Followers

Showing posts with label budak hostel smsd9195. Show all posts
Showing posts with label budak hostel smsd9195. Show all posts

Friday, May 4, 2012

songo, ubi dan dolloh


masa period spm sedang berlangsung..

'ubi. aku nak juga pergi hostel girl sekali..bawak la aku sekali..boleh ar..' doloh.

aku diam je. Bengong ke apa doloh ni..

masa jumpa songo. aku bagitahu dia. Doloh nak ikut gi aspuri kalau kita gi. Dia nak rasa juga masuk aspuri sekali. best juga masuk sana.. for the last time..hahaha.

'boleh, malam esok.' songo green light. aku, kalau songo tak pergi, memang aku tak pergi. Nak bawak orang pergi? carik nahas.

doloh -Dia ni unik. Dia budak blok C.Dia bukan seorang pelari.. mungkin penjogging santai. ahaks. doloh pakai spek. kalau tak pakai spek dia tak nampak. Dahi dia suwak. kalau malam boleh bersinar dek rembulan malam. haha. Semua faktor-faktor bahaya kalau terkantoi!

Malam esok dipilih sebabnya pagi lusa paper biologi. paper wajib untuk semua. Jadi confirm budak pompuan tidor awal. lepas lusa, ada paper yang budak ambil, ada yang budak tak ambil. jadi ada yang tidor awal, ada yang stay-up - mana mungkin boleh pergi kalau ada ramai stay up...yang tinggal di hostel sekarang budak-budak form 5 sahaja..

so, its tomorow's night or never for doloh...

masa nak pergi malam tu, dalam 3 pagi, doloh pakai baju merah..aku suruh dia tukar baju hitam.

memang first pagar lagi doloh problem sikit nak panjat. Lepas dia panjat pagar..kitorang dalam area aspuri kini..

'weh, rileks dulu, jantung dup dap, dup dap ni'

sambil dia rileks tu, dia sempat keluarkan kamera! memang dia unikkan..

'amik gambar dulu' he he he. dia ketawa.

so posing la kami kat koloh aspuri.

bila nak panjat koridor hostel, doloh memang susah sikit. tapi songo terer, dia ada 'tip' kasi doloh naik. so menjelajahlah doloh belajar biologi.. haha.kat atas tak boleh amik gambar. kamera zaman dulu bising bila kodak tu berpusing..

akhirnya jam loceng menjerit. ada orang kata tu bilik shuhada, ketua pengawas. songo bagi signal. masa balik dah tiba..

dalam dewan periksa pagi esoknya, songo bantai tidor! dia memang tak suka biologi..

ps- doloh kini guru. jaga anak murid molek loh.

pss -there comes a time in a man's life when to get where he has to go - there are no doors or windows, he walks through a wall.

Thursday, May 3, 2012

telekung najwa

aku ada seorang kawan. Yus. Dia sedang sakit dan sedang berjuang dan telah berkali-kali pergi kimoterapi. Dulu dia kerja DIGI, sekarang tidak lagi. Kepada readers blog aku yang tak ramai mana, seandainya memerlukan telekung, silalah beli dengan Yus. Dan jika kawan kamu pun nak beli telekung, sila beli dengan yus.

jika dah punya telekung masih boleh beli - mungkin satu letak di pejabat. mungkin juga satu letak di kereta. mungkin satu boleh dijadikan hadiah besday. hadiah kawin. create lah reason untuk membeli telekung kawan aku.

web TELEKUNG NAJWA klik sini

semoga sembuh yus.Amin.

Sunday, April 29, 2012

songo : the untold legend sekolah aku


aku ada seorang kawan. kami panggil dia songo. aku kenal dia masa tingkatan satu. Di hostel,  dorm dia blok D, aku dorm blok A. Masa awal-awal, aku tidak kenal sangat songo budak selangor.Lagipun class aku dan dia tak sama.

Dia sangat berbakat dalam sukan.Gifted.Semua dia terer.

Bolasepak. Rugby. Olahraga. Ping Pong. Tenis. Bola Tampar. Juara Lompat tinggi. Juara 400 meter. Dia Olahragawan batch aku. Dan terer matematik. Tinggi and goodlooking. Ofkos , banyak surat cinta dan secret admirer dari sama batch, junior atau kakak-kakak senior.

Bila main bola petang-petang, form 1 hingga form 3,secara tradisinya, blok a + blok b akan lawan blok c + blok d. Dia seorang pemain bola yang baik.Juga keeper yang baik! Mempunyai larian kencang. tandukan terbang dan rembatan kaki kanan bahagian luar yang sangat padu. Biasanya budak-budak lain tak berani untuk blocking. Aku berani blok, kesian keeper aku kalau bola selaju itu tidak diblok. mahu bersara terus main keeper. bukan senang nak suruh orang main jadi penjaga gol.ramai orang mahu jadi penjaring gol. dia midfielder. aku midfielder. Jadi aku dan dia selalu bersaing sesama sendiri.

perbalahan dalam padang itu lah merapat kami kerana akhirnya kami teamates dalam skuad sekolah.

the laws made to be broken. Hahaha!

Kalau kau duduk asrama selama 5 tahun. Ada bermacam-macam kesalahan yang mungkin dibuat. Hisap rokok. Lompat pagar (beli makanan atau rokok kat kedai luar sekolah.menonton wayang). Buli budak. Mencuri(ini baik jangan). ponteng kelas. Pakaian tak ikut piawai. Rambut panjang. Dating. Macam-macam!

Tapi yang paling susah dan paling berisiko adalah 'masuk ke dalam hostel girl'. Once dibaham-tagat / ditangkap - tiada denda melainkan buang sekolah.

'Masuk ke dalam hostel girl' ada dua kategori . Pertama masuk ketika cuti sekolah. Mostly ketika ramai balik kampung. Dan kedua, masuk ketika waktu biasa. the most danger. the highest risk. the beautiful one!

dia boleh berdiri atas meter paip dan melompat pegang koridor aspuri. dia naik dan tarik tangan aku naik.

bila masuk dengan songo. rasa selamat. dia sangat kool. dada yang berdebar-debar. peluh yang keluar ketika malam dingin tambah dengan angin dari pantai hilang beransur-ansur. Yang tinggal keindahan dan keasyikan. hahaha!

dengan songo kau boleh request baju budak mana yang ko nak. atau pakaian dalam siapa kau nak. woha!

He's the legend who never been cought. sekarang dah baik. jadik pegawai kerajaan yang ohsem.




ps-“A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other...Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever”


Wednesday, December 21, 2011

nostalgia dalam nostalgia

lately, aku rasa teringat-ingat dengan kawan-kawan aku. kawan-kawan schoolmate/dormate aku. telah lama aku 'menghilang'. sangat teringin untuk gathering dan minum teh sama-sama. cakap tentang itu dan ini. gelak ketawa.

'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain..'

selama 5 tahun di asrama sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5 aku punya kawan-kawan yang rapat. yelah. 5 tahun bersama, pagi - petang, siang - malam. memanglah rapat. main bola sama-sama. outing bandar dungun sama-sama. 'lompat pagar' sama-sama. kena buli sama-sama. buli balik sama-sama.terlalu banyak sama-sama..

tadi aku msg salah seorang kawan yang masih punya no hp aku...

'jum reunion. tgk konsert awie dan ella..istana budaya.tak ramai pun takpe'

biasanya reunion akan diadakan masa berbuka puasa. dan masa berbuka sebenarnya bukan waktu yang bagus untuk reunion sebab nak booking tempat bukan senang. makanan juga mungkin sampai lambat. lepas makan nak kena bergegas solat maghrib...

tengok muka pelayan-pelayan pun kesian juga. mereka serve orang makan. mereka sendiri juga berpuasa dan belum makan..nak mintak tisu ker. air kosong ker pun kadang terbantut..mungkin juga dibuat-buat tak nampak. yela peak hours..

ia penat. tambah kalau yang ada anak kecil..balik rumah nak solat terawih lagi.. jemaah kat surau atau masjid mungkin dah tak sempat...

jadi..

aku rasa reunion dengan layan konsert awie dan ella itu kool (ingatkan konsert wings.tapi dah lepaskan..).kami membesar dengan lagu-lagu mereka...jadi meh layan lagu.reunion itu nostalgia. lagu-lagu mereka juga nostalgia. jadik nostalgia dalam nostalgia..

yang dah kawin juga boleh bawa bini..anak-anak tinggal dengan amah..

harap jadi..

ps - dalam dorm aku hanya 2 orang je aku tak sempat pergi rumah. dan 80 % aku pernah sampai di rumah schoolmate lelaki aku yang merata-rata tu..masa matrik, semua rumah housemate aku pernah sampai...

membuat kawan baru ditempat baru tidak sama dengan kawan lama di tempat lama..'kawan' bukan senang untuk dijumpai..

Thursday, November 17, 2011

kaset

aku adalah budak hostel masa 1991-1995. ia adalah zaman kaset.masa-masa itu, menjadi penyanyi adalah lebih glemer dan gojes dari menjadi seorang pelakon.mungkin juga lebih kaya dan lebih evergreen. penyanyi boleh buat album. boleh muncul di tv. boleh buat konsert. boleh masuk juara lagu. sebab tulah, zaman itu ramai penyanyi jadik pelakon. ia satu tarikan kuat. walaupun amy search berlakon macam kayu di samping raja ema- still box office!


now, pelakon lebih kaya. penyanyi susah cari makan dengan wujudnya 'download', stesen radio yang terlalu banyak. lagu2 best, free dan senang didengari. komputer ada lagu. blog ada lagu. mengapa mahu membeli? dulu dubbing lagu dari kaset ori atau radio sedikit kualitinya ada lari.


dan pawagam yang banyak kini. stesen tv yang pelbagai untuk diisi slotnya.pelakon sekarang lebih ok dari penyanyi.


jika kita mendengar bola sepak, liga semi-pro pada waktu itu menerusi radio, ia sangat-sangatlah mendebarkan. mendengar itu lebih thrill dari melihat rupanya!! jantung dupdap dupdap, padahal bola berlegar-legar di tengah padang. ha ha ha.kena tipu hidup-hidup dengan intonasi pengulas!


membawa walkman ke hostel adalah satu kesalahan. ia akan dirampas jika dilihat guru atau warden atau pengawas jika ko seorang junior. gals lebih senang dari boys untuk 'menyorok'kan walkman kerana mereka pakai tudung(sekolah aku pompuan wajib bertudung). lelaki kena cari port yang sesuai. supaya boleh nampak 'tanda-tanda bahaya'.


'gooolllll!!!' kelas yang diam semasa prep malam [800-11malam ] akan bergema.haha. diikuti dengan larian-larian kecil kegembiraan. ataupun pergi menganjing kepada pelajar yang asal selangor kalau selangor kalah. asal perak kalau perak kalah. ahaks.


'oii monyet. diamlah nak study ni.' pompuan bengang.


'dummm!!!' tepuk meja.team kena bolos atau team kalah.huhu.


masa itu ada radio muzik. ia adalah sumber utama lagu2 hits yang diminta oleh pendengar. masa tu nak request lagu kena hantar surat rasanya. atau talipon rumah. aku tak pasti. yang pasti senarai lagu akan keluar dulu di dalam surat khabar. jadi boleh la agak bila lagu yang kita nak dubbing tu keluar. lepas lagu isabela lagu nigina.lepas nigina lagu greenday. haa macam tu la.


jadi. get ready la nak tekan butang 'rec' kat walkman. bila lagu setat jer dubbing la.


'arghhhhh!!!!' bila kala dj yang bertugas, bercakap masa lagu tengah di mainkan. atau lagu belum habis. jahanam proses dubbing. ia perlukan dilakukan di lain hari. bukan senang juga mendapat sebuah dubbing yang sempurna. haha.


jika kau anak orang kaya, ko boleh la beli kaset ori. tak payah dubbing2 ni. tapi still tak 'ong' sebab bukan semua lagu dalam kaset sedap. killer song banyak. killer album tak banyak. dan nak senang juga, pi kedai kaset - bagi senarai lagu dan dia tolong dubbingkan. bayar upah cetak rompak. ahaks.


setelah sebuah lagu itu habis dimainkan. kalau nak dengar balik lagu itu maka kena rev(undur). jadi kena guna pen. pusing-pusing kaset tu. kalo tekan 'rev' pun boleh tapi bateri cepat kong la. sangat membazir!!

jenis walkman yang glamer pada time tu ialah aiwa, panasonic,sanyo,dan terbaik sony. masa ni, kawan aku lobo ada dicsman. wah. tapi dics mahal dari kaset.maka, kurang sedap la kan..

**********************************************************
'zakiah. nah kaset.'
'kaset apa?'

'aku dubbing lagu.lagu2 best.untuk kau'
'oh!'

'lagu mr big ada?' zakiah tanya.
'ada'

'lagu zombie ada?'
'ada'

'lagu nigina ada?'
'ada.banyak lagi best-best.side a lagu melayu.side b lagu omputeh'

'wah best la.tq.tq'
[yes!yes!yes!-dalam hati]

ps-aku tidak pernah minta mak belikan walkman. jadi aku tiada pernah ada walkman..duk hostel, arwah mak aku bagi RM30 sebulan. nak kumpul duit beli juga tidak praktikel. tapi ramai kawan ada. dan mereka bagi juga pinjam dengan syarat bateri sendiri. ye. pinjam itu lebih praktikel..ahaks.