Followers

Showing posts with label kontest. Show all posts
Showing posts with label kontest. Show all posts

Friday, December 9, 2011

kerana kita seorang penunggang

aku ada masuk kontest.ngee.kontest kat sini. kena guna perkataan KAKI.MENUNGGANG.PINGGAN.POKOK.GUNTING. tak kiralah perkataan mana dulu. panjang ke pendek. standard ke pasar.jomlah join.


manusia itu umpama penunggang...

kita MENUNGGANG hidup kita untuk menuju ke suatu destinasi.
sama ada sampai atau tidak,
kita mana pernah tahu..

dalam tunggangan kehidupan, kita akan diGUNTING.
Dengan kegembiraan dan kesukaan.
Dengan kesedihan dan kesakitan.

suka itu umpama PINGGAN ditangan.
sedih itu umpama PINGGAN terlepas dari tangan.
terhempas dilantai.
dan lebih pedih,
KAKI terpijak kaca...

POKOKnya.
kita kena terus menunggang.
biar apa pun guntingan kehidupan.

kerana kita seorang penunggang.

Friday, August 12, 2011

contest aku berpuisi - pada orang yang berputus asa




ini adalah entri kontest puisi, yang farah tag aku. asal kontest dari sini



pada orang yang berputus asa
buka mata deria
buka mata hati
lihat betul-betul
mohamad hairuman miskon

pada orang yang berputus asa
fikir dalam-dalam
fikir tajam-tajam
akan erti takdir
akan erti suratan
akan erti syukur
akan mohamad hairuman miskon

pada orang yang berputus asa
Allah itu Maha Esa
Dia Maha Mendengar
Dia Maha Melihat
Dia Maha Mengasihani
Dia Maha Pengampun
aku, juga kau-kau dan mohamad hairuman miskon
hanya hambaNya
Tuhan sekalian alam


pada orang yang berputus asa
dia, mohamad hairuman miskon
masih mampu tersenyum
masih mampu menahan tangis
masih mampu bersyukur
tentang satu kaki
tentang satu nyawa
tentang satu kehidupan

pada orang yang berputus asa
jangan terus berputus asa
jatuh.kecewa.merana.menangis
adalah lumrah kehidupan
adalah ujian Tuhan
buat hambaNya

pada orang yang putus asa
ingatlah mohamad hairuman miskon
sebuah simbol
syukur sebuah nyawa
syukur sebuah kehidupan
jangan putus asa!

Wednesday, August 3, 2011

keputusan contest

salam ramadhan.
buat kontest senang.rupe-rupenya nak pilih pemenang bukan senang.okeh la. keputusannya ialah : jeng!jeng!jeng!


1.tukang cuci cute

"cinta tidak boleh dipaksa..memang waktu itu aku pernah cuba untuk sayang dia, tapi aku tak mampu tipu hati aku.Aku cuba dan cuba untuk terima dia dalam hidup aku, tapi sayangnya memang tak boleh"

"walaupun kena reject, dia masih datang raya. Agaknya dia tahu, kalau datang beraya takkan kena halau lak"

"mungkin kerana aku dah terlalu lama bercinta dengan B, mungkin aku lupa bagaimana rasanya berkawan dengan lelaki lain"

"andai Allah sudah takdirkan begitu laluan hidupnya...
walau bagaimanapun kita cuba lari dari ketetapan..
pastinya laluan itu juga yang kita tempuhi.."

ulasan:
bertemu 'jodoh' ketika di tingkatan 1.
mengambil masa 10 tahun sebelum diijab kabul.
kini, telah 10 tahun kawin.

ending citer ni macam nora elena(perasaan tu.rasa nak lagi!ehehe aku pun tak tgk nora elena.dgr org cakaplah). menjejaki seorang yang kita suka selama 10 tahun bukan suatu yang senang.dan secara peribadi aku rasa kita perlu merasai 'manis dan pahit' dalam perhubungan dengan orang lain, sebelum dengan orang yang kita kawin, sebab pengalaman itu pedoman..


2.poyaty

"my love for you is a journey
starting at forever
ending at never"

"from the moment i knew, he is the one am looking for" (umur 13 tahun!)

"cinta, sebenarnya yang buat kita tak keruan"

"he do comeback, after i accept someone to be my so call boyfriend"

"kambing, ko magut rumput ke?"

"friend will always be remain as friend"


3.jiwa hijau & farhana

"memang payah kalau nak ubah orang, sampai kadang-kadang membahayakan diri sendiri"
"lelaki ni memang jenis sepesen kot, sikit-sikit nak couple"

"perasaan ini akan kekal sampai mati" fuyoh!

4.kapten

"jika ada cinta, kita tidak perlu memberi sebab kerana kekasih hati akan faham sendiri. tapi pabila cinta sudah tiada, berilah seribu satu sebab, ia tetap tidak berguna"

"saya berjumpa jodoh saya, pada orang yang serasi dengan diri saya"


***********************************************************************************

kepada yang tidak menang.sangat terima kasih sebab join. kalau buat kontest jgn lupa jemput aku..nampaknya buku masih dalam mimpi..tak mungkin direalisasikan buat masa ni. to be continue di masa depan..

ps-pijot dan mimi aku tak dapat acces ke blog korang hari ni..huhu. letih tunggu 1 ramadhan..tak boleh buat entry sebab aku gagal buat stickypost..para pemenang sila email aku no tepon. nanti aku top upkan. kapten jgn bagi no tepon. bagi alamat sudaa.

Thursday, July 7, 2011

di mana saya jumpa jodoh saya -sebuah contest

salam...





"...ikan di laut...




garam di darat...




dalam kuali bertemu jua.."


aku mahu buat satu contest. sape-sape pun boleh masuk. kontestnya senang saje."di mana saya jumpa jodoh saya". buat entri pada blog kamu dan linkkan entri kontest ini..nanti aku akan linkkan balik blog yang masuk kontest.

hadiahnya simple saja.

1. top up rm 30 untuk johan
2. top up rm 20 untuk naib
3. top up rm 10 untuk ketiga (ei kedekutnya! ha ha ha!)


4. lighter dunhill special edition (hadiah baru!)



secara kasar tajuknya adalah " di mana saya jumpa jodoh saya". secara detailnya, tajuk boleh juga seperti ...

1. di mana saya jumpa boifren saya
2. di mana saya jumpa tunang saya
3. di mana saya jumpa dia
4. di mana saya jumpa x-saya
5. di mana saya jumpa isteri / suami saya
6. where i met your mother
7. di mana atok gua jumpa nenek gua
8. di mana anak aku jumpa menantu aku
9. di mana ayah jumpa mak
10. jodoh kawan saya
11. lain-lain

aku mengharapkan banyak penyertaan sebab jika ada 150 cerita aku akan bukukan kisah-kisah ini..setiap kisah akan dicetak pemiliknya atau blognya . setiap kisah yang masuk adalah hak milik korang tapi keuntungan jika ada dalam penjualan buku adalah hak aku.kerugian juga tentunya hak aku juga.ha ha ha! tapi komisen jual buku ada. royalti tak ada. ha ha ha.

aku berharap dengan mengumpul cerita-cerita 'di mana saya jumpa jodoh saya' akan memberi inspirasi kepada orang lain. aku yakin cerita-cerita akan menolak statemen 'biarlah jodoh datang dengan semulajadi". we must fight for it. kalau mahu kenyang mesti makan. kalau mahu kawin mesti mengorat..heh!

kontest bermula sekarang dan berakhir sebelum 1 ramadhan. jika banyak pernyertaan bolehlah aku sibukkan diri untuk menghasilkan buku sepanjang ramadhan.

kisah tidak semestinya 'true story'. kamu boleh merekanya..dan penyertaan tidak terhad pada satu. 5 penyertaan boleh. 50 penyertaan pun boleh. cuma aku yang akan pilih sendiri untuk memasukkan atau tidak memasukkannya ke dalam buku. boleh juga letak gambar cuma mungkin gambar aku takkan masukkan dalam buku.

panjang atau pendek aku tidak kisah. ikut suka kamu. jika kamu 'orgasm' dengan menulis panjang, ada juga yang 'orgasm' membacanya..sajak pun boleh. cuma kalau boleh jaga spelling.kalau bolehlah..tidak digalakkan shortform perkataan.

kepada bukan bloger juga boleh masuk.emailkan saje penyertaan pada aku.email aku kueh_bakar@yahoo.com . nanti aku akan copy-pastekan pada blog kedua aku untuk bacaan ramai.

jika kau seorang pembuat katun atau pengambil gambar juga boleh masuk..insyaallah aku akan print-out color. sebuah cerita tidak semestinya dengan perkataan. gambar juga punya cerita..

jika anda telah bercerai atau putus tunang atau putus hubungan. dan rasa mahu menulis tentang 'putus' tersebut daripada 'bertemu' dipersilakan. tajuknya

'bila jodoh telah tiada' atau apa-apa lah. aku percaya suatu yang sedih, jika ditulis, ia sebuah terapi dan melegakan. kata pemuzik," the deeper your heart broken, the greater song born".

segmen 'bila jodoh telah tiada' aku akan letak di bahagian 2 buku.. cerita tentang 'bila jodoh telah tiada' lebih punya pengajaran dan sempadan..jadi, selain kemanisan bertemu 'dia', buku ini akan punya satu sisi lain tentang perhubungan...tentang kehidupan...


jika buku 'ikan di laut..garam di darat..dalam kuali bertemu jua" part 1 suksess akan lagi kontest dan seterusnya buku part 2, part 3 dan seterusnya..hahaha.


nota kaki : kapten ko join lah. kakwos pun.penyu.yang lain pun.kita hidup di bumi yang sama, tapi 'di dunia' berbeza maka marilah berkongsi cerita..selamat menulis!

peserta contest, terima kasih ;

1. mimi dyana
2.tinie
3. ana farhana
4.ako@retna
5.kapten
6.pijapijot
7.tun teja
8.poyaty part 1
9.poyatypart2
10. poyatypart3
11. poyatypart4
12. poyatypart5 (finale)
13.mashi
14.tukang cuci cute part 1
15.tukang cuci cute part 2
16.tukang cuci cute part 3

17.tukang cuci cute part 4 (finale)
18. ungku nor part 1
19. ungku nor part 2
20. alis
21. farah ali
22.gadis
23.dhiabellanizam
24.pinkaholic

IKLAN - jodoh sejak itu


tengah taip...

23.kakwos

24.penyu biru

25.wan adawiyah

26.bucuk

27.nub

28.ghost writer

29.nora

30.emy

31.hs
32.erina

'jika tiada jodoh..kau buatlah macam mana pun...' hahaha. gambar dicilok dari telordibasuh.blogspot.com