Followers

Showing posts with label chenta. Show all posts
Showing posts with label chenta. Show all posts

Monday, July 28, 2014

broken heart


Esok hari yang besar bagi dia. Hari penentuan. KL jerebu teruk hari ni. Malangnya, hati aku jerebu lagi teruk. Rasa mahu berak tapi tiada isi. Telinga dan belakang kepala panas. Mata panas dan mahu berair. Kepala pening. Berkecamuk fikiran. Letih dan mengantuk tapi tidak mampu tidor. Makan tiada selera. Ia hampir 15 tahun, kemungkinan esoklah penamatnya.

Ya Allah jika ya, ubatilah hatiku.

Tuesday, December 17, 2013

one woman man

Aku ada ramai kawan lelaki sebab aku 'boleh masuk' dengan macam-macam kepala. Kalau dulu kawan yang nampak nakal, ganas, brutal tidak sama dengan kawan yang dulu nampak slow, nerd dan skema. Ramai kawan aku yang nakal - ganas - brutal lebih setia. One woman man.

Yang nampak slow, nerd dan skema. Pijak semut tak mati. Telah berubah - Bukan one woman man.

Masa berubah. Orang berubah. Hati berubah. Perasaan berubah. Tapi ada orang tetap tidak berubah pasangan. Ia bukan kerana mereka tidak berubah, mereka 'menyesuaikan diri'.

" 'cause' nothing last forever and we both know hearts can change " - November Rain, Guns N' Roses -


Friday, September 6, 2013

7 billion people


Sekarang dunia telah dihuni lebih 7 billion manusia. Dan hakikatnya, jodoh itu adakalanya tidak mudah buat bukan sedikit orang perempuan. Maka berpalinglah dari melihat ke atas, lihatlah ke bawah.Mungkin si jejaka ada di sana.

"Madonna is 55, her boyfriend is 22. Jlo is 42, her boyfriend is 26. Mariah Carey is 44, her husband is 32. Still single? Rileks la. Your boyfriend is not born yet!" -anon-

Masa bawak kereta, terkejut beruk dengar lagu ni.


 Dan when 7 billion people, macam-macam cara manusia mati. Cara-cara yang kadang tidak masuk akal dan mungkin tidak pernah berlaku dahulu kala.

Thursday, May 30, 2013

love is war


At some stage, love is like a war. You must fight for it. A damn hard fought. Fight like hell. Fight with anything. Fight with everything, but with dignity, to win love. Some how, not all the winning, will win love. Sometimes, retreat win love. Its sometimes, but its truly happen. -kueh-



Thursday, April 5, 2012

biarlah jodoh datang sendiri...

ramai yang kata begini. biarlah jodoh datang sendiri..datang secara semulajadi. dulu dayang nur faizah cakap. baru-baru ni halim othman pula. ceh! artis juga contohnye.

aku ada kawan, botak. dia suka main game. macam-macam game. boleh tak tidor 2 hari main game. tidor satu hari. dan berulang-ulang rutin seperti itu. Dia tak ada awek. Dia pun malas nak ngejas-ngejas perempuan ni. diteka, dia antara bakal-bakal bujang terlajak jauh. motor pun kapcai je.

dia tidak tamat degree. juga tidak bekerja.cuma sekali sekala ada job design. dia terer dalam adobe elustrator. janji hidup ada game dan ada online. pernah juga tegar main game DOTA (Dunia Orang Tiada Awek). memang sah bakal bujang terlajak. sedekad juga dia sebagai gamer sejati ni..

tiba-tiba, dia nak dipadankan. famili arrangement. dan kini telah berkahwin dengan seorang guru dan hampir menjadi bapa..

'dulu bini aku pun taknak kat aku...tapi ayat mesti power. usaha mesti ada. jodoh memang Allah tentukan. tapi ia tak datang sendiri..jodoh tak datang sendiri'. - botak-

mengatakan 'biarlah jodoh datang sendiri.. ' samalah menguyah makanan tanpa menelan dan kata 'biarlah kenyang datang sendiri..'

jodoh kena cari
jodoh kena usaha
jodoh kena fight
jodoh kena kata 'ya'
paling tidak pun jodoh kena tidak berkata apa-apa
kalau kata sepatah 'no' pun...
jodoh tiada
its will never happen.

ps-botak selamat menjadi bapak! begitu juga dengan kedua adiks aku. selamat mendapat anak kedua masing-masing.

Wednesday, March 28, 2012

etched in the star


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang
kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan...
kaaAAaamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

[lagu yuna. terukir di bintang]
ps-hanya yang bold itu jujur. Chenta itu indah kerana puitis yang 'mendustakan'.. ahaks!

Monday, March 26, 2012

cinta monyet luis suarez

"my legitimate kids are Dalma and Giannina. The rest are a product of my money and my mistakes" - Maradona

aku rasa cerita cinta luis suarez sangat menarik.Ia sukar didapati dalam dunia bolasepak yang glamer dan kaya. ia sebuah cinta monyet. cerita ini 'ditimbulkan' oleh seorang wartawan setelah kontroversi isu perkauman suarez terhadap evra. Isu perkauman tersebut mendapat kecaman dan perhatian seluruh dunia. Semua orang mahu kritik tentang suarez - Ferguson, ferdinand, FA Inggeris, malah sponsor liverpool sendiri, standard chatterd. Mungkin orang melabel suarez orang yang penuh dengan kebencian.

Orang melihat masa silam.Rekod suarez di Piala Dunia yang menampan bola 'kompem masuk' di dalam kotak penalti semasa uruguay melawan ghana pada minit-minit akhir permainan dan cara dia meraikan kegagalan sepakan asamoah gyan menaikkan rating kontroversi di seluruh dunia.

dia juga pernah mengigit bahu lawan semasa bermain di liga belanda ketika mewakili ajax walaupun memakai lilitan lengan sebagai kapten.

dia juga ketika ini adalah pelakon diver yang dibenci liga perdana inggeris, sering menjatuhkan diri mencari freekick atau penalti. terguling-guling, mengerang kesakitan seperti patah kaki. Seolah tidak dapat meneruskan permainan dan perlukan substitude! sebaik sahaja dapat free kick, terus mampu bangun dan kembali speeding! Wtf!

tapi jika orang melihat masa silam yang lebih silam, mungkin persepsi akan berubah. Dia juga punya rasa cinta yang hebat. sofia, isteri dia kini adalah cinta monyet dia yang dulu-Seorang budak perempuan 13 tahun, yang menemani dia berlatih bola sepak ditepi padang setiap hari. Dia ketika itu berusia 15 tahun.

setelah berlatih mereka balik bersama dan suarez selalu membelikan sofia aiskrim. Kadang kala jika terjumpa duit dijalanan, dia akan membelikan sofia roti. Masa tu elaun latihan sangat kecil.

sekali pun dia berbakat, dia tidak menumpukan sepenuh perhatian pada bolasepak kerana keluarganya miskin, besar dan akhirnya penceraian orang tua. Dia selalu ponteng latihan dan ada masalah disiplin sehinggalah suatu hari sofia terpaksa mengikuti keluarganya berpindah ke sepanyol.dan mereka bercinta jarak jauh..

sejak itu, dia sedar dia tidak boleh hidup tanpa sofia. Dan satu-satunya jalan yang dia ada untuk kembali bersama sofia adalah bolasepak. dia berlatih bersungguh-sungguh dan akhirnya menjadi juara bawah 18 tahun uruguay. Dia seorang yang laju dengan bola. Pantas dalam kotak penalti. Tajam dalam penyudahan. Gelecekan yang memperdaya. dan boleh menjaringkan gol dari sudut sukar.Bakatnya diminati sebuah kelab kecil dari belanda. Sekali pun belanda bukan sepanyol. bahasa yang asing. benua yang berlainan. Dia bersetuju untuk ke belanda memandangkan geografi belanda-sepanyol itu lebih dekat berbanding uruguay-sepanyol.Dia membayangkan sofia!

Mereka kembali bertemu. Suarez juga tidak memandang ke belakang lagi, dari kelab kecil dia dibeli oleh gergasi belanda, ajax amsterdam fc dan menjadi kapten kelab. penjaring terbanyak liga. Pemain terbaik tahunan dan akhirnya ke liverpool. Lama menyulam cinta akhirnya dia dan sofia berkahwin dan kini mempunyai seorang anak.

kadang kala, manusia itu sukar dimengertikan. Cinta itu juga.

cinta suarez adalah bukti dia ada sisi lain yang dia 'simpan'. sisi yang kebanyakkan orang berlagak baik. berlagak jujur. berlagak setia. tapi 'menyimpan' sisi teruk lagi jahat. manusia melakukan kesilapan, suarez juga!

Thursday, November 24, 2011

bola vs chenta

'bola itu bulat' vs cinta itu misteri

bola itu bulat.
maksudnya dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku. team kuat juga boleh kalah dengan team lemah.contohnya, sekali pun barcelona terus - menerus menyerang dan mengasak inter, sekali inter attack, terus gol. menyerang tidak semesti menang. bertahan tidak semesti kalah. bola itu bulat maka anythings can happen.its no surely..

cinta itu misteri.
ye ia satu misteri. jodoh itu rahsia Tuhan. sekali pun kau benar benci dengan orang itu pada mulanya, akhirnya orang itu juga peneman malam pertama! sekali pun kau sayang orang itu tiada taranya, akhirnya orang itu juga bukan peneman malam pertama. Sekali pun kau tidak pernah kenal, tidak pernah suka, tidak pernah sayang, akhirnya orang itu juga peneman malam pertama.dan yang bertuahnya kau sayang orang tu sangat-sangat dan orang itulah peneman malam pertama..misteri bukan?anythings can happen.its no surely..

ps- kesian aku tengok muka wan zack. macam kesal tak main sea games. melepas 30 ribu! baru ganjaran pertama tu! terganggu permainan dia, sebab dia antara tonggak skuad ong kim swee..pengumuman ganjaran sepatutnya lepas game syria.

Tuesday, November 22, 2011

meraban tentang chenta

dalam cinta kadang kita tiada alasan untuk menyintai.
tapi kita tahu kita cinta
cinta bagi aku tidak perlu hendak difahamkan
bagi aku, cinta perlu dirasa.
tidak faham tiada dosanya.
tidak faham tidak mengapa.

cinta itu logik tapi..
cinta juga suatu yang kadang tidak logik
datangnya ia
kekalnya ia
perginya ia
mungkin kekal misteri

bagi aku
cinta dan suka itu berbeza. bagi kau juga bukan?
suka itu tanpa nafsu.
cinta itu bernafsu.
cinta itu ghairah.
cinta itu berahi.
cinta itu motivasi.
cinta itu imiginasi.
cinta itu rindu!
cinta itu seni.
cinta itu seks. semestinya.

sebab tu berkawin kerana cinta.
soal cinta datang dulu
atau cinta datang kemudian
tiada kiranya.

tapi sampai satu tahap yang lain.
cinta itu bukan seks pula.
misteri bukan?
biarkan ia kekal misteri
selama-lamanya.

cinta itu kadang memiliki
cinta itu kadang melepaskan pergi

kerana itu..
cinta juga air mata.
cinta juga sakit.pedih.pilu.
cinta itu semua rasa dalam satu.
jika tidak rasa semua, itu belum lagi cinta.
sangat belum.

ps-tidak mampu melelapkan mata pada malam ni. jadi meraban sambil menunggu mengantuk ada baiknya.haha.

Monday, August 15, 2011

temah dan tipah

aku ada sorang kawan.. azrin nama dia..lelaki dan seorang owner workshop kereta..sama umor...kalo kami bertemu dan minum-minum di kedai mamak..maka antara topik bualan wajib adalah tentang wanita..tentang bini... tentang jodoh..dan aku gelakkan dia..dia gelakkan aku...dua teruna tua gelakkan sesama sendiri...

tapi pertemuan terakhir kami...dia kata dia sudah sampai seru...ada 2 calon...calon baik2 katanya...tipah dan temah...dia tak tahu nak pilih sape...owh mudah kata ku..pilih saje! kalo tiada calon, lain kira..kalo dah ada calon mudah saje...pilih aje..buat solat istikarah...pilih dan berserah..jgn serabutkan kepala...owh yea..jangn lupa tunjuk kat mak ayah dulu aku kata...walaupun mulut mereka akan buat ko makin pening...ingat, pilih dan jgn serabutkan kepala..lagipun aku yakin parent ko akan ikut aje ko pilih mana..temah atau tipah...kokan dah telajak! ha ha ha!

dia takut salah pilih...dia kata dia dah listdown...kelebihan dan kekurangan tiap2 calon...aku menggeleng kepala...aku tidak setuju..apa yg dia listkan bukan tepat dan mungkin tidak betul sama sekali...

"gu..dalam hidup ni...kita tidak boleh kata kita salah pilih bini suatu masa nanti...sebab tipah atau temah yg ko pilih pasti akan membawa masalah pada ko suatu hari nanti(ko juga membawa masalah pada dia tau..)...pasti ada bende yg paling-paling ko tak suka kat bini ko...ko tak tahu sekrg sebab ko belum kawin..."

" gu..chenta sebelum kawin lain...selepas berkahwin lain...totally lain...masalah tetap akan ada jika ko pilih temah ataupun tipah...ko kena selesaikan masalah tu..hidup adalah untuk menyelesaikan masalah bukan?"

"lepas ko kawin...akan ada banyak ujian...sama ada tipah atau temah...masalah2 tu adalah Ujian dariNya pada kite..bukan sebab ko salah pilih....sebab ia adalah ujianNya..."

"sebelum kawin kita hanya nampak 'permukaan'...lepas kawin barulah terbongkar segala 'dalaman'...tipah yg sebenarnya 'tipah'..or temah yang sebenarnya 'temah'..."

"gu...keje ko sekarang memilih ikut naluri kata hati...lain-lain adalah keje Tuhan..jangan takut..."

dia hanya mendengar...mendengar dan berpikir mungkin...aku doktor chenta? yup begitulah aku rase...ahakss.


notakaki : aku mahu chenta lepas kawin. byk bende yg boleh diexplore bersama dgn jujur...kurang hipokrasi.. tahu sesuatu terus benar dan jelas....bukan lain sebelum kawin...lain selepas kawin...

postasal:14/02/09 ini repost.malas update kita repost.haha

Tuesday, August 31, 2010

bila perempuan mengurat...

tgk video sweet ni...its absolutely true...so true..waka waka!.."COWARD man NEVER joy of beutiful woman"....kadang lelaki yang mulut sembur atau tak sayang mulut atau manis mulut sangatlah senang memikat perempuan..

sebab tulah a.r tompel dulu yang kawin dengan saloma sebelum p ramli...saleh yakob yang berpoligami...dan badol yang 50an kawin dengan gadis 18tahun...Sebab mulut la tu...

wahai perempuan di luar sana...please setat dulu yak...perigi cari timba...timba emas! taknak? :P

Friday, March 13, 2009

jodoh sejak itu...


Sejak mereka belum lahir.

Ada jodoh sebegini...Kawan mak dan ayah mereka dah berjanji.
"kalo anak kakanda perempuan..anak adinda lelaki..kita kawinkan mereka...jangan lupa ye kakanda..."
"baiklah wahai adinda"
tapi zaman sekarang jodoh seperti ini sudah semakin pupus..
mungkin juge sudah pupus sama sekali...

Sejak mereka tadika.
aku ada seorang kawan..memang dia kawin dengan tadikamate dia...wah! what a wonderfull world...mereka memang rapat..selalu pi tadika sama-sama...kadang naik kereta bapak boy dan kadang naik keta bapak girl...Main kawin2..main pondok-pondok...main guli..main getah...main doktor-patient( yg ni best...boleh pegang2..wakakaka-Tapi Tuhan belum sempurnakan nafsu manusia pada waktu ni..jadi tak best jugak la sebenarnya..) :P :P :P

Gal tu masa kecik katanya tidaklah cantik..comot...macam lelaki dan kasar...masa berlalu..dan keadaan membuatkan mereka renggang...tidak lagi rapat di waktu sekolah rendah...dan tidak sama sekolah di waktu sek menengah...

tapi setelah lama tidak bersua..masing2 bz dengan kerjaya..sekali tersua...gal itu cukup ayu sekali...cukup sopan keperempuanan...dari mata jatuh ke hati..dia jatuh chenta...dan chenta berbalas dan kawin...Toing..toing! main kawin2 akhirnya kawin btol...

ps-masa kecik cun.lawa.kiyut.. masa besar tak semestinya lawa.kiyut.cun...

Sejak sekolah rendah
Ni aku lum jupe kes..korang jupe?

Sejak sekolah menengah...
yang ni banyak..walaupun ramai org kata ini cinta monyet...dalam batch aku (sains dungun 1991-1995)..ada 5 couple yg kawin sejak mereka kenal apa itu cinta...lepas sekolah...sambung diploma..sambung bachelor...keje dulu (kumpul duit nak kawin)...sepuluh tahun bercinta akhirnya mereka ke jinjang pelamin...dan sekarg sudah beranak pinak...semoga mereka, kawan2ku 'berbahagia sehingga cangkul dan tanah memisahkan'...

sejak di Universiti..
btollah kata org...nak carik pasangan carilah di universiti...memang ramai kawin time kenal di situ...samalah poli ke..kolej ke..maktab ke atau masa umur dalam lingkungan 20an...memang masa tu adalah masa yang bebas tanpa kongkongan...sudah melepasi 18 tahun...usia yg ranum untuk berkahwin...pergi situ-sini-sana tanpa awas ibubapa...hanya tunggu duit utk kawin dan buat itu...lagipun masa ni berchenta tidak perlu memikirkan apa2...(tiada tanggungan..tiada tekanan..) bercinta semata-mata...

ps-Amaran! Susah mahu jumpa jodoh selepas ini andai sendiri mahu memilih...kalo tersenyum suruh atok-nenek atau mak-ayah cari takpe...

sejak mula bekerja...
ramai yg orat terutama yg senior..nak orat junior...masa ni baru ramai sedar..oh beginilah dunia...bila dah kerja baru tahu realiti kehidupan..pelbagai kerenah manusia...bukan diorat oleh org yang hampir sebaya sahaja...tapi yg tua-reta..pun sama naik nak jadi ulat bulu...masa ni calon2 sudah semakin limited..jika anda tidak couple pada masa ini...chances mentitle diri sendiri sebagai andartu dan antertu semakin jelas...

tapi bagi aku kalo selepas kawin mereka masih kerja di tempat yang sama...rumah sebumbung..adoi...borink..borink...kurang2 kalo mengurat awek di tempat kerje teringat juge bini di rumah...suami perlu diikat hatinya..bukan diikat kakinya..

dan di sini juga cinta bukan semata-mata cinta...status..harta.kedudukan.pangkat selalu diambil kira...


INGATLAH!!!


“Anytime u meet someone who has 80% of the things you looking for,

u should realize that this is a great person for you”


jangan korang lepaskan..ada sorang awek yang aku kenal..memang 'waktu ranum' ramai mahukan dia...pilot...engineer...cikgu...lecturer...tapi dia tak nak kawin dulu..mahu enjoy dulu..sekrg sudah berstatus andartu...pilot itu..lecturer itu..cikgu itu...semuanya sudah berkawin...jadi pilihan semakin mengecil...dan yang ada laki org dan duda...yag mulut manis dibibir sahaja...

Men need to be ready and desirous of a relationship at a particular moment to get into a relationship, whereas women CAN BE READY AT ANY TIME if they meet "the guy."


single women need to try to catch the guy when his "ready light" is on. We have all seen men end up with women who just don't seem as good for him as his last girlfriend, and this is because he wasn't ready then, but he is ready now.


selalu org cakap kan...takkan perigi mencari timba..wahai perigi carilah timba itu...jika timba itu timba emas...berbanding timba perigi lain...timba nikel..timah..besi bukan stainless..timba bocor...

Sejak tidak berkerja..

tak mo ulas..tidak bekerja ada hati mahu berjodoh...cittt!

nota kaki : Aku masih demam..huhuhu..nasihat-nasihat entri ini adalah untuk diri sendiri juga..samalah kita nasihat-menasihati..ingat-mengingati manusia sesama manusia..


Thursday, March 5, 2009

surat chenta

.."xuen nak request abg kueh wat entry surat cinta"...
aku tunaikan request ko...

Kerana Dia Manusia Biasa ...
(psst aku copypaste)

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat(apa makna ni?), saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.(cerewet la tue)

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami.

Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......

************ ********* ********* ********* *********

Kepada LISA SURIHANI bunga cempaka...

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon,bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama KUEH menginginkan anda LISA SURIHANI bunga cempaka ..untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapakelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya serta membajainye..

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa

notakaki:
Pengomen sila bagitau di mana anda jumpa 'jodoh' anda..dalam bas? dalam komuter? waris? kawen paksa? paksa rela? ikan di laut garam di darat dalam kuali bertemu jua...


Tuesday, January 27, 2009

ayu

ayu ni schoolmate aku juge.sama umur juge.tapi tak pernah satu kelas dengan aku...orgnya mcam erra fazira...kami..budak2 lelaki panggil dia erra...tapi sore dia tak best...(ramai org lawa sore memang tak best... :P)..

lepas 'chenta' pertama aku lepaskan...aku bzkan diri di kedai lebih dari selalu...dengan harapan masa akan mengobati...dalam hal hati..hal perasaan...aku rasa tiada obat lain...masa lah obatnya...

dunia itu besar tapi dunia itu juge kecil...semasa aku balik raya umah makcik aku...sepupu aku(pompuan) ada bawak balik kawan...dia bawak ayu...di sekolah dulu tak pernah bertegur sapa....di rumah makcik aku bersembang macam kawan lama yg baru berjumpa...

dia belajar di usm..roomate dgn kazen aku...kira kawan baik kazen aku la...oh dia dah ada boifren...memang suda dijangka...aku mengambil no hp dia...baru boifren bukan tunang...ahaks.

oleh kerana dia rapat dgn kazen aku maka chance aku nak rapat dgn ayu pun byk...kalo dia bergaduh dgn bf pun, kazen aku repot...kalo dia mau dtg ke rumah makcik aku, aku pun tahu...aku bukanlah rasa ingin berchenta...cuma saje mau kaco-kaco...untung sabut timbul...untung batu tenggelam...makcik aku pun asyik duk puji2 dia ni...

aku pegi ke rumah ayu di dungun...bapaknye biznesman...umahnya besar.ketanya merz...mak dan ayahnya baik2...adik beradiknya 7...semuanya perempuan!!! WOHA! dulu mereka bukan senang..susah juga...

aku dan dia berkawan baik juga...kawan sms...kawan talipon...

dipendekkan citer...dia dan bfnya break...masa tu pulak dia dapat KPLI ke maktab cheras...hoOOoo...dekat saje dengan aku...

jadi adalah peluang aku mgambilnya pagi2 di stesen bas kalo dia dari kg...sanggup aku tak tido...kang tido telajak tido...ajak dia jalan2 kat mines...shopping skit2 kat k4 bukit jalil...
tapi bukanlah selalu keluar dgn dia...aku tetap bz di kdai...

kadang kadang aku sms...
"rindu kat mu la"
dia reply.." :p "

"aku rasa aku setat sayangmu sikit2 ni.."
" :p " dia reply...

tapi yg aku ingat ada jugak dia msg...

"i love u bukan spt i luv burger.."

walau aku campo aduk kan berkawan dan ingin mngurat...dia boleh terima...ada masa aku ikhlas berkawan..ada masa aku ikhlas mgurat...keh keh keh.

dia dah habis KPLI...tunggu posting...parents dia nak jodohkan dia dengan kenalan lama mereka...dia dah tgk gambar...dah berjumpa...tapi dia taknak...aku dengar dan dgr citer dia...
aku ajak dia kawin...kawin dgn aku laaa...

dia kata aku ada peluang...parents dia baik juga dengan makcik dan pakcik aku....aku rasa mahu kawin..tapi duit tak cukup...biznes tak stabil....sekarng kawin bukan sikit ongkosnya...aku bukan bizness besar2...bisness cap ayam saje...aku sedang berkira-kira...peluangku ada...tipis tapi ada...

tapi tak lama lepas tu...
dia mahu dijodohkan lagi....kali ni katanya dia tak mampu nak mengelak....dulu kawan baik parents dah jadik renggang sebab dia menolak....dia tak sanggup buat mak dia menangis lagi...
dia bersetuju...mereka tetapkan tarikh pertunangan...seorang lecturer...

aku terkedu...aku tidak sedih sgt..sbab belum benar2 berchenta (prinsip baru lepas 'peristiwa besar'..mo berchenta selepas kawin..huh!)...tapi dia antara kawan perempuan yang baik dengan aku...good listener..bijak berbicara...

seminggu sebelum bertunang...dia mahu dtg kl...dia ajak aku shopping barg2 pertunangan..dia mahu cari sepasang kain sahaja..mak dia tak bg dia dtg...tapi dia nekad mau dtg....aku berat hati...sayu hati tiba2...tapi aku setuju tuk temankan dia...aku bawak dia pi jalan TAR...keluar kdai A...masuk kdai B...masuk kedai C...time nak melintas jalan...aku pegang tangan dia...erat...macam tak mahu lepas...(first time pegang tangan gadis...lembut sih! berdebar pun ada..takut kena tampar...)..dia terkejut...tgk muka aku....aku terus melintas...dia menurut...

masa kami lunch dia tanya nape pegang tangan...org laki tak penah pegang tangan dia...bf dulu pun tak pegang..."entah" aku cakap..."aku pun tak penah pegang tangan org "...

last sekali aku hantar dia kat stesen bas putra...dia balik naik bas....masa ni aku bertambah sayu....apakah dia jodohku? apakah dia bukan jodohku? kalo dia jodohku nape aku lambat bertindak...apakah aku yg lambat jadikan dia bukan jodohku?

tgk dia di tingkap bas...dengan perasaan suka pada si gadis...dan gadis mau bertunang minggu depan...bukanlah satu perasaan yang bagus....remuk.rendam.remuk.rendam...aku rasa ada soundtrack lagu puff daddy...i'll be missing u time ni...

keesokan nya dia sms aku...

" i luv burger.."
"....and also i luv u"
"....im sorry..im so sorry.."

maka bertambahlah senarai kegagalan aku...

masa dia bertunang...dia ada bawak tunang dia di kedai makan aku...katanya..kawanlah dengan tunangku...nanti boleh terus kawan dengan ku...bila kawin tak lah terputus terus..jadilah kawan bakal suamiku...automatik kawanku juge...



Thursday, January 22, 2009

kebetulan?

sedang aku membawa kereta ptg tadi...ada msg masuk...

"Insyaallah aku blik esk..bila free"

konfiden aku taip..

"anytime..tp bagitau awal skitt"


"aku bwk adik ipar aku la wey...siap ala kadar je dahla...natural beauty he he"

aku reply..

"woii..aku tak mo laa...aku mo belanja mu, suami dan anak2 mu je...aku malas laa...tak biasa la bende2 gini..."

"dah tua dah wei...malu apa..."

msg terakhir aku tak reply...aku biar je...terus bawak kereta balik ke kedai...






2 minggu terdahulu...
tepon aku ada kol masuk...aku tgk no...aku masih kenal no ni...aku tekan butang hijau dan diam...

ayu " helo.."
aku "hello..."

ayu " mcm mana aku mau cakap ye...macam mana ehh..."
aku diam...pehal pulak dia tepon aku ni...kaget lagi ni...aku diam...terkedu...

ayu" macam mane eh?"
aku"...aku blank ni..lama x dgr sore mu...mmm...cakap jer"

ayu" mu nak jadik besan aku dak?"
aku" hah?"

ayu"yelah...jadik besan aku...adik hubby aku single lagi..."
aku" ehemmm...sejak bila mu jadi macthmaker ni..."

ayu" yelah...mu payah sangat nak cari...meh aku carikan..."
aku" hushh...taknak laaa aku..."

ayu"aku mgkin balik bangi raya cina nanti....mu kata nak belanja aku, hubby dan anaks...leh aku bawak adik ipar aku skali nanti..."
aku"gluppp....errr...tgklah nanti..."

ayu" okeh bye..assalamualaikum.."
aku "bye..waalaikumusalam..."

perbualan tamat.oh aku baru teringat ayu ada 6 adik perempuan!!!
aku msg...

"aku jadik adik ipar mu laaa..adik mu kan ramai?"
ayu reply..."semua dah kawin!!!"



ps-ayu bukan nama sebenar.hehehe.ayu? sapa ayu?

Wednesday, January 21, 2009

chenta

form three..yup... aku pernah berchenta dulu..masa umur belom baligh aku dah cintan sama itu budak perempuan...mak suruh aku belaja. aku tangkap cintan pulak. dia budak kelas aku..mulanya aku hanya posmen yang menghantar posto surat dia kat abg angkat dia...abg angkat dia senior aku..hostel di blok yang sama...

lama-lama aku rasa aku syok kat dia..aku asyik tunggu je dia hantar surat utk abg angkat dia...mendapat job sekecil itu sangat besar ertinya...lihat matanya yang puteh dan besar...senyumnya yng indah...yup pertama kali aku jatuh chenta..oh begitu rasanya...

oleh kerana aku ni amat malu dengan perempuan...aku tidak ambil apa2 tindakan...hanya sebagai posmen..posmen pun posmen lah...posmen kepada org yang aku minat..org yang aku suka...posmen pun posmenlah...

dipendekkan citer...pada satu jamuan kelas...dia mahu ambil gambar dengan aku...kaget.terkejut..malam itu aku tak mampu untuk lelapkan mata...aku dapat rasa dia sukakan aku...hari-hari selepas itu...memang betol dia sukakan aku...

kami selalulah berutus surat...kalo masa dalam kelas dapat surat teruslah ke tandas... baca surat awekku bagi dalam tandas...tak boleh baca depan kawan..malulah..mana rock..ha ha ha...kalo besday dapat kad..kalo mo lawan bola dapat kad...kad hand made..lawa..(perempuan memang teliti dalam perkara yang lelaki anggap remeh..)

kadang aku belanja dia burger lepas prep malam...kadang dia belanja aku aiskerim...kadang bagi dia cokelat..yelah duit mak-ayah bagi bulan2 bukan banyak...belanja dia bende2 yang cenggitu la...lepas spm dia di UUM. aku di UPM...jarak yang jauh...menyukarkan hubungan...

surat yang dia bagi aku tidak balas...dulu hp tak ada..kalo cuti semester barulah dapat berhubung melalui telepon...lagipun setelah 'peristiwa besar' berlaku...aku menjadi tawar hati untuk teruskan hubungan ini....aku menjadi blur dan kecewa..aku mahu menamatkan hubungan ini....tapi aku tak mahu ucapkan dari mulut aku...biarlah dia yang tamatkan....sebab dia yang mulakan...adil aku rasa begitu...aku harap faktor classic...yakni masa....akan membantu aku....

'peristiwa besar' bukanlah dia curang padaku...atau aku curang padanya...mak dan ayah aku bercerai...ayah kawin lain...mak yang memang keras hati tak dapat terima..seperti semua perempuan di dunia ini...setelah 20 tahun mereka kawin...akhirnya mereka bercerai...mereka kawin atas dasar suka sama suka..atas dasar chenta...aku sgt-sgt sedih...maka oleh 'peristiwa besar' inilah aku tawar hati untuk meneruskan hubungan ini...kenapakah chenta yang panjang itu dikhianati...apakah janji hanya tinggal janji...tanpa sedar aku tidak mempercayai chenta....ya chenta itu boleh berubah!!!

setelah lama 'menggantung' dia...akhirnya dia menulis satu surat padaku...alamat pun dia dapat dari schoolmate lelaki aku...( yg juga schoolmate dia)..dia bercerita...ada org suka dan minat padanya...dia tanya apa perasaan aku padanya kini setelah LAPAN TAHUN couple...dia masih sayangkan aku katanya...ego aku cair juga...memang aku juga sayangkan dia...menitis air mataku membaca keikhlasan dan kejujuran dia bercerita....

aku menalipon dia..pada no yang ada pada suratnya...dia bercerita dengan lebih panjang...lebih lebar...selama 2 tahun aku 'hilang' ada coursemate yang sangat minat dan suka padanya....satu kelas...satu kelab...satu fakulti...dari ceritanya memang budak lelaki tu suka padanya...

'awak masih sayang saya?"aku tanya.
"ya..masih" dia jawap.

'budak tu suka awak?"
"ya..dia suka saya.."

"awak suka dia?"
"entah..."

"dia sayang awak?"
dia hanya diam...

aku kelu. tak dapat berkata-kata...btol kata org.."setelah sesuatu benar hilang barulah terasa kehilangannya..." aku pasti kehilangannya...ia bukan lagi hilang yang tidak hilang. ia betul-betul hilang...

esoknya aku menalipon dia lagi...

"awak...saya sayang awak..dia juga sayang awak...tapi cara saya..saya buat macam saya tak sayang awak...saya rasa jahatlah saya kalau saya mahu sambung hubungan kita..."

dia diam...

"awak baik dengan saya..terima kasih...(susahnya aku nak bercakap kali ni...tersekat-sekat) terima kasih banyak. saya akan sayang awak sampai bila-bila...saya akan selalu doakan awak bahagia...."

dia diam...

"awak...maafkan saya selama kita kenal...kata2..tingkah laku...yang buatkan awak terasa...maafkan saya...awak dah bagi peluang pada saya...saya rasa saya juga patut bagi peluang kat awak...sayanglah dia...kita sampai di sini sahajalah...."aku tak sanggup lagi...oh Tuhan...remuk rendam hatiku hanya Kau yang tahu...tabahkan hatiku ya Allah...

dia bersuara...dia menangis...
"awak...saya pun mintak maaf jugak...tq for everythings...ill miss u.."

"bye.."
dia jawap.."bye..."
aku letak gagang publik phone...poket kiriku masih penuh dengan syiling....

ada org kata..

"jika sayangkan seseorg lepaskan dia...
andai dia kembali..dia milikmu selamanya...."

juga org kata..

"lelaki ingat chenta pertama..
perempuan ingat chenta terakhir..."

betulkah???

dan saidina ali a.s pernah berkata...

"jika sayang seseorang jgn sayang berlebih-lebihan kerna satu masa mungkin dia paling kau benci....benci org jgn berlebihan-lebihan kerna satu masa mgkin dia paling kau sayang..."


Tuesday, January 20, 2009

angka 31





umur sudah menginjak angka 31 untuk aku pada tahun ni. terasa seperti mahu mengawini janda.WOHA!!!.terasa seperti calon2 sudah semakin pupus. Yang dilihat berkenan di hati, sejuk di mata biasanya sudah milik orang..bini orang.tunang orang mahupun girlfren orang..

lagipun kawin MJ ni tidak perlu menunjuk2.. tidak perlu majlis gah.majlis besar2...sekadar sedikit kenduri doa selamat dan yg penting akad...sama ada aku dibandingkan dengan lakinya yang terdahulu pedulik la...

angka 31 membuatkan aku tidak selesa... rasa badan semakin penat..kalo main futsal dah tak macam dulu...penatnya lambat recover...perut sudah menunjukkan tanda mahu buncit...mahu boroi...oh tidak! aku sayangkan perut aku yang berketul2...huhuhu...(hari ini aku setat buat seat-up).lenguhnya.terasa mau give up...oh buncit jangan datang. oh boroi jangan datang...

angka 31 membuatkan aku malas mahu mengorat...mengenali...bersms...bergayut kat hp...

"sayang dah makan ke?"
"makan ape?"

"dah mandi ke?"
"patutlah saya bau busuk je..ada org tak mandi"

"dah ngantuk?"
"tido mimpi saya ye"

serius..aku cukup penat untuk melalui semua ini di kala angka 31..hubungan tanpa penghujung...stim kering...teman tapi mesra..bekerja sepanjang masa pun bukan hidup seribu tahun...semakin mengejar duit semakin duit itu lari...oh bini dimanakah dikau? dapat janda seperti Que kah? Seperti Zakuan? Jee? Abby? oohh jangan seperti rosnah mat aris!!!

Saturday, November 22, 2008

chenta sejati?

tadi baca paper. erema mahu bercerai dengan seri bayu...seri bayu sedih...bagi aku erema dah bagus...coba menjadi isteri yang baik...tetap mahu kawin walau dia tahu akan diduga dengan hebat....maha hebat...

tidak bekerja..jaga suami yang lumpuh..masih cantik dan muda...tambah pula persekitaran umpat org.hasutan org...akhirnya dia mengalah...dia sudah tidak mampu katanya...akhirnya dia mengiakan kata org..."mereka tentu akan bercerai nanti..." tapi pengorbanan yg telah dia buat adalah besar....org lain mungkin tidak mampu dan sanggup...

kepada seri bayu...bebaskanlah dia..kenangan indah yang sekejap itu kenanglah sampai bila2...