Followers

Showing posts with label rekaan semata. Show all posts
Showing posts with label rekaan semata. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

futsal dan lux

selepas terawih semalam main futsal. biasanya main defender..futsal jika defender adalah merangkap seorang midfielder-perancang-arkitek. yakni mematahkan serangan.merampas position dan mengumpan bola cantek kepada striker atau forward di depan..bola cantek akan menghasilkan kebarangkalian 50-50 untuk gol.

tapi semalam main keeper.futsal keeper tidak seboring bola padang-yakni jarang-jarang dapat bola.futsal, keeper kerap dapat bola.yelah courtnya kecik, playernya sikit. dan gerunnya pemain lawan rembat bola berdesup-desup.macam aku ni punching bag pula.shitte!

satu keadaan. satu - lawan - satu.aku menerpa keluar dari posisi. bek terlepas penyerang lawan..lawan merembat padu! bubb! bola rempatan terkena telor. sesak nafas 20 saat. shitte!

satu keadaan lain. kelam kabut depan pintu gol..tetiba lawan rembat lagi. bubbb! kena telor lagik! arghhh! terguling sesaat.shitte! shitte!

malang betol nasib jadi keeper malam ni..rasa nak tobat takmo jadik keeper.

balik.
lux-dian sastro.
test.
masih function!
senyum gumbira.
ha ha ha.
tergelak sakan ekceli.


Wednesday, June 22, 2011

aimi, sara, pakcik hasyim dan jimi

aku sudah ada idea untuk masuk kontest ni.oleh sebab aku tiada laptop dan broadband sendiri-lupa tarikh tutup, maka tertutuplah tarikh tutup kontest ni. tak kiralah, alang-alang dah beridea baik teruskan aje.kadang masuk kontest bukan untuk menang.cewwwh!

blog yang menganjurkan kontest-http://rozamisme.blogspot.com
kepada bukan pembaca blog ini.minta maaflah jika kurang paham citer.he he he.

aimi,sara pakcik hasyim dan jimi

sara datang ke rumah aimi..ajak aimi makan.. restoran mamak..aimi sejak datang kuala lumpur memang suka makan kedai mamak. katanya cepat - simple - boleh telan. sara, dia tak berapa suka makan di kedai mamak..hanya memesan tea 'o' ais limau..

sara : saya tak suka la awak serumah dengan pakcik hasyim. saya tengok dia lain macam jerk.macam tak normal jer...

aimi : lain macam? macam mana...biasa jer.

sara : masa saya tunggu awak depan pintu...saya rasa nampak dia ramas punggung awaklah..saya pun belum penah buat macam tu!"

aimi : kalau awak nak ramas saya bagi jer...

sara : aimi! saya nak awak keluar dari rumah tu..

minggu selepasnya. di kedai tomyam. berhampiran kedai mamak minggu lepas.Aimi bercerita kenapa dia tak boleh pindah. ada klausa dan perjanjian bertulis yang menyatakan dia tidak boleh keluar meninggalkan pakcik hasyim.

sara : tak ada cara lain ker? saya takut. dia gay.

aimi : tak per. saya dah pakai spender pompuan.saya nak spender awak, awak tak bagi. itu jer cara saya nak selamat dari guna-guna pakcik hasyim.spender pompuan!

sara : takde maknanya saya nak bagi..awak beli je kat kedai baju hari-hari..eh.pikirlah awak. jalan untuk keluar dari rumah tu..awak sayang saya tak?

aimi : sayanglah

sara : baik. saya bagi masa seminggu. pilih saya atau pilih dia..

sara bangun mahu balik. tea 'o' ais limau hanya separuh disedutnya. dia rasa dia kena tegas. dia rasa pakcik hasyim sangat tidak normal. jika aimi yang normal boleh bawak pakcik hasyim jadik normal tak pelah. bagaimana kalau aimi pulak yang terikut jadi tidak normal.nauzubillah! simpang malaikat 44..

aimi tepuk dahi.

3 minggu selepas itu..aimi telefon sara. dia minta sara datang tolong angkat barang dan mahu pindah ke rumah baru. sara tersenyum riang.semasa di dalam kereta. sara yang memandu..

sara : saya sukalah. awak dah keluar dari rumah tu. selamat awak.kalau lama-lama bahaya!

aimi : saya kan sayang awak..

sara : emm..macam mana awak boleh keluar dari rumah tu?

aimi: panjang ceritanya.. nanti saya cerita..awak boleh berenti kat petronas tu jap..saya nak gi toilet jap..

aimi keluar kereta.dia berjalan sedikit terkangkang. seolah menahan kesakitan..menuju toilet petronas.

tuttt..tutttt...!!!

aimi tak bawak tepon. tepon dalam kereta. ada msg masuk. sara memandang dan mencapai tepon. dia bukak inbox dan baca msg...

" aimi..jimi memang hebat.pakcik cukup puas hati. kerana jimi pakcik lepaskan aimi. rasanya pakcik dah dapat apa yang pakcik idamkan. terima kasih. pakcik pasti merindui jimi"

uwekk. nak muntah aku dengan bangla bodoh ni. kalau bukan kerana aimi larang dah lama aku hentak bangla bodoh ni.

aimi dah selesai. dia kembali ke kereta.

sara : saya dah tahu.bangla tua tu msg. awak bagi jimi kat pakcik hasyim..hahaha..habislah jimi kena kerja..sapa jimi tu?

aimi : err..panjang ceritanya..err..kawan kepada kawan saya..emm dia gay..dia suka hindustan...kita makan dulu nak? saya lapar ni..

sara mengangguk dan memberi signal ke kanan.fuh! aimi lega yang amat..TAMAAAAAAAAAAAAT.

Monday, June 6, 2011

kisah dolah dan mia sara part 2

setelah lama frust dengan mia sara, dolah semakin workaholic..satu-satunya cara yang baik untuk melupakan kesedihan hati adalah buat-buat busy.jangan termenung dan jangan layan jamal jamaludin sinar fm...

"sayang org boleh terjadi dalam masa yang pendek...lupakan org?panjangnya mungkin sepanjang hayat.dan mungkin juga masih tidak lupa.."

satu hari ada staff baru masuk..muka seperti pernah kenal.gaya jalan.tutur kata.sinar mata.macam sama!

nama staff tu NIA SARA.

hahhh!??? terkejut dolah.hampir terlucut cawan kopi yang dipegangnya.

masa berjalan..

"awak dolah kan?" tegur nia.

dolah hanya angguk.dia tunduk.tak mampu nak tentang mata dengan nia.sejak nia masuk kerja satu opis dengannya dia jadik tak keruan.tidor tak lena.mandi tak basah. kenangan lama kembali mengusik jiwa...

'sapa kau..kau betul-betul seperti mia sara'.itulah pertanyaan dolah bila memandang syiling menunggu lena..

masa berjalan...

'dolah, dah 3 bulan saya masuk opis ni...awak seperti tidak suka saya...'nia bersuara ketika tersua dengan dolah di pantri opis.biasanya memang dolah mengelak untuk bersua muka dengan nia. dia amat tidak selesa.shhitte!!

"awak mengingatkan saya pada seseorang.." dolah berterus terang.
"dan saya tidak sukakannya" dolah bersahaja.

"ooo..rasanya saya paham..awak tak suka dia ker?" : nia.begitu outspoken nia.
"saya suka dia..saya sangat suka..mengingati dia saya tidak suka" : dolah
"kenangan pahit?" nia saje meneka.
"maafkan saya..saya nak ke toilet jap" dolah lari.

masa berlalu...

lama kelamaan dolah baik dengan nia.dia rasa dia sudah boleh 'lupa'kan mia dengan kemunculan nia.dalam hati ada taman.he he he.

"awak takda bf ke?":dolah
"kenapa? awak nak jadi bf saya ker?":nia

dolah diam.kelu.shitte!

"kalo saya nak jadi gf awak, awak nak ker?":nia

dolah diam.kelu.shitte!!! dolah tidak menjawab pertanyaan nia.akhirnya kedua-dua berpisah menuju rumah masing-masing.

meoww!meoowww!!! bunyi sms masuk hp nia.

'saya nak jadi bf awak!!!' dolah sms.

nia suka. dalam hati ada bunga.poyo punye laki!!hahaha nia keriangan.

masa terus berjalan

satu hari dolah nampak nia berjalan dengan seorang lelaki di sebuah shopping mall..dolah ekori nia.mereka kelihatan mesra sekali.shitte!

di ranjang. mata dolah tak boleh lelap. 'nia sara.mia sara.siapakah kau?kesedihan aku kah?' dolah melankolik.

lama selepas itu.yang mana hubungan mereka tidak begitu mesra seperti dulu.nia juga perasan dolah dah lain macam.seperti mengetahui..

"dolah..dulu.sebelum kau..aku ada tunang..jozan.." air mata nia berkaca.

"takpe..teruskan.."dolah hulurkan tisu.

"kami dah putus atas salah faham..dan sekarang dia mahu kembali sambung. aku sayang kau.tapi..aku lebih sayangkan dia, jozan."

dolah mendengar dengan rileks.dia sedih tapi sudah menjangkakannnya..

"kau.." :nia

"aku terlalu baik untuk kau kan?" dolah memintas.

"mana kau tahu aku nak cakap begitu" nia sendu.

"i know. i just know.." dolah tersenyum pahit.

sejak itu dolah tukar tempat kerja. mereka tidak pernah bertemu lagi..

Friday, June 3, 2011

kisah mia dan dolah


dolah ada seorang kawan nama mia sara. kawan sejak kecil. kawan sepermainan. main teng-teng.main bola selipar.main ceper (tudung air botol fanta).main kawin-kawin.

dolah : weh minah, apsal aku tak kawin dengan kau? apsal aku jadik pengapit jer?
mia : kau tak ensem..ha ha ha.bodoh! nama aku bukan minah!

dolah ketuk kepala mia.

mia : sakit laa ngok!
johan : woi2..jangan pukul bini aku woi.

masa terus berjalan...
dolah dan mia sama sekolah. tak sama kelas.masa pulang...

mia : dol, kau bagitahu mak aku, aku gi library..study.
dollah : oi minah..kau nak gi dating dengan zack kan? kau ingat aku tak tahu ker?
mia : ala dol..tolong lah.ko kan jiran aku..

mia amik jalan kiri..menuju ke arah kapcai zack. dolah tgk dan terus melangkah.

dolah : aku suka kau la mia. (dalam hati)


masa terus berjalan
dolah dan mia sudah kerja. kerja di kuala lumpur..suatu hari. jam 4 pagi. henfon dolah ringing.mia tepon dolah. dia dalam bas ekpress dari kampung.Balik kg dengan bas lagi baik - jimat dan kurang penat.

mia : dol, ambil aku kat pudu boleh? azrai tak boleh ambil aku la.woii dol, ko dengar tak?bangun la wei!

dolah : hah? kul bape ni minah? naik teksi laa.
mia : ko tak baca metro ke? banyak kes la dol. pagi sangat ni. aku tak berani naik teksi.tolong lah dol.
dolah : ko katne dah?
mia : tak tau tapi drebar cakap lagi 30 minit sampai la.
dolah: ok. tunggu la.
mia : terima kasih dol.

masa terus berjalan
masa ni mia telah putus dengan azrai. dolah sudah nekad. dia mahu cakap.telah lama dia minat dengan mia.sejak kecil mungkin. ye! dia yakin dia suka dengan mia.

walaupun ada orang kata 'lelaki menggunakan persahabatan untuk memulakan hubungan dan perempuan menggunakan persahabatan untuk memutuskan hubungan'.dia tidak kira.dia nekad kali ni.

dolah : mia, kau jangan gelak.aku nak cakap sesuatu ni.
mia : apa? cakap ler.fuh! sangat lama ko tak panggil aku mia..
dolah : aku suka kau la. suka lebih sebagai kawan...nak jadi bf kau kejap..then nak kawin dengan kau.
mia : hahahahahahaha!
dolah : serius..aku serius la.

mia terdiam tengok dolah serius. memang muka dolah serius..

mia : betul kau serius?
dolah : yelah. sebenarnya dah lama aku suka kau. sejak jadi pengapit lagi.hahaha.takpe.kau fikir dulu lah. nanti kau bagitahu aku ek?
mia : mmm...okey..

esoknya.trit!trit!sms masuk. dolah tgk henpon..

'dolah..im sorry. kau terlalu baik untuk aku'

'tq untuk semua-semua..kau ada dalam hati'


sejak itu.dolah dan mia tidak lagi bertemu..


ps- life is too short to like someone secretly.go ahead. tell.

Thursday, March 19, 2009

menangis di tepi katil...

yeah! aku dah kawin! yeah aku dah kawin!!

Seminggu setelah penat kenduri kendara..tibalah malam yg paling ditunggu –tunggu oleh manusia lelaki yang bergelar suami…malam pertama

Sekarang berada di rumah sendiri..tidak lagi di rumah famili ku..tidak lagi di rumah mertua…sepanjang seminggu yg lepas terpaksalah menahan sesuatu yang sukar untuk ditahan…bukan tidak mahu tapi kondisi tidak mengizinkan…

Tiada gangguan…Sekarang kami sebilik..Kami sekatil..belum seselimut..lampu samar-samar…bunyi airkond jelas sekali..gugup pun ada..bedebar pun ada…sejuk pun ada…hening…
Aku main kaki dia..dengan kakiku..dia mengelak lembut..aku mengiring..melihat dia…

“abang tgk apa?” dia bersuara perlahan..

“tgk isteri abg..”dia melihat tepat pada ku..pada mata ku…
“abang nak itu..”

Mata dia membulat!Dia diam.. dia hanya mengangguk dan senyum…senyum paling lawa aku rasa..mmm..senyum menggoda lebih tepat…

Sejam selepas ‘itu’..

Aku menangis. Teresak-esak…di tepi katil..dia masih di atas katil…dia memandangku kehairanan..

“kenapa bang? Tadi abang gembira…” dia sedikit takut..aku tidak jawap..hanya diam…mengesat air mataku dengan cadar…

“abang marah sayakah?”

Aku menggeleng..aku tidak menangis lagi…memandang bulan ditingkap..

“abang tidak gembira?”

“abang tak best?”

“saya buat salahkah?”

Aku menggeleng..kembali memandang dia…
(oh perempuan..mana-mana pun situasi..memang mulut banyak…)

“err..abang gay kah?” dia mengerut dahi.Aku menghela nafas..

“tidak…semuanya tidak sayangku…abang menangis sebab abg menyesal…menyesal abang lambat kawin…kawin itu begitu indah…nikmatnya sehingga menutup mata…sangat indah…rugi..rugi...”aku menepuk dahi..

“itulah..kenapa lambat kawin?”

“entah…mungkin lambat jumpa cempaka…” aku senyum…dia pun senyum…

“abg ni saspen btollah…takut cempaka tadi..”

Aku bangun..menuju ke bilik air…

”abang nak kemana?”

“abg mahu mandi jap..” aku memetik suis lampu bilik air..
Sebelum tutup pintu…aku lihat dia..

“Cempaka..get ready ye..seken round” aku mengenyit mata…

“taknak!” dia menarik selimut…(oh perempuan..bila nak kata taknak)…

nota kaki: alamak.apa punye entri la ni..mungkin sebab demam kot..lalalalalala