Followers

Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Gaji


Aku kira gaji MB 15 ribu sebulan kecil. Lagi pula negeri macam Selangor. Gaji MB Selangor patutnya 50 ribu sebulan. Jadi MB mana boleh duduk diam, kerja banyak. Kerja pun bukan kira masa. Hari minggu pun kena kerja.Kena attend sini, kena attend sinun. Gaji PM tu patutnya 1juta sebulan. Yelah CEO negara.

Lagi pun eloklah dinaikkan gaji. Selangor punya wang pun banyak. Perform. Ada biliion-bilion, tak pernah dibuat dek orang. Negeri lain pun nak naik gaji macam Selangor dan Sarawak tapi tak mampu sebab duit negeri tak banyak. Dan eloklah makan dari sumber gaji halal daripada 'makan' dari sumber-sumber 'projek jalan belakang'.

Apadehal 30 ribu sebulan sebagai MB. Mat Yo anak Terengganu, gaji 80ribu sebulan, kerja 3-4 jam je sehari. Itu pun kerja yang orang tengok pun seminggu sekali je - 90 minit je. Dalam 90 minit pun bukan kerja gila babi pun. Sekejap speed. Sekejap jogging. Sekejap terbaring. Sekejap berjalan. Tak payah sekolah tinggi. tak payah perah otak teruk-teruk.

MB - educated, sekolah tinggi. Ilmu penuh di dada. Kerja tanpa mengira masa. Tanpa mengira hari. Gaji 30 ribu pun kira mahal?   

Ramainya Buta kayu.

Ps - Negara kita sedang mengalami pesta. Pesta naik harga. Yahoo.

Thursday, May 23, 2013

GST

Tak lama lagi parlimen akan bersidang buat pertama kali selepas PRU 13. GST adalah antara isu yang hangat dan panas. Aku copypaste pengomen dari blog A. Kadir Jasin, Buah Kerdas

"Saya rasa tak berkelayakan nak bincangkan merit GST ni sebab tak baca apa2 mengenaninya. Saya cuma boleh andaikan GST kita sama dengan VAT kat UK. Kalau benar andaian itu, saya nak kongsi cerita.

Sistem VAT di UK mempastikan semua kedai ada mesin NCR yang rekodkan setiap jualan serentak dengan pencetakan resit jualan kepada pelanggan. Maka amaun VAT tu masuk dalam rekod kerajaan. Peniaga wajib serahkan VAT pada kerajaan. Kebetulan saya pernah berkawan dengan seorang pelajar dari Hong Kong. Katanya kerajaan UK sedang buru pakciknya kerana tak serahkan VAT daripada 8 resotorennya di seluruh UK. Jumlahnya VAT fraud tumencecah 1.6 million pound sterling.

Kita masih lagi ada masalah pemandu teksi yang tak mahu guna meter, macam mana nanti dengan masalah peniaga yang tak tahu guna sistem resit berekod?

Saya bimbang nanti apa yang diunjurkan oleh Idris Jala, iaitu revenue RM 27 b setahun tak menjadi kenyataan sebagaimana selalunya tidak menjadi realiti output daripada hydro-power electric station, sentiasa kurang daripada estimate yang diberikan atas drawing board. Sudahkah Jabatan Hasil Dalam Negeri berjaya melebih 90% memungut cukai yang patut dibayar oleh individu, peniaga dan korporat. Sampai sekarang pun kedai hardware dan spare part mengamalkan lebih dari satu buku resit jualan, yang mana satu ditunjukkan pada LHDN? Sudahkah dipastikan pasar-pasar basah kita menggunakan alat timbang yang disahkan, kalau 1 kg betul-betul ke 1000 g?

Kalau lubang-lubang ketirisan belum mampu ditutup, saya rasa yang betul-betul menikmati GST ialah peniaga yang tak jujur.

Maybe I am too pessimistic, or I am just the typical type of resisting to change." -Buah Kerdas-


 The hardest thing to understand in the world is the income tax.
-Albert Einstein-

Thursday, February 14, 2013

teksi macam cilaks


"it's not just being overweight that's dangerous. Stress is dangerous" -Carnie Wilson
 
Teksi-teksi di kuala Lumpur sangat-sangat banyak. Ada bermacam-macam color taxi. Mungkin color mewakili company yang merajai permit-permit teksi. Aku rasa pemberian permit-permit teksi ini tidak dikawal dengan baik oleh kerajaan.

Pemberian permit yang terlalu banyak akan menghasilkan persaingan yang tidak sihat kepada pemandu-pemandu teksi. Hidup di bandar metropolitan macam kuala lumpur bukan suatu yang senang. Bukan suatu yang aman. Kuala Lumpur tiada belas ihsan. Ia bandar yang penuh tekanan hidup.

Sewa permit teksi sehari boleh cecah 60RM sehari. Sebulan RM 1800. Rosak repair sendiri. Teksi tetap hak milik company permit. Senang betol company permit super kaya. Jual document sahaja.

Dan bila teksi-teksi ini tertekan dalam mencari makan - Ia menghasilkan banyak benda-benda negatif. Teksi tidak ikut peraturan jalan raya. Samseng. Pemanduan brutal. Dan macam-macam lagi yang buatkan kau geleng kepala.

Eloklah permit-permit teksi dikurangkan. Kurangkan persaingan yang tidak sehat. Persaingan yang 'membunuh'. Biarlah pemandu teksi sedikit aman dengan persaingan kerana tahap jem kuala lumpur telah mencapai level paling tinggi - tiada keamanan pemanduan.


"..saya bukan pemandu teksi.."


Monday, April 16, 2012

ptptn

sekarang isu hangat ptptn. macam-macam suara ada. baguslah. Dalam buku jingga, pembangkang tak ada kata nak hapuskan ptptn. cuma mahu mentiadakan faedah dalam bayar-balik. bagaimana boleh sampai pendidikan percuma ni tak tahulah!

adidas kata 'imposible is nothing'. nike kata 'just do it'...

bagi aku, pendidikan adalah pelaburan sebuah negara. Ia sangat penting untuk serba serbi-semuanya! Bila kau belajar tinggi percuma, selama 3 tahun atau 4 tahun. memang kau tidak membayar balik kos pembelajaran. tapi seumur hidup kau setelah kau kerja, ada bahagian kerajaan dalam duit gaji.

contoh rokok dunhill. dalam sekotak rokok dunhill, separuh wangnya kerajaan punya. (kita punya dunhill RM 10. Indonesia RM 5).

cukai api. cukai air.cukai kereta.cukai jalan. Dah bayar cukai jalan kena bayar tol pula. Oh ya, lupa. jalan dengan lebuhraya tu tak sama. cukai barangan dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada bahagian kerajaan.

logiknya semakin tinggi kau belajar semakin tinggi gaji kau, semakin 'bergaya' kau berbelanja, semakin banyak kerajaan dapat dari kau secara tidak langsung. tapi kalau kerja kau sebagai perdana menteri, kerajaan takkan dapat sesen pun dari kau. ha ha.

pendidikan tinggi percuma akan buat kita tidak menghargai pendidikan? aku rasa tidak. sama macam sekolah, sekali pun pelajar terengganu dapat netbook percuma, pmr tetap terbaik sepuluh tahun berturut-turut! Ada benda, 'harga itu' terletak pada orang bukan pada barang.

malaysia negara kaya aku rasa - masakan tidak kalau berderet billionaire malaysia dalam senarai terkaya asia.ada dua orang dalam senarai 100 terkaya dunia. walaupun rakyatnya tidak lebih 30 juta. walaupun 'menjual gula', robert kuok terkaya malaysia. malaysia jika ditadbir dengan baik mampu memberikan banyak faedah kepada warganya, apadehal dengan pendidikan percuma.

Dalam malaysia banyak tangan-tangan ghaib yang nak buat untung dalam pendidikan dan lain-lain. contohnya masa akhir 90an dulu, dewina syarikat anak-beranak abdullah badawi, dapat tender bekal makanan pada student upm. student upm mungkin 30 ribu orang. kau makan ke kau tak makan ke- makanan sedap ke atau tak sedap ke- mereka peduli apa. janji duit dah potong masuk dewina. belum masuk kupon bas lagi. semua kerajaan nak berniaga! brahim's juga, sekalipun MAS rugi berjuta-juta setahun tetap lah untung berjuta-juta untuk flight catering! gile.

ada lecturer,student 2000. wajib beli buku ori. buku tu dia yang tulis. kalau beli dapat a atau b paling kurang. kalau tak beli dapat c paling tinggi. aku beli buku dan tak pernah pergi exams dapat a. kartun! ha ha.

hutang itu wajib dibayar.tertunda ke syurga yang mati syahid jika ada hutang seposen.dan jika undi mampu 'membayar' hutang, mengapa tidak? he he.

ps-kadang orang purba lebih aman dan berkat hidupnya. tiada hutang rumah berinterest. tiada hutang kereta berinterest. tiada pinjaman kawin berinterest. tiada dosa berinterest. kita, hidup berhutang sepanjang usia!

pss- tapi serius ko yg bawak gambar najib dan khaled seperti itu, mahasiswa jijik!

psss- aku yang belum membayar hutang...

Sunday, March 18, 2012

duit polimer

tak lama lagi duit polimer baru akan keluar. aku tidak berapa suka dengan dengan duit polimer sebab ia hanya nampak cantik dan lawa tapi tidak tahan lama. duit polimer sangat mudah rosak dan terkoyak.'plastik' kalau terkoyak bukan macam kertas koyak.

sebagai seorang cashier yang cabuk, aku paling takut nak terima duit polimer RM 5. banyak duit polimer RM 5 rosak. bila peak hours, customer ramai, aku gagal nak cek betol-betol keadaan duit. ia berisiko sebab duit rosak 'tidak laku' untuk jual beli. dan tidak sedikit duit RM 5 yang berseletape jernih.

RM 5 juga tidak tahan panas. ia akan berkerenyot. cacat kekal tanpa mampu kembali pada saiz / bentuk asal. Kalau duit lama masih boleh di'muda'kan dengan diseterika untuk membuang kedutan-kedutan.

jika cash deposit mesin di bank-bank boleh menerima duit-duit rm 5 polimer maka sangatlah banyak duit yang direject oleh mesin. itu satu sebab bank tak mahu untuk setting mesin untuk terima rm5 aku rasa. Dan masa akan diambil lebih lama dan beratur menjadi semakin panjang dan bosan.

nanti duit-duit polimer akan keluar dengan note yang besar, rm 50 dan juga rm 100. tidak dapat dibayangkan ketensenan menerima duit rosak bernilai besar! aargghh!

jika mutu polimer sama seperti RM 5 hari ini, aku yakin duit polimer akan mendapat aduan yang sangat banyak oleh orang ramai..

ps-duit syiling baru seposen macam token nak main game je.


'sebelum berkahwin, aku mempunyai enam teori mengenai cara mendapatkan anak. Sekarang, aku mempunyai enam orang anak dan tiada teori'
-John Wilmot, penyajak Inggeris.

Sunday, March 4, 2012

1 800-88-0000

aku adalah pengguna tegar highway PLUS. dan highway utara-selatan adalah milik PLUS. hotline 1-800-88-0000 perlu disimpan dalam hp. banyak kegunaan dan kebaikan dia.

antara beberapa kes aku pernah tepon 1-800-88-0000;

1) aku biasa berulang alik dari serdang ke melaka, biasanya keluar dari tol serdang menuju ke selatan dan mengambil exit tol pedas- jalan kampung ke masjid tanah. lebih jimat masa dan jimat tol dan jimat kilometer. sejak KJ jadik yb rembau jalan-jalan kampung yang golap tersebut telah punya lampu jalan. terima kasih KJ. tapi sejak 5 tahun, sekarang baru nampak balik banner ada muka KJ kat tol pedas. ha ha ha.

satu malam, malam isnin, highway jem sebelum exit pedas. minggu lepas pun jem.ingatkan eksiden, rupanya polis buat highway-block. entah apa ke gila buat road-block kat highway aku pun tak tahu. malam tu aku syak polis buat road-block jugak. terus aku tepon plusline.

"en, saya rasa polis buat roadblok la kat highway. sebelum exit pedas. saya guna highway mahu cepat en. kalau jem teruk macam ni, baik saya guna jalan biasa. en tepon samy velo suruh dia tepon norian mai" haha.

dan masa aku lalu, polis-polis tadi mengemas kon-kon ke dalam jip. buduh!

dan biasanya kalau balik ke serdang, ada ketikanya kereta banyak, exit ke klia akan jem. jadi boleh je tel hotline tanya jalan clear ker tak, kalau dia kata jem teruk, keluarlah exit seremban, lalu jalan dalam.

2)kalau kereta pancit atau breakdown, boleh tepon hotline, nanti krew plus datang tolong tanpa charge. tapi nak bagi duit 'minum air' pun boleh juga kalau tengok dia berpeluh tolong kau tukar tayar. tolong towing kereta ke exit pun boleh.

cuma bila pancit / breakdown, berhati-hati dengan sindiket orang gelap. kalau tukar tayar memang kena charge 300-400RM. plus pun akui dan tahu kewujudan orang-orang ini. dan terernya orang-orang ini,mereka boleh 'bau' masalah korang dan akan sampai dulu sebelum orang PLUS. kalau tanya berapa sebelum tukar, mereka takkan bagitau. lepas siap baru bagitahu. kalau taknak bayar - masalah lain akan timbul. siang masih okey, kalau malam sangat bahaya.

3) kalau kita tengok ada eksiden ker, ada lembu kat tepi highway (kadang lembu pun telus pagar tepi highway tu) boleh call plusline. jadik informer.

4) kalau ko memandu sorang-sorang, tempat berenti masih jauh. call plusline, kalau awek angkat.

'cik saya mengantuk, boleh kita sembang tak?kalau tak sembang, bahaya bawa kereta dalam mode mengantuk..' hahaha. jangan bimbang talian busy untuk orang lain.mereka ada ramai operator..

ps-alangkah indah lebuhraya tanpa tol...dan best kalau setiap stesen bas negeri mempunyai tandas seperti rnr. luas-bersih-sangat selesa.

Friday, December 31, 2010

105:100

oh tidak !
kadar banci tahun 2010 negara, lelaki adalah lebih ramai dari perempuan. dengan nisbah 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan.oH! tidak! ini berita yang mengecutkan perut aku yang bujang terlajak ni..mengecutkan telor...uhh...

aku rasa dari tahun 2000an lagi rakyat malaysia berjumlah 28 juta org...jadi macam mana tahun 2010 jumlah penduduk masih lebih kurang sama? sedangkan kita semua tahu dulu jalan tak jem sekarang dah jem gile-babi-hutan..dulu puchong penuh hutan sekarang penuh rumah?plat kete KL sebulan dah bertukar...9999 orng beli kenderaan plat KL SAHAJA setiap bulan...belum lagi plat negeri-negeri lain...

universiti makin banyak.sekolah makin banyak.taman perumahan makin banyak.kolej makin banyak.pasaraya giant yang ke 144 sudah ada di lukut? terang bersuluh LOGIKNYA orang tentu makin banyak!

sekarang hospital-klinik dah banyak.perubatan semakin baik..aku rasa kadar kelahiran lagi tinggi dari kadar kematian walaupun ramai memilih untuk tidak ramai anak...tak caya tengok wad bersalin dengan bilik mayat...hinggakan ada spital swasta yang wujud khas untuk bersalin sahaja...dan rumah orang-orang tua makin banyak...dan penghuninya makin bertambah...

aku sendiri dalam tahun2 kebelakangan ni hanya kehilangan seorang nenek tapi bertambah 7 orang anak saudara...

dengan budget RM200juta untuk banci aku rasa tidak munasabah sama sekali rakyat malaysia hanya 28 JUTA..tak boleh ke kira rakyat melalui kad pengenalan.passpot dan sijil kematian? atau takkan tak ada kaedah yang lebih efisien dari ketuk pintu rumah ke rumah?

oh tidak! itu belum lagi perempuan2 seperti maya karim yang memilih mat saleh..belum lagi seperti siti @ fasha sanda yang memilih duda atau zizi ezzete yang memilih suami orang bung mokhtar...belum lagi yang lari ke lombok..

aku tidak mahu percaya nisbah 105:100..tidak sekali-kali! he he he.