Followers

Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

utem


sedang dalam jalan-jalan cari barang aku terpandang billboard. Billboard UTEM. 'UTEM - Always a pioneer, always ahead'. Terganggu kepala otak aku. Aku rasa motto dia tak best. Ia lebih pada kata-kata untuk 'riak' dan menonjol. Mana mungkin kau akan sentiasa ke depan. Mana mungkin kau sentiasa merintis. Setiap hari ada sahaja rintisan-rintisan baru, rekod-rekod baru. Hari ni Utem naik mottonya - esoknya sudah ada orang atasi. he he he.

motto universiti-universiti di malaysia...

UKM - Inspiring future, Nurturing Possibilities
UPM - Berilmu Berbakti - (Macam motto sekolah. ahaks)
UUM - Ilmu , Budi, Bakti (Macam sekolah juga)
UMT - Terokaan Seluas Lautan (fuyoh! kat rumah aku Univ ni) 
Unisza - Knowledge for the benefit of humanity
Unikl - Where knowledge is applied (rasanya lepas keluar univ baru applied..)
Unimas - Contemporary and forward looking
UMS - Strive to excell
UIA - Taman Ilmu dan Budi
UM - Ilmu Punca Kemajuan
Open University - Universiti Untuk Semua (Macam air asia pula..aku rasa sekolah untuk semua..U mungkin bukan untuk semua...)

USM- We lead (simple..i like)
UMP- Engineering. Technology. Creativity
UMK- Entrepreneurship Is Our Thrust (tak paham..haha)
UPSI- Pengetahuan Suluh Budiman ( ala sastera.aku pun suka ni)
UTHM- With wisdom, we explore (nice..)
UPNM- Duty. Honour. Intergrity. (wahh! )
Uitm - Usaha Takwa Mulia (macam sekolah jugak)
MMU- Inquine, inspire and innovative
Lim Kok Wing- Driving Innovation for Education
UTM- KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA -aku paling suka ini. terbaik dari ladang.

then kita tengok universiti power-power, kat obersea. Aku pelik la, kenapa banyak motto berasal dari perkataan latin? ilmu datang dari latin setelah dibawa masuk dari dunia islam / arab ke?

Harvard - Truth (Fuh. hebat. satu perkataan jer. Ilmu dan truth itu memang tak dapat dipisahkan)
oxford- The Lord is my light
Cambrigde- From this place, we gain enlightment and precious knowledge (tak best..)
Imperial College London - Knowledge is adornment and protection of the empire
Priceton university- Under the protection of God, She florish
Stanford University- The Wind of Freedom Blow
California Institute of Technology - The truth shall make you free
Massachusetts Institute of Technology- MIND and HAND (Dalam maknanya. terbaik!)

mm..universiti al-azhar. universiti cairo tak ada motto ke?
 
dan motto nissan, 'Shift the future' sangat menarik dijadikan motto universiti. dan kalau boleh universiti malaysia terengganu tukar motto, letak 'belajar sokmo'.ahaks.

merdeka - juga sesuai. simple but meaningful.

Friday, November 23, 2012

bilik sewa



Secret orang sangka adalah free... Tidak. Tidak sama sekali. Secret itu ada harganya. Imiginasi dan mimpi adalah free. jadi mimpilah aku semahunya. ahaks.

kami ada sebuah rumah pusaka berhalaman di trg. memandangkan tiada adik-beradik duduk di situ maka aku bercadang nak buat bilik sewa. Rumah aku dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari maktab perguruan, unisza atau Umt.

Rumah sewa -rate rumah sewa di trg tidaklah mahal. Kalau mahu sewa 400 sebulan pun, orang dah kata mahal. Homestay pun okay tapi memandang aku jauh, aku rasa bilik sewa untuk student perempuan lagi okay. homestay mungkin lebih lumayan tapi ada on-off dan kalau jauh, urusan akan menjadi sukar.

Rumah tu ada 3 bilik, 2 ruang tamu, satu dining hall, 1 dapur. My plan is mahu tambah bilik jadi 6. Jadi satu bilik ada 2 orang maka dapatlah aku 12 penghuni. kalau 1 penghuni RM 100 maka dapatlah seribu dua ratus sebulan. master bedroom mungkin boleh masuk 4 orang. wah! ketamakan di situ.

untuk tambahan lagi 3 bilik aku kena buang dapur, jadikan ia bilik. Dari segi kebersihan, mungkin okay tapi nak ke penghuni perempuan rumah tanpa dapur?  ruang tamu 1 dan 2 juga partitionkan jadi bilik. dining hall tukar jadi ruang tamu. So, pintu utama dari tepi (rumah memang ada 2 gate dan tiada masalah parking)

sebab penghuni ramai maka 2 bilik air tak cukup. jadi belakang dapur, 'construction tambahan' tu aku kena buat kolah mandi. biar mereka mandi ramai-ramai kat situ.Er, nak pasang online hidden cctv tak? hahaha.

untuk tarikan, kenalah aku sediakan katil, tilam, mesin basuh, tv bersama carpet dan sofa malas. dan register unifi dan buat network masuk ke setiap bilik. setiap bilik dapat internet free.Astro tidak perlu memandangkan dah bertvkan  unifi.

sayang rumah. jika ditinggal kosong rumah akan mudah rosak.


Friday, February 11, 2011

balik kampung 1







lama tak balik kg lama-lama...biasanya balik kejap-kejap saja..kali ni hampir sebulan aku balik..bila jalan-jalan di bandar KT mata aku terpandang parking bertingkat..berharga RM 9 Juta..yang baru siap..

ia dibuat untuk mengurangkan kesesakan untuk jangka masa pendek di jalan berdekatan..pada aku buat parking seperti itu bagus..dan kalau secara matematiknya RM 2.50 sejam pertama dan RM 1.00 sejam berikutnya berpatutan dan sama harga dengan parking sebelum adanya parking bertingkat..cuma kalo boleh biarlah ada orang terangkan selama mana pendapatan dari hasil parking ni boleh balik modal 9 juta..kalau setahun dua gemilang-cemerlang-terbilang...kalo 10 tahun...dan jalan bertambah-tambah jem??? --> rugi buleh.jem pun buleh.

terengganu memang sudah jem dan banyak kenderaan dan akan bertambah banyak...parking bertingkat ni takkan selesaikan masalah jem...ia bagus tapi jumlah lot parking yang bertingkat masih tak cukup untuk menyelesaikan masalah kesesakkan..

kalau aku MB (he he he)..aku akan cari punca kenapa jalan tu sesak teruk..dan jawapan aku yang sekali imbas ni sebab banyaknya bank di kawasan sekitar - Maybank.cimb.eon bank.mbsb.ambank.publicbank.agrobank.bsn dan lain-lain bank. PENDEK KATA ia pusat banks..-sebab tu perompak takut nak rompak bank, takut bila rompak maybank..kena tembak dengan pakgad cimb..keh keh-

dan untuk pengetahuan semua, bank2 ini tiada cawangan dalam radius 20km-40km kecuali BSN (org kata bank budak2 sekolah)..sebab itulah JEM! sebab bank tiada cawangan!ia hanya ada di kuala terengganu..tiada di pekan batu enam.tiada di marang.tiada di bukit payung.gongbadak(bank rakyat ada)..setiu...MALU.

contohnya serdang/serikembangan - ada ambank.maybank.public.bsn.hongleong.rhb.cimb...tak jauh di bangi ada lagi bank..tak jauh kat pekan kajang ada lagi bank...

contoh lain di alorgajah, melaka - ada maybank.cimb.bsn - 10km masjid tanah ada bsn.cimb.maybank.bank islam.bank rakyat..cheng-ada maybank.cimb - 5kilometer, Malim ada cimb.bsn.mybank.public...ni belum lagi cdm dan atm di petronas, lain-lain pam minyak dan 7e..

nilai, N9- cimb.mybak.bsn.hongleong.bankrakyat.ambank. pekan koboi mantin, N9 -Bsn.maybank.ambank.

tak payah lah aku hurai sapa yang pergi bank atau sebab apa dia pegi bank....
jadik kalo aku MB aku akan suruh bank2 ni dengan kadar segera buat cawangan..pasti masih untung dan buat kerja sosial- kurangkan jem dengan drastik di kawasan tersebut..

kerajaan negeri boleh wujudkan tempat baru yang mesra peniaga dengan tumbuhnya cawangan bank baru...modal bank tu sendiri la yang keluarkan..aku sebagai MB dah jimatkan 9JUTA..berjaya kurangkan JEM..buka peluang pekerjaan baru di tempat bank2 baru..menaikkan harga tanah di kawasan baru..

tapi TERENGGANU memang kurang shoplots..ia menyedihkan..huhuhu.kalo di melaka ko nak cari 2000 shoplots kosong sangat senang...dari satu segi, banyak sangat kosong pun takde guna tapi sebab tu melaka negeri kecik tapi kaya sebab boleh kutip cukai.. bank tetap mewah ,masuk bulan2 org bayar pinjaman...

ps-bercakap senang hehehe.tapi betolkan apa yang aku cakap...