Followers

Thursday, July 7, 2011

di mana saya jumpa jodoh saya -sebuah contest

salam...





"...ikan di laut...




garam di darat...




dalam kuali bertemu jua.."


aku mahu buat satu contest. sape-sape pun boleh masuk. kontestnya senang saje."di mana saya jumpa jodoh saya". buat entri pada blog kamu dan linkkan entri kontest ini..nanti aku akan linkkan balik blog yang masuk kontest.

hadiahnya simple saja.

1. top up rm 30 untuk johan
2. top up rm 20 untuk naib
3. top up rm 10 untuk ketiga (ei kedekutnya! ha ha ha!)


4. lighter dunhill special edition (hadiah baru!)



secara kasar tajuknya adalah " di mana saya jumpa jodoh saya". secara detailnya, tajuk boleh juga seperti ...

1. di mana saya jumpa boifren saya
2. di mana saya jumpa tunang saya
3. di mana saya jumpa dia
4. di mana saya jumpa x-saya
5. di mana saya jumpa isteri / suami saya
6. where i met your mother
7. di mana atok gua jumpa nenek gua
8. di mana anak aku jumpa menantu aku
9. di mana ayah jumpa mak
10. jodoh kawan saya
11. lain-lain

aku mengharapkan banyak penyertaan sebab jika ada 150 cerita aku akan bukukan kisah-kisah ini..setiap kisah akan dicetak pemiliknya atau blognya . setiap kisah yang masuk adalah hak milik korang tapi keuntungan jika ada dalam penjualan buku adalah hak aku.kerugian juga tentunya hak aku juga.ha ha ha! tapi komisen jual buku ada. royalti tak ada. ha ha ha.

aku berharap dengan mengumpul cerita-cerita 'di mana saya jumpa jodoh saya' akan memberi inspirasi kepada orang lain. aku yakin cerita-cerita akan menolak statemen 'biarlah jodoh datang dengan semulajadi". we must fight for it. kalau mahu kenyang mesti makan. kalau mahu kawin mesti mengorat..heh!

kontest bermula sekarang dan berakhir sebelum 1 ramadhan. jika banyak pernyertaan bolehlah aku sibukkan diri untuk menghasilkan buku sepanjang ramadhan.

kisah tidak semestinya 'true story'. kamu boleh merekanya..dan penyertaan tidak terhad pada satu. 5 penyertaan boleh. 50 penyertaan pun boleh. cuma aku yang akan pilih sendiri untuk memasukkan atau tidak memasukkannya ke dalam buku. boleh juga letak gambar cuma mungkin gambar aku takkan masukkan dalam buku.

panjang atau pendek aku tidak kisah. ikut suka kamu. jika kamu 'orgasm' dengan menulis panjang, ada juga yang 'orgasm' membacanya..sajak pun boleh. cuma kalau boleh jaga spelling.kalau bolehlah..tidak digalakkan shortform perkataan.

kepada bukan bloger juga boleh masuk.emailkan saje penyertaan pada aku.email aku kueh_bakar@yahoo.com . nanti aku akan copy-pastekan pada blog kedua aku untuk bacaan ramai.

jika kau seorang pembuat katun atau pengambil gambar juga boleh masuk..insyaallah aku akan print-out color. sebuah cerita tidak semestinya dengan perkataan. gambar juga punya cerita..

jika anda telah bercerai atau putus tunang atau putus hubungan. dan rasa mahu menulis tentang 'putus' tersebut daripada 'bertemu' dipersilakan. tajuknya

'bila jodoh telah tiada' atau apa-apa lah. aku percaya suatu yang sedih, jika ditulis, ia sebuah terapi dan melegakan. kata pemuzik," the deeper your heart broken, the greater song born".

segmen 'bila jodoh telah tiada' aku akan letak di bahagian 2 buku.. cerita tentang 'bila jodoh telah tiada' lebih punya pengajaran dan sempadan..jadi, selain kemanisan bertemu 'dia', buku ini akan punya satu sisi lain tentang perhubungan...tentang kehidupan...


jika buku 'ikan di laut..garam di darat..dalam kuali bertemu jua" part 1 suksess akan lagi kontest dan seterusnya buku part 2, part 3 dan seterusnya..hahaha.


nota kaki : kapten ko join lah. kakwos pun.penyu.yang lain pun.kita hidup di bumi yang sama, tapi 'di dunia' berbeza maka marilah berkongsi cerita..selamat menulis!

peserta contest, terima kasih ;

1. mimi dyana
2.tinie
3. ana farhana
4.ako@retna
5.kapten
6.pijapijot
7.tun teja
8.poyaty part 1
9.poyatypart2
10. poyatypart3
11. poyatypart4
12. poyatypart5 (finale)
13.mashi
14.tukang cuci cute part 1
15.tukang cuci cute part 2
16.tukang cuci cute part 3

17.tukang cuci cute part 4 (finale)
18. ungku nor part 1
19. ungku nor part 2
20. alis
21. farah ali
22.gadis
23.dhiabellanizam
24.pinkaholic

IKLAN - jodoh sejak itu


tengah taip...

23.kakwos

24.penyu biru

25.wan adawiyah

26.bucuk

27.nub

28.ghost writer

29.nora

30.emy

31.hs
32.erina

'jika tiada jodoh..kau buatlah macam mana pun...' hahaha. gambar dicilok dari telordibasuh.blogspot.com