari tepi (rumah memang ada 2 gate dan tiada masalah parking)

sebab penghuni ramai maka 2 bilik air tak cukup. jadi belakang dapur, 'construction tambahan' tu aku kena buat kolah mandi. biar mereka mandi ramai-ramai kat situ.Er, nak pasang online hidden cctv tak? hahaha.

untuk tarikan, kenalah aku sediakan katil, tilam, mesin basuh, tv bersama carpet dan sofa malas. dan register unifi dan buat network masuk ke setiap bilik. setiap bilik dapat internet free.Astro tidak perlu memandangkan dah bertvkan  unifi.

sayang rumah. jika ditinggal kosong rumah akan mudah rosak.


Thursday, November 1, 2012

my dream


1. Futsal - sebab aku suka bola!
- dua pitch sahaja
- pakai rubber. karpet tak best. jatuh sakit.
- sangkar net
-Stand for supporter @ penonton
- green / red light. 
- score board. ha ha ha.
- kawasan perindutrian nilai 3.

2.Book House 
- ada 'bar' order air. kopi / teh
- ada cheese cake. ha ha ha.
- ada dua section. satu aircond. satu smoking area.
- comics.novel.agama.motivasi- banyak genre lah!
- ada lite musics..
- ada meja. ada kerusi. ada sofa. mungkin ada carpet untuk yang suka membac sambil baring/meniarap. haha.
- dan tentunya ada bilik khas untuk aku berbloging.
-lokasi universiti area. rumah aku kat kg? mmm...

3. self service dobi di universiti / kolej
-aku rasa macam senang..
-lagi pun, mesin dan sistem akan makin murah dan baik...

4. secondhand shop
- chair dan table.
- jual lukisan / gambar / poster.
-ada kenal tukang kayu.
- boleh jual kat mudah.com.my
- malas nak jual banyak barang..serabut and banyak 'sampah' nanti...

5. Jual nasi lemak berlauk.
- di sarawak, kuching.
-aku rasa market sgt bagus. ada kawan sana boleh partner..
- kuching, susah nak cari kedai makan sedap..
-nasik lemak semua orang boleh makan. one world taste..
- ada ayam goreng. ada kerang (ooh kerang susah mahu dapat di sana..) paru goreng..rendang daging..nyummm..nyummm..

6. car wash
- untuk adik bongsu aku.
- dia suka basuh keta.
- jadi bagi dia banyak keta untuk dibasuh!

7. kiosk telekung najwa.
- macam nor juma buka kat utem.
- help yusniza. to help fren.

8. buka kedai di indonesia.
aku belum pernah pergi sana. tapi aku rasa indonesia adalah 'gergasi yang tidor' ...aku rasa sana very promising sedikit masa lagi...

9. kedai trg f.c 
- jual semua mechendise peteh dan lain2 dalam liga m.
-jual poster.
- jersi
-tiket.
- mengumpul semua rekod, sejarah dan data mengenai trg fc

10. mahu buat buku.
-ha ha ha. kalau tak buat buku 'betul', buat buku 'indie' pun boleh..boleh jual takleh jual belakang cerita...hahaha
- bukan 'di mana saya jumpa jodoh saya'..tapi suatu yang lain..
- dah ada idea- perkataans..he he.

11.kawin!

mungkin berjaya buka kedai-kedai ni. mungkin satu atau dua..mungkin juga tinggal mimpi dan impian semata-mata...

if berjaya, harap satu hari nanti, dapat jadi player dalam properties. ada rumah sewa. ada kedai sewa.mungkin juga ada kilang sewa.

dan ada kebun.

dan menjadi penyimpan emas dan perak yang berzakat.

amin. :)

Thursday, May 3, 2012

telekung najwa

aku ada seorang kawan. Yus. Dia sedang sakit dan sedang berjuang dan telah berkali-kali pergi kimoterapi. Dulu dia kerja DIGI, sekarang tidak lagi. Kepada readers blog aku yang tak ramai mana, seandainya memerlukan telekung, silalah beli dengan Yus. Dan jika kawan kamu pun nak beli telekung, sila beli dengan yus.

jika dah punya telekung masih boleh beli - mungkin satu letak di pejabat. mungkin juga satu letak di kereta. mungkin satu boleh dijadikan hadiah besday. hadiah kawin. create lah reason untuk membeli telekung kawan aku.

web TELEKUNG NAJWA klik sini

semoga sembuh yus.Amin.

Tuesday, March 13, 2012

GMPlaza




GMPlaza KL adalah tempat memborong barang yang famous. hampir semua barang yang kita jumpa di pasar malam atau uptown adalah diborong di sini. Ada barang berkualiti, ada barang cap ayam, biasalah. and yes, hampir semua made in china. ahaks.


ia ada 8 tingkat dan mempunyai parking kereta berlif.


jika anda berkeluarga besar sangat bagus untuk shopping di sini. kemurahannya luar jangka! jika tidak berkeluarga besar ajaklah jiran tetangga shopping skali. hahaha! sebab kena beli banyak baru dapat murah. Dalam 3 unit, sedozen atau setengah dozen dapatlah harga borong.


dalam survey2, ternampak ada kedai yang ada kalimah Allah dan Muhammad S.A.W. Wow! Di sini sewanya mencecah 5-8 ribu selot. jadi terbit kekaguman dengan kejayaan Melayu di situ.


dan bila ditanya dengan staff di situ.


'kedai melayu ke ni?'


'tak. indonesia, kalau islam, indon dan pakistan je ada kat dalam GMP ni. Yang lain semua Cina.Saya kerja jer. Boss saya pergi China order barang. kerja dengan indon ni senang, boleh solat'. ter'glup' aku.


citernya lagi, boss dia ada beli kedai harga berjuta kat KL ni. Dah ada bangunan sendiri. Dulu boss pun jual-jual barang kat pasar malam. Wow!

terlihat juga ada tanter-tanter indon jual kueh dengan menolak troli naik dari satu tingkat ke satu tingkat..



tak pelik, jika kau datang sini terus kau rasa nak meniaga. jenis barang-barang terlalu banyak.boleh rambang mata.bagus untuk permulaan kecil-kecilan atau suka-suka.


kuala lumpur - kota yang serba mungkin bagi yang gigih.



ni citer bergambar penyu biru. klik sini



ps- semoga melayu/bumiputra lebih pantas dalam perniagaan. kita ketinggalan agak jauh.

ps2-gambar di atas adalah gm klang yang akan dibuka oktober 2012. terlihat seperti plaza di guangzhou.

ps3- kenanga mall wholesales city, KL juga berkonsepkan borong. dan mempunyai satu restoran tingkat tinggi yang open air. sangat cantik view dia. terutama malam, ohsem!

Tuesday, April 26, 2011

100 000 rakyat thai masuki malaysia sebulan



wah. ramainya orang thailand masuk malaysia melalui kelantan.
(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.html)-apsal aku link takleh ni?-

mana mereka pergi?
kedai tomyam! boleh kata hampir semua kedai tomyam di semenanjung malaysia adalah milik orang thailand atau ada orng thailand bekerja di dalamnya. kalau dulu orang thailand hanya sebagai tukang masak, pembuat air, pelayan. Tapi kini mereka adalah taukeh.

macam mana boleh jadi taukeh?
bagaimana lesen ssm? lesen pbt? sewa beli kedai? piring satelit astro? semuanya melibatkan dokumen.. jawapan betol walaupun klise,penguatkuasaan lemah. aku rasa malaysia negara yang 'lembut' dengan orang asing. mereka boleh datang dan berniaga dengan mudah. dan kita dengan mesra memberi sokongan yang baik pada perniagaan mereka.

orang thailand ini walaupun tidak bersekolah tinggi tapi mereka punya kemahiran seperti orang melayu lama. bertukang kayu-simen-paip-letrik. sebab tu kedai tomyam yang mereka miliki adalah hasil tukangan mereka sendiri.

dulu mereka bergantung pada orang melayu untuk bekerja. sekarang mereka tidak lagi bergantung pada melayu. mereka telah punya jaringan perniagaan yang luas di kalangan kawan-kawan dan saudara mara.dengan teknologi seperti henfon telah menyempurnakan jaringan bisnes tomyam mereka.

mereka pandai masak?
sepanjang pengalaman aku buka kedai tomyam di serdang satu masa dulu(zaman af mawi), mereka datang tidak pandai..di tempat mereka sendiri tiada permintaan setinggi di sini. mereka pandai masak apabila tiba di sini..mula-mula mereka akan jadik pelayan..kemudian pandai buat air..bila dah pandai buat air dia akan pergi ke department 'membaca bil' / penolong tukang masak.

masa menjadi penolong tukang masak nilah ilmu turun. mula-mula tentulah masak telor mata dan tlor dadar. kemudian nasik goreng untuk makan sendiri. kemudian cuba-cuba masak lauk untuk diri sendiri (tanya tukang masak)..yelah, takan nak makan nasik goreng jer hari2...dan tukang masak tak moodnya nak masak untuk budak2 keje hari2...

setelah hari-hari masak untuk diri sendiri..tambahan minat dan prospek jadik tukang masak menjadikan mereka tekun. dan ada suatu masa, kalau customer tak ramai..tukang masak 'rileks' sambil hisap rokok..pembantu inilah yang masak..dan akhirnya 'lahir'lah tukang masak baru.

lumayan ke tukang masak?
yupp. tukang masak gaji dia 50RM sehingga 70 RM sehari..dengan tempat tinggal disediakan. makan free. rokok sekotak dunhill free. bersih = 1500RM - 2100RM + tempat tinggal + makan + rokok. Ganja sendiri belanja la. (ramai tukang masak hisap ganja. tak perlu tekejutlah sana ganja senang dapat). menyanyi sambil hisap ganja adalah sama nikmatnya masak sambil hisap ganja. he he he.menyanyi sambil hisap ganja dikatakan hilangkan gemuruh dan tanam kompiden. masak sambil berganja dikatakan rileks dan stamina. memasak satu kerja yang tension ok, lebih2 lagi peak hours(dinner)..

dengan gaji sebanyak itu, jika berkerja selama 3 tahun dengan ada isteri sekali (tukang buat air ke), mereka dapat kumpul 60 ribu dan boleh jadik taukeh. kedai baru tomyam lahir...

kedai tomyam melayu?
aku percaya kedai tomyam melayu adalah semakin sukar bersaing dengan kedai tomyam thailand..kerana mengekalkan tukang masak adalah tersangatlah sukar.jika kedai kau sederhana volum pelanggan, tukang masak suka sebab kerja tak berapa berat dan gaji jalan. apabila kedai semakin maju, masak makin banyak, tukang masak tidak suka, gaji masih sama atau tinggi sikit tapi memenatkan. apabila balik thai untuk cop pas (3 bulan sekali)...mereka akan lari ke kedai tomyam lain. aku sendiri 2 tahun buka kedai tomyam punya 14 tukang masak bertukar ganti..

100 000 sebulan bukan angka yang sedikit. sepuluh bulan maknanya 1juta orang dah masuki malaysia.ringgit bertukar pada bath juga tentulah tinggi.

ada orang thai tanya aku. "bang, sarawak dan sabah tu malaysia jugak ker?"

ps- cadangan aku org luar nak berniaga kena cari partner tempatan. bunyinya macam ali baba. tapi lebih adil saksama. nasib baik terengganu masih punya bisnez makan yang masih variety - nasi dagang.nasik minyak.nasik kerabu.nasik lemak ikan aye.laksa.laksam. taklah mengadap kedai tomyam/mamak je tetiap malam.