Followers

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, September 8, 2018

buku 3 kanser 10 bulan



Buku yang baik untuk dibaca oleh semua sebab sakit akan datang kepada semua. Kesannya datang kepada semua - Akan sakit jika tua. Akan menjaga jika muda. Hargailah kehidupan dan masa-masa yang mengindahkan dalam kehidupan.

"Aku tahu apa yang kau rasa. Sabarlah". Melihat dan tahu. Rasa sendiri dan tahu. Bezanya bagai langit dan bumi. Lebih baik jangan berkata-kata. Kadang, kata-kata yang baik pun melukakan.   

Tuesday, August 9, 2016

Sewa Buku



Aku nak mencuba satu yang baru. Memulakan secara kecil kecilan. Suatu yang aku sangat cinta - Buku. Satu kecintaan yang lahir dari gerobok-gerobok buku, majalah, buku selfmake - resepi book oleh ibu tercinta - Arwah Maznah Abdullah.

*Ampunkan  dosa-dosa kedua orang tuaku ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang*

Sepanjang aku buat fotostat ni, 'suatu karier terpaksa' yang telah lama aku tahan dan bertahan dan bertahan. Aku rasa sekarang aku nak buat suatu yang aku suka. Fotostat and printing bukanlah busines yang tidak bagus dan bukan tiada prospek. Bagus tapi bertapi..so let's do it! Mencuba!

Sebelum 'kelab sejuta buku' mempunyai berjuta buku dan membesar menjadi library. Aku mesti bermula. Aku berada di kawasan student. Buku buku akademik sangat-sangatlah mahal. Kalau ada banyak subjek dalam satu semester - kemahalan itu menjadi berganda! Dan sebenarnya jika membeli buku akademik dan niatnya untuk simpan buku itu untuk adik beradik yang lain, sebenarnya ia sia-sia kecuali medic mungkin. Yang lain semua akan mencetak edisi baru dan baru. Ia strategi bidang penerbitan.

Aku mungkin kena buka facebook 'kelab sejuta buku'.  Membuat bookmark kelab. Jalan-jalan MPH, kino, popular dan bagi kan bookmark pada awek-awek cantek. Ahaks. Mencari buku-buku baru. Mencari buku-buku secondhand dan mencari buku-buku yang polan-polan mahu wakafkan. Hurm..bolehkah aku membuat duit dengan buku wakaf? erkk.

So. the mimpi start here. Yeahhh!


Monday, April 14, 2014

the body book


"If you want to build strength, you must be comfortable with discomfort"

The body book, Cameron Diaz. Muka surat 172.

Saturday, February 1, 2014

Kelab Sejuta Buku

  
"Buku - Pengembaraan yang begitu mengasyikkan" -kueh-

Aku telah membuka satu lagi blog baru - Kelab 1,000,000 buku. Buku adalah sesuatu yang aku minat. Jadi aku bercita-cita mahu membuka perpustakaan atau kedai buku suatu hari nanti. Permulaannya adalah blog ini - Kelab sejuta buku. Aku mengalu-alukan sesiapa yang nak meminjam buku dan menjadi ahli walaupun buku-buku masih belum cukup 100 buah. Ahaks.

Masih banyak buku-buku yang akan disenaraikan esok-esok.

Takpe. Pelan-pelan kayuh. Sesiapa nak bagi aku buku juga di alu-alukan. Sistem pinjaman - Berapa Lama pinjam. Berapa harga pinjam. Pick and Delivery@Self collect. Berapa yuran ahli. Masih belum tahu.

Ia terlalu 'hijau'. Ia mungkin berjaya. Mungkin sekerat jalan. Mungkin juga gagal. Tapi aku tak pedulik.

Bismillahirahmanirrahim - aku hari ni, dengan gila kuasanya, merasmikan portal Kelab Sejuta Buku.


Cadangan/kritikan dialu-alukan.

Tuesday, November 26, 2013

SuperMokh


Aku tak pernah tengok Mokhtar Dahari bermain. Tapi masa tu selalu dengar nama dia, Pele dan selalu tengok rangkuman Serie A pada petang hari apa - aku lupa - pada tahun 80an. Dan selalulah tengok Maradona. Sampaikan jersi sekolah rendah aku cap Maradona.

Yang selalu tengok dan kagum pada masa selepas itu, Zainal Abidin Hassan tonggek.Dua kali pemenang kasut emas mengalahkan import yang hebat-hebat. Dia Legend no 17.

Ada pergi Kino, terbelek buku Biografi Mokhtar Dahari. RM 180 kulit keras. Mokhtar sekalipun legend dan sangat hebat, adakalanya juga kecewa dengan kritikan penonton. Tapi apabila bininya yang berada di stadium marah orang yang kutuk Mokhtar - dan dia cerita pada Mokhtar tindakannya. Dia pula yang kena marah dengan Mokhtar. Bukan macam Safee Sali. - Main Sendirilah!

Rupa-rupanya dalam karier, Mokhtar pernah dapat 2 kad merah. Sekali dia menekel lawan dan terus diberikan kad merah. Sampai sudah dia bengang dengan pengadil tu sebab dia rasa dia tak salah sampai kena buang padang. Kali kedua dia bengang dengan pemain Singapore dan dia dengan sengaja tumbuk muka player tu dan dapat kad merah. Dia rasa bangga dapat kad merah yang tu, siap cakap Muhammad Ali tentu kagum kalau tengok scene tu. No regret. Ahaks.

Mokhtar 'pergi' muda pada umur 37 tahun.Dia mengalami penyakit pada motor neuron. Ia sakit saraf dan melibatkan otak. Dia boleh tiba-tiba jatuh dan tak sedarkan diri. Penyakit ini dirahsiakan oleh isterinya dan doktor kepada dia sendiri dan tentu kepada semua Malaysia. Sebabnya penyakit ini belum ada ubatnya pada masa tu dan akan mati. Jadi, walaupun isterinya tahu Mokhtar tidak akan hidup lama - sekali pun air mata dia tidak menitik depan Mokhtar. Dia diberitahu terkena satu penyakit lain - yang mana penyakit tu mempunyai simpton yang hampir sama cuma tidak membawa maut. Dia mahu Mokhtar tidak tahu dan terus berharapan. Agar Mokhtar kuat semangat untuk sehat dan terus hidup.

Dan ramai orang 'menfitnah' dia kena buatan orang / Aids. Selepas Mokhtar 'pergi' barulah isterinya memberitahu sakit sebenar Mokhtar pada media dan sebab-sebab merahsiakannya. Dan Selangor membersarakan jersi nombor 10 sejak tu hingga David Mitchel datang.

Buku ini ialah sebuah kisah suka-duka seorang Legenda. At the last-last pages kita boleh 'rasa' sebuah kesedihan. Al-fatihah.

“If you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.” -Mokhtar Dahari, the legend number ten.-

Thursday, May 30, 2013

Kritikan


.."kritikan adalah perkara sia-sia kerana meletakkan orang yang dikritik dalam posisi defensif dan biasanya membuatkan orang itu berusaha mempertahankan dirinya. Kritikan itu berbahaya kerana menjatuhkan maruah, melukai perasaan dan membangkitkan perasaan benci"..

-Muka Surat 5, Buku How to Win Friends & Influence People - Dale Carnegie-

Tapi kadang kala, dalam momen-momen tertentu - Kritikan itu perlu. Kritikan yang betul pada orang yang salah tetap tidak berguna. Kritikan yang salah pada orang yang betul pasti ada gunanya. 

Sebab itu Nabi Muhammad S.a.w tidak mengkritik - tidak menjatuhkan maruah, tidak melukai perasaan, tidak membangkitkan perasaan benci. 

-to myself, don't always judge and don't kritik to much.

Thursday, May 16, 2013

Blook edisi kedua


Shitte. Macam le edisi satu tu banyak je print out. Aku masih sibuk. Mungkin Dalam minggu depan aku akan siapkan blook yang telah diorder. Siapa-siapa yang nak sila email. Hari tu 8 buku je aku print out. Kali ni print 20 buku la. 

Hari tu aku ada 8 design fahmi buat. Jadi aku ambil semua design tu. Maka satu design satu buku. Kali ini aku cetak 2 design sahaja. 

Siapa yang telah order harap sabar menunggu ye! -Sabihah. Ikha. Jibun. Kakwos. Tun Teja. Mar. Gerg. Mekasih.  

Design 1


Design 2
Review dari  Tcc , 

Review Penyu Biru


Review Kniedaz


" Art is making out of nothing and selling it" -Frank Zappa.


Thursday, April 25, 2013

blook kueh dah siap!


Yahoo! Akhirnya 8 unit buku cetakan pertama sudah berada di pasaran. Haha. Poyo. Aku rasa satu buku bermuka surat 233 pages aku mahu tolak RM 15.Bukan semua entri ada. Aku pilih-pilih. Kalau semua entri, ia berjumlah 400 lebih pages.  Kalau readers rasa nak beli, jangan malu-malu membeli. Kalau nak letak entri sendiri sebanyak 30 pages, dan aku akan editkan sedikit cover, letakkan nama blog anda dan aku tolak RM 20. Bila lagi mahu rasa poyo seperti aku rasa? Ahaks.

Kalau mahu, sila email aku, pakcik.ubi@gmail.com 

Sekarang, banyak kedai telah punya mesin Perfect Binding. Sikit waktu dulu, hanya kilang percetakan yang mempunyai mesin Perfect Binding dan jika kita mahu buat buku, ia memerlukan kuantiti yang banyak. Baru mereka jalankan job tu. Namun kini, kuantiti yang sedikit pun, buku mampu dihasilkan dengan kos yang agak murah dan berpatutan. 

Penyu, Hemy, Jard, Kniedaz, Tcc sila bagi alamat. Aku nak pos buku. Ini orang mahu percuma. Jadi aku bagi percuma. Yang lain mahu beli, jadi sila beli. Ahaks.

Err. Gambar buku yang dah siap belum ada. Nanti kalau berkesempatan aku tangkap dan uploadkan. Ekceli, aku rasa agak malu untuk siapkan buku ni, dan jual kat kawan-kawan. Tapi aku mahu rasa, kemaluan itu.

Defeat doesn't finish a man, quit does. A man is not finished when he's defeated. He's finished when he quits. -Richard M. Nixon- 

Friday, April 19, 2013

Kelab Sejuta Buku


Aku ada satu idea. Aku mahu membuat satu kelab buku. Kelab sejuta buku. Kepada sesiapa minat buku. Jum berkelab. Ideanya, jika ada 5 orang kononnya, Seorang keluarkan RM 50 sebulan. Maka ada RM 250. Dan kita akan berjumpa di Kino KLCC. Setiap orang akan membelanjakan RM 50 membeli buku. Ikutlah genre apa-apa pun. Dalam 50 RM tu, mesti ada baki. Baki akan masuk ke dalam tabung. Buku akan dipegang oleh seseorang yang sanggup buat sementara.Begitu juga tabung.

Bulan kedua, kita keluarkan RM 50 seorang lagi. Ada RM 250 juga. Jumpa di MPH Midvalley dan belanja RM 250.  Begitulah seterusnya, Kita rotate kedai buku mana. Jika tak boleh datang, just bank in kan duit. Dalam setahun, jika tidak bertambah ahli kelab, haha - sedihnya. Maka kita ada RM 2500 nilai buku setahun. 

Setiap buku akan direkodkan dan di update di blog atau web kelab sejuta buku. Jika ada ekpo buku atau pesta buku, kita boleh juga kumpul duit dan berbelanja.

Di masa depan, jika kita punya ahli 50 orang, cewah. Kita akan dapat RM 2500 sebulan, dengan RM 30,000 nilai buku setahun . Jika ada 100 orang ahli kita ada RM 5000 buku setiap bulan dan RM 60,000 nilai buku dalam setahun. 

Mungkin pada masa itu kita perlu menyewa lot kedai tingkat atas - lebih murah, untuk dijadikan library Kelab Sejuta Buku. Mungkin kita juga akan ada kakitangan, librarian dan despatch untuk hantar buku dan collect buku yang dipinjam. Di samping beroleh ilmu, insyaallah kita juga beroleh pahala dengan ilmu buku-buku yang di baca oleh peminjam. Dan kita akan daftarkan kelab kita dengan ROS - Macam parti politik. Hahaha.

Kita akan buka di Kuala Lumpur dahulu. Lain masa kita buka seMalaysia. Ahaks.

Ada berani?

Kulit Belakang Buku


Akhirnya editing sudah siap, 250 muka surat lebih kurang. Waah. Susah rupanya jadi editor ni. Ahaks. Memang penat nak mengedit. Tepu dan exhausted. Kulit belakang buku, aku rasa nak letak poem Penjenayah Merah Jambu. Dulu ada link dia tapi sekarang rasanya blog dia dah tutup. Yeah! Esok lusa print-out, lepas tu perfect bindingkan kulit. 

Blog.
Kamu berblogging untuk apa?

Semakin hari semakin bertambah
Friendster, myspace, facebook semua pejam mata
Tak hairan

Belajar sekarang pun guna blog
Budak kecil masih tak khatam Quran pun tahu buat blog
Penuh dengan imiginasi dan telatah 

Golongan senja juga mahu menjadikan blog mereka canggih dan
Tentunya penuh dengan pengalaman, yang kau dan aku tak punya

Orang lain ;

Blog? 
Kau ada blog? Apa address dia? t bagi eah!
Blog?
Aku tak rajin nak menulis, tapi aku suka baca!
Blog? 
Best, boleh luah perasaan.. Dapat pendapat...
Blog? 
Aku nak ambil gambar ni, nak masuk blog...
Blog?
Aku baru dapat cek nuffnang...Yahooo!

Aku;

Blog?
#senyum#
Terlalu banyak sebab untuk aku berblogging

Kamu?

-Poem Penjenayah Merah Jambu-




Friday, April 12, 2013

hadoi!


Tensen gile rasa saat ni. Tadi aku guna pc kat workstation, tidak guna pc kaunter. Tetiba ada customers datang, aku terlupa cabut pendrive. Bila teringat balik pasal pendrive, tengok pc tu, pendrive dah lesap! Editing aku sebanyak 400 pages sia-sia. Editing yang hampir siap, Hilang begitu sahaja! Huh! Stress.


"LOST time is never found again!" -Benjamin Fraklin-


Tuesday, April 9, 2013

Cover Buku Dah Siap!


Ni lah design kawan aku, fahmi hasilkan. Gambar aku dalam henpon dia, masa pergi besday party anak Juntai,  pun di masukkan dalam cover. Namtam Ngoh! Aku pun tak tahu nak pilih mana. Takpe, masa masih panjang aku rasa - Editing masih panjang. Huhu. Jika aku malas nak mengeditkan nanti aku print-out terus je. Ha Ha Ha.

Dan jika aku malas nak pilih-pilih. Kalau aku print out  8 buku, aku print out setiap design. Woha!

Budak tu model blog aku. Dia anak kak Piah. Aku suka baju tu. Dan dia dengan baju tu begitu ngam sekali. Cerita bagaimana dia pakai baju tu pun mencuit hati.  Jangan saman aku sebab tak bayar royalti sudah la. Ahaks.

Fahmi. Tq. Biar pun aku tahu mu wat design ni sepuluh minit jer! Ha ha. Terima kasih.

Sunday, April 7, 2013

Membukukan kuehbakar


Tadi aku baru mula untuk edit blog aku. Aku nak bukukan blog kueh bakar. Aku rasa costnya tidak tinggi. First copy paste masuk dalam microsoft word dalam 425 muka surat. Mungkin dalam RM 15 macam tu. Tujuannya suka-suka. Mana tahu ada orang lain nak suruh aku bukukan blog dia pula. Ahaks.

Malam ni siap edit dan kalau fahmi - mat designer boleh design dalam masa sehari dua, maka lusa akan aku hantar kat kedai kawan untuk perfect binding. Jadi, dalam minggu ni lahirlah buku kuehbakar. Ahaks. Jika ada sedikit aral, itu ini, lewat-lewat minggu depan siaplah.

Mmm..kalau-kalau aku nak jual buku ni, musti tak boleh masuk MPH atau kinokuniya. Jadi aku kena jual cara al-arqam. Jalan-jalan sekitar Kolumpo dan approach orang supaya beli. Ahaks. Cett tadi kata nak suka-suka, ni berniat nak jual pula. Ha ha. Sekelip mata manusia boleh berubahkan..Menulis dan berfikir macam inilah - kesesatan yang mengasyikkan.  

Mana la tahu kan, kot-kot blogger yang mantap-mantap pun suruh aku bukukan blog mereka lepas ni. Dan bila dah bukukan banyak blogs dapatlah buka library - Toko Buku Bloggers. Baik berhenti menulis entri sekarang, sebelum karutan semakin panjang. Ha ha.

"A room without books is like a body with out a soul" - Marcus Tullius Cicero -



Thursday, January 12, 2012

mat som by LAT

tadi boring-boring aku mengulang baca novel-kartun oleh lat, Mat Som. Ia sebuah kisah jujur tentang kehidupan. Mat Som, penulis sambilan adalah orang dari kampung yang berhijrah ke kolumpo. dia seperti lainnya, mengejar cita-cita dan cinta.

what do i say..
living in a place like this...
i feel shy even to introduce my self.
beside, who would care?
this is a city.

but at the start of a story
you must say something about yourself.
my name is mat som
mat som bin mat top
part-time writer.
(trying to be full-time with monthly pay)

nicekan dia punya intro..

the best scene-scene/ayat2 best...

scene 1
masa dia mandi (di luar rumah). keceboom! keceboom!! mulanya bising bunyi air yang dia cebuk. tetiba diam bila dia dengar budak penjual kueh panggil yam, gadis, jiran sebelah. dia diam sebab dia skodeng yam dari celah dinding 'bilik air' dia. bila yam dah masuk rumah, bunyi air dicebuk kembali. haha!

dia hendak dijodoh oleh ayahnya dengan faridah. anak orang baik-baik, kenalan ayahnya dan kenalannya juga. faridah adalah budak perempuan gemuk yang selalu mengikut geng-geng dia bermain sewaktu kecil di kampung dulu. ayahnya begitu berharap. faridah juga berada di kuala lumpur.

scene 2
(ceramah kat tv...rtmlah kot zaman tu..)
''...a lovely wife is not only easy on a man's heart
but on his eye as well.
he'll think himself lucky!
but..
dont just look for beauty..
look behind a women's pretty face
for honesty and sincerity...

because,
everything that's lovely and sweet.
like a honey..
will be swarmed..

many will be attracted
that beauty can bring temptations from outside the house...

this will ruin a husband's peace of mind!
ruin the peace of home..
and lead to a break up...

this does not mean we cant choose pretty wives
WE CAN!!
SURE WE CAN!!
but first we must check the character and personality..''

ahaks!

scene 3
'my father and i never speak much to each other
that's how we are
but we are close..' -standard father and son.

scene 4
setelah jumpa faridah yang sangat2 disuruh ayahnya.
'...and all this time i never dreamt she could grow up into such a beautiful girl...'
(mia sara bila besar nanti tentu tidak sekiyut sekarang..hehe.)

scene 5 (surat mat som pada mat top, ayah dia..)

dear father,
marriage is destined by God. If it is fated, ikan di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua. Man can only plan...

What i have seen from that meeting with faridah, is that she has given her heart to a young man in kuala lumpur, clearly of good family.they seem to be walking side by side on the same path.yes father... Faridah already has a friend who will be her partner in life.

perhaps this will make you sad, father but im sure you understand these things better than i do. As the saying goes, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. this bee will have to try his luck elsewhere.

take care of your health and not do the heavy work. kim salam mak.

ps tentang mat som-

1.buku ini murah je. RM 13.90. aku beli kat MPH.terbitan berita publishing.terbitan pertama 1990. belilah!

2.kadang dalam jodoh kita mahu tengok yang jauh-jauh. sedangkan yang dekat-dekat itu ada. macam mat som dan yam.

3.aku peratikan zaman dulu, dalam kartun lat pun sama. tak ramai orang bertudung . aku tak jumpa sorang pun bertudung kecuali mak mat som(berselendang dan bukan di KL) dan makcik naik tangga ms 19..

4. kalau nak ada relationship, kena berani berkomunikasi.kalau 'biar jodoh datang dengan semulajadi' - bujang sampai tua la jawabnya...

5.teringat public phone. zaman sebelum hp. haha!

Wednesday, December 7, 2011

conteng-conteng

aku suka kartun. dari kecil lagi aku coba untuk melukis kartun. Pada aku orang yang pandai melukis adalah orang hebat.Sebab itu aku coba melukis kartun.coba menjadi hebat.ahaks! tapi kartun itu bakat. kartun itu kreativiti.dan lukis oranglah paling tak boleh, paling susah. orang lidi bolehlah. lukis binatang pun sangat susah!

antara blog kartun yang aku suka ialah conteng-conteng. ia kisah budak muka inocent. aku rasa budak itu seorang pendiam tapi banyak berfikir dan 'bebas' dalam dunianya. juga suka gelagat kucingnya.

ia sebuah kartun yang simple tapi penuh kejujuran. lagipun era pelukis adalah era aku juga. memori dia banyak sama dengan aku-juga sesiapa yang sama eranya. ia membuatkan kita tersenyum dan tertawa. rupanya apa yang kita buat masa kecil dulu juga dibuat oleh orang lain.ia sentimental..

aku juga ada membeli koleksinya. dan jujurnya buku dia agak mahal bagi aku yang pernah ada dalam 'bidang penerbitan haluan kiri' - fotostat. haha.

aku harap bila dia sudah keluarkan buku dengan PTS, ia seperti lat oleh berita publishing-tebal,besar dan murah. dan aku menunggu satu cerita bersiri - yang punya mula dan punya akhir. yang boleh dijadikan masterpiece macam j.k rowling-harry potter. kehkeh. PTS telah jumpa satu 'lubuk emas' yang belum terusik..

aku rasa kartunis conteng-conteng, seorang folower kuehbakar -mungkin strategi seorang bisness-minded, seorang yang humble.dengan sukacitanya aku wishkan, selamat berjaya conteng2..

ps- baru-baru ini aku ada beli majalah ujang. kartunnya mendukacitakan. ia tiada jiwa. ujang yang sebenar telah tiada di situ. semua hasil kerja ujang yang sebenar telah dipatenkan termasuklah signaturenya sekali..ia 'lembu punya susu. dutch lady dapat nama'...

Tuesday, August 9, 2011

now everyone can fly

kali pertama aku naik flight tahun 1996.Naik Mas dari Subang Airport ke Trg.Ia gaji pertama aku. gaji kerja kilang di Rawang.Arwah mak suruh balik kampung.Jangan susahkan orang katanya. Masa tu aku menumpang di rumah sepupu aku yang dah berkahwin.

masa tu, aku dapat gaji yang tak banyak sebab tak cukup sebulan kerja dan burn beberapa hari gaji setelah cabut tanpa notis. ha ha ha. aku terpikir nak naik kapal terbang. macam mana rasa ek?
kawan aku,lobo, seorang kl, menghantar aku ke airport.beli tiket.etc..dan aku begitu takut masa kapal terbang pecut nak take-off landasan tu.ia lebih takut dari rollercoster yang aku naik kat genting highland masa kecik..tobat taknak naik flight lagi!

aku pun suka juga hendak balik kampung, suasana di kilang macam di bangladesh.hari2 aku belajar bahasa bangla.kiri kanan bangla.kilang tu buat getah tepi pintu kereta.mungkin perodua punya..sebab perodua kat rawangkan..

airasia

company asalnya ditubuhkan oleh arwah tan sri yahya, anak syarikat drb-hicom. tapi sejak kematian beliau, airasia telah kerugian. oleh kerana mahadir tidak membenarkan lesen baru untuk penerbangan.maka tony fernandes telah beli airasia dengan RM 1. hutang 40juta. 2 boing 737-300..lahirlah airasia - everyone can fly - motto yang cacthykan?

kali kedua aku naik kapal terbang adalah pergi ke kuching..kata dah tobat taknak naik.. hehe..lupa aku bila..tapi masih di awal-awal umur airasia..kawan aku, cikgu zali ajak pegi sana... people like to travel. people like to pay less...tiket memang awal bebulan la sebelum tarikh.rm seratus lebih pergi dan balik..yeah! kuching im coming! hehehe.

flight pukul 6pagi.jadi aku kena ada sejam awal.4oo pagi aku bertolak naik motor dari serdang tuju Lcct.aku malas nak menyusahkan kawan hantar aku.jadik aku rasa naik motor bagus walau takde lesen dan tiada parking fee..(masa tu bas rm 9 belum ada)

kali ni suasana lain berbanding kali pertama dulu..lcct tu macam stesen bas.ramai bukan main.bukan macam airport.tidor dilantai pun ada.'now everyone can fly'.heh! memang tepat.dan masa masuk boarding lobby tunggu untuk naik flight, tiba-tiba ada staff buat pengumuman flight ke kuching.sila beratur..orang pun berebut2 beratur..tergelak aku.(booking seat belum ada)

kemudian kita akan menuju ke kapal terbang dengan berjalan kaki.masa ni feel sangat.nampak kapal terbang.ada bunyi enjin boing.dan jalan laju..potong line.hahaha. tak macam dulu.dulu pakai aerobridge.tau2 dah masuk kapal terbang sambil tengok stewadess senyum..kalau hari hujan renyai pakai payung. cool!

lepas tu ada brief pasal kecemasan..lucu pula tgk 2 pramugari buat memek.err..cuak sikit pun ada.."kalo dalam air.tarik ini.tiup wisel" ---> macam citer titanic tuh!

[aku pun ada jugak buat kira2...200 orang penumpang..kalau darab 200rm = rm 40000..kuching ada 5 trip sehari = 200,000rm sehari! kenapa MAS rugi erk?]

take off kali ni aku lebih tenang.mungkin dah dewasa kot..hehe. dan pemandangan langit sangat lawa..tambah ada cahaya matahari.subhanallah.

lepas tu ada jual makanan dan minuman..tolak gerai.kehkehkeh. walaupun takut2 berada di udara, mata terpampam juga kat montot stewadess tolak troli.hahaha. dan ada jual cenderahati..

dan selepas itu 3 kali repeat ke sarawak. 2 kali ke sabah. oversea belum rezeki.huh!
melancong adalah kesesatan yang mengasyikan..


***********************************************************

sekarang sedang hangat MAS dan AIR ASIA mungkin bergabung.jadik aku belek2 la buku yang dulu aku beli, the air asia story.

"believe the unbelievable, dream the impossible and dont take 'no' for an anwer"

"saying you are going to do something is always the easy part.Its the doing part that actually makes or breaks you"

"we are trying to serve people who are underserve"

"i dont believe in owning technology. like you buy hp, one year later its out of date, so its better to rent. our strategy from day one is not to own, but to rent"

"people havent really understood why im sponsoring formula one teams or man U. if u want to be a global player, u have to tell the world about yourself"

"bonus? i think it is never enough.there is one thing about malaysians.Whatever you give is never enough"

"just believe in your own conviction. If you listen to everyone else, you will never start. weve just got to believe in and do it"

"the person who changes things wont come from the industry. it will be someone else from outside the industry. people in the industry wont change"

"there is a fine line between managing the ego and having no ego.If you dont have ego, you wont be succesful, but u need to know how to manage that ego"

"i would like people to be positive, to be sensible, and to realize that the world is a tough place"

**********************************************************

aku tetap merasakan air asia ada duit dari ananda krishnan..sebab tu nama flight AK. syhhh! air asia telah menempah boing 200 bijik kot, dengan harga rm trilion.kalau ko takde duit berani kau order?

asean sahaja market yang besar. ia populasi 600 juta manusia. amerika 300juta.eropah 350 juta.

what ever..terima kasih tony fernandez.


Thursday, August 27, 2009

oder ler





oder ler (sini oder http://konotasi.blogspot.com)
jgn tak oder...jgn tgk 19 hingget..tgklah RM 1 tu.ahaks..selamat membeli. kenang-kenangan
dan semoga anda juga ada dalam PELAKAR jilid 2..

(kalo dapat jual 50ribu buku...dapat komisen RM 1...ehem2..boleh pegi haji! ha ! ha ! ha! kawinn!! haa! haa! haa! ) BELILAH ! BELILAH!


notakaki : jatt idea rekaan aku dah mari...mau masuk kontest..