Followers

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

kangkung


Benarlah kata pepatah Melayu. Kerana mulut badan binasa. Kalau tak ada apa nak cakap baik diam dan Diam itu emas kata omputeh.Kalau pergi sembahyang Jumaat, dengar khutbah kena diam, kalau sepatah perkataan kita bercakap, walau perkataan "ish diam" sekali pun (pada orang lain) - maka hapus lah pahala. Ada masanya tidak berkata-kata itu sangat-sangat berharga.

Tapi jadi perdana menteri mana boleh diam. Kena selalu bercakap. Dan kalau salah cakap...



"Wise men speak because they have something to say ; fool because they have to say something"  -Plato-

Wednesday, January 1, 2014

TURUN! TURUN!


Semalam aku turun Dataran Merdeka. Sorang-sorang. Last sekali pergi demo ni masa awal-awal detik reformasi dulu dan setiap hujung minggu pergi rumah Anwar bertahun-tahun kat Damansara hinggalah dia keluar penjara. Ianya ceramah mini dan doa selamat. 

Semalam, ia hanyalah 'tunjuk muka'. Jerit sikit-sikit. Bukan senang nak jerit-jerit kecuali dalam stadium dan acara-acara macam ni la. Ia sebagai tanda aku tidak bersetuju dengan semua kenaikan. Sebagai fotostatman, aku juga terasa. Kedai yang tiada tingkap dan ada aircond 4hp, mesin-mesin fotostat yang menggunakan letrik, tentulah akan terasa dengan kenaikan 15 percent. Tanpa letrik kedai aku tidak berfungsi.

Barang-barang yang aku guna - Paper, combs binding, cloth tape, Pvc cover dan lain-lain yang berkaitan, semuanya telah diinformkan pembekal akan naik harga. Jadi akan tunggu dan lihat - buat semakan mana yang boleh maintain harga, aku maintain. Yang tak boleh atau terpaksa naik akan kena naik.

Aku faham dan mengerti. Kalau dulu siapa pun tak percaya air kosong boleh dibotol dan dijual seringgit. Daun pisang pun orang tak jual - Tuan tanah, tuan kebun bagi free - sekarang seikat 2RM. Semuanya akan punya harga dan harga akan meningkat. Tapi soalnya bukan kenaikan - soal yang sebenarnya, negara yang kita cintai ini tidak diuruskan dengan betul. Sebab tu kenaikan itu mendadak - tinggi - semua naik!

Macam tol - tahukah? Setiap bulan, Plat No kenderaan Kuala Lumpur sahaja bertukar 1-9999 sebanyak 2 kali. plat No Selangor 1-9999 sekali sebulan bertukar. 30 ribu kenderaan baru setiap bulan di Lembah Klang. Keuntungan tol bertambah setiap hari. Grafnya mencanak-canak. tapi masih nak naik Tol?! Macam babi.

Itu belum lagi JPJ, Polis trafik, DBKL, SPAD, MIROS, JKJR, PEMANDU, Unit perancang bandar - Jalan semua dah penuh. Parking dah tak ada. Jalan Berlubang. Agensi banyak tapi hasil macam jahanam. Orang yang tidak duduk di Kuala Lumpur mungkin tidak faham. Dan tidak pernah rasa.

Berbanding negara ASEAN lain - Sini semua orang nak masuk. Indonesia, Bangladesh, Nepal, Siam, Myammar, Kampucea, Vietnam, India, China,. Uzbekistan, Iran, Arabs, Europe, Africa. Tapi kemakmuran ekonomi tidak dapat dirasai. Keperitan banyaklah!  

Umno bukanlah kerajaan yang tidak berjasa dan tidak bijak, jika tidak bijak,  Kuala Lumpur dan Malaysia bukanlah seperti hari ini. Tapi Umno juga sebuah benda dalam dunia yang sementara, semua benda mati, dan umno mungkin mengalami masa-masa nyanyuk. Sekarang terpulang padanya untuk berubah dan terus bertahan. Atau tidak berubah dan menunggu kekalahan.

Sebab masa dah habis. Orang dah bosan!!!

"Loyalty to the country always. Loyalty to the government when it deserves it."  -Mark Twain-


Saturday, December 7, 2013

Najib the sinking captain


Tengok kinitv - Najib puji Rosmah Mansur. Ahshitte. Aku rasa belum pernah lagi mana-mana Perdana Menteri Malaysia puji bini sendiri dalam membuat jasa pada negara. Malaysia antara negara yang mempunyai 'menteri paling ramai berbanding jumlah penduduk' di dunia.

Najib puji isterinya membawa pulang seorang pelajar Malaysia yang 'disalah anggap' sebagai spy di Mesir ketika zaman Hosni Mubarak. Rosmah talifon isteri Mubarak, Suzanne, dua jam sahaja - pelajar tersebut dibebaskan.

Dan semasa operasi piramid , juga di Mesir, Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan rakyat@pelajar Malaysia di Mesir balik ke tanah air melalui Jeddah tanpa perlu menggunakan visa dengan dua Jumbo Jet percuma. Itu kerana Rosmah baik dengan keluarga diraja Arab Saudi.

Ia jasa cap ayam. Dan pujian cap ayam.

Duta dan Menteri Luar, Anifah Aman amat patut merasa malu kerana tidak membuat kerja.   

Dengan persahabatan antara dua negara yang panjang - dengan reputasi baik Tabung Haji dan bisnes Felda, di Arab Saudi dan sebagai negara yang sangat-sangat kaya, tanpa Visa dan Jumbo Jet berpetrol percuma - Bukan sesuatu yang terlalu sukar dan memerlukan usaha luar biasa bik mama.

Hadoi hai.

Wednesday, September 4, 2013

20 sen!


Secara logiknya, benda akan selalu naik. Dari boleh dapat free dahulu kala hingga akan datang, harga akan terus naik dan naik. Ada benda memang boleh turun harga, tapi yang biasanya turun harga adalah kerana barang sudah merosot kepenggunaannya. Maka, makin murahlah dan mungkin barang itu menuju kepupusan.

Tapi memang ada barang - jika volume banyak memang makin bertambah murah macam barang-barang Made in China. Seingat aku masa zaman 80an harga stokin bukan murah, sekarang harga stokin. Mak ai!

Berbelit betol perenggan pertama dengan perenggan kedua. Ada konflik di situ. Ah, lantak. Ahaks.

Aku berada dalam industri SEPULUH TAHUN harga tak naik-naik - Fotostat. Walaupun harga paper naik. Harga servis naik. Harga sewa kedai naik. Harga sparepart naik. Rate gaji staff naik. Ia sangat hard. Jadi, sekarang aku pun berkira-kira nak naikkan harga. Kalau volume sedikit jatuh tapi margin keuntungan meningkat kira okeylah. Tapi yang bahayanya student sangat-sangat sensetip dengan sen-sen ni dan pesaing-pesaing dalam industri ni berhati kering.Fuuuh..

Walaupun student yang sensetip pasal harga fotostat ni sangat lah mesra gajet, kfc dan fastfood, fruti tutti dalam macam-macam lagi yang mahal-mahal tu. Hampeh.

Bagi aku simple je sebenarnya - Jika kita tak membuat maksiat. Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatNya. Allah akan cukupkan mana yang tak cukup. Jika kita membayar zakat, Allah akan membalas dengan 700 balasan!. Tapi aku pun selalu lupa membayar zakat sebab tu kadang hidup rasa sempit. Berdoa pun kurang. Solat pun tak lengkap, bila solat pula laju-laju nak habiskan. Tambah lagi masih bujang, pahala limited.Hadoi.

Tapi silap kerajaan ialah ia nampak boros dan bercakap tidak jujur dan bongkak. Ditambah lagi dengan komen seperti Nazri dan Bung Mokhtar. Mereka tidak membantu kerajaan. Ia menambah kebencian dan meluat orang.

er. Ubah! Walau masih terlampau awal. :P

Thursday, June 6, 2013

Tempat Jatuh Lagi Dikenang..

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...

Cliche hari ini - Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Thursday, May 23, 2013

GST

Tak lama lagi parlimen akan bersidang buat pertama kali selepas PRU 13. GST adalah antara isu yang hangat dan panas. Aku copypaste pengomen dari blog A. Kadir Jasin, Buah Kerdas

"Saya rasa tak berkelayakan nak bincangkan merit GST ni sebab tak baca apa2 mengenaninya. Saya cuma boleh andaikan GST kita sama dengan VAT kat UK. Kalau benar andaian itu, saya nak kongsi cerita.

Sistem VAT di UK mempastikan semua kedai ada mesin NCR yang rekodkan setiap jualan serentak dengan pencetakan resit jualan kepada pelanggan. Maka amaun VAT tu masuk dalam rekod kerajaan. Peniaga wajib serahkan VAT pada kerajaan. Kebetulan saya pernah berkawan dengan seorang pelajar dari Hong Kong. Katanya kerajaan UK sedang buru pakciknya kerana tak serahkan VAT daripada 8 resotorennya di seluruh UK. Jumlahnya VAT fraud tumencecah 1.6 million pound sterling.

Kita masih lagi ada masalah pemandu teksi yang tak mahu guna meter, macam mana nanti dengan masalah peniaga yang tak tahu guna sistem resit berekod?

Saya bimbang nanti apa yang diunjurkan oleh Idris Jala, iaitu revenue RM 27 b setahun tak menjadi kenyataan sebagaimana selalunya tidak menjadi realiti output daripada hydro-power electric station, sentiasa kurang daripada estimate yang diberikan atas drawing board. Sudahkah Jabatan Hasil Dalam Negeri berjaya melebih 90% memungut cukai yang patut dibayar oleh individu, peniaga dan korporat. Sampai sekarang pun kedai hardware dan spare part mengamalkan lebih dari satu buku resit jualan, yang mana satu ditunjukkan pada LHDN? Sudahkah dipastikan pasar-pasar basah kita menggunakan alat timbang yang disahkan, kalau 1 kg betul-betul ke 1000 g?

Kalau lubang-lubang ketirisan belum mampu ditutup, saya rasa yang betul-betul menikmati GST ialah peniaga yang tak jujur.

Maybe I am too pessimistic, or I am just the typical type of resisting to change." -Buah Kerdas-


 The hardest thing to understand in the world is the income tax.
-Albert Einstein-

Wednesday, May 8, 2013

jangan HIMPUN


Salam pilihan raya semua!

Keputusan semua orang dah tahu. Rakyat telah membuat keputusan. Terimalah hakikat dan segalanya. Yang kalah tidak kalah semua. Yang menang tidak menang semua. Takdir Tuhan hendakkan begitu. Jika Allah hendakkan sebaliknya, tentu keputusan sebaliknya. Tuhan itu lebih tahu. Dia Maha bijaksana.

Macam main bola, sekali pun main final di tempat lawan, pengadil berat sebelah, pemain kena kad merah, main tak cukup player, namun jika percaya dan terus berusaha dengan gigih dan Allah menakdirkan kemenangan, ia tetap kemenangan. Siapa manusia menidakkan ketetapan Tuhan?

Jadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Terimalah keputusan, walau bagaimana pahit sekali pun. Anda seorang pejuang dan menerima keputusan, adalah ciri-ciri pejuang tulen. Selangor telah menang, pantaslah melaksanakan manifesto selangor. Dahuluilah BN, demi rakyat. Actions speaks louder than words.

Yang sayang Malaysia,
ubi


Tuesday, April 30, 2013

Jom Ubah!


Tadi kawan Umno aku, Megat datang pantai puteri. Dia Call dan belanja makan ikan bakar. Its nice to hear politics from Megat. Sahabat, sorry but true, NO SECRET , my vote for PAS. Jum ubah! Sorry la aku up hal-hal politik. Tapi demam sudah.. Ini kalilah!






Semua lagu-lagu, Sodap, Kritis dan kreatif. Jum Ubah!

Monday, April 29, 2013

ini kalilah!








Umno bukan tiada jasa, banyak jasanya. Tapi kerana lama berada dalam kekuasaan, 55 tahun Umno memerintah Malaysia, Umno lupa dan memilih jalan yang salah. Ini kalilah! Kita yang sayang Malaysia, hijrahlah! Ubahlah! Menuju Malaysia baru. 

Akan balik mengundi hari jumaat dengan Zali dan Malaysia Airline System. Thank you zali belanja aku. Ahaks!

"Kekalahan Umno baik untuk Malaysia" - Tengku Razaliegh Hamzah-


Wednesday, February 13, 2013

Najib on the wrong..


Lepas belanja 2juta bawak Psy-tak-boleh-nyanyi mai penang. PM punya air muka jatuh. Betul kata orang, PM dikelilingi oleh orang-orang yang salah. Pelik juga, mana pergi think-tank PM yang hebat-hebat. Setiap PM ada kumpulan think-tanknya. Mempunyai penasihat-penasihat yang hebat akan menghasilkan gerak kerja yang hebat. ini duit habis, hasil mendukacita.

tentulah Najib tak senang tidor. Tindak tanduk BN, bila menuju saat-saat akhir pilihanraya serba tak kena. Najib seolah-olah berseorangan. Tiada hulu balang-hulu balang perang. Poster, iklan raya, jawab isu - najib berseorangan.

membiarkan ibrahim ali lancang tanpa teguran - kini menghasilkan impak negatif yang bukan sedikit. 

Lihat najib, seorang Perdana Menteri, di atas pentas hinggakan terpaksa 'buat-buat' shoot gambar dari henpon sendiri cukup memalukan. Cukup menyedihkan. Cukup kesian.

Kali ini, Barisan Nasional cukup-cukup kritikal.

Saturday, January 12, 2013

Anwar Ibrahim ; perdana menteri yang tidak Malaysia miliki


"every man dies, not every man really lives" -william wallace-

Aku 'terjebak' follow rapat politik sejak 1998. Sejak pemecatan Anwar. Ia satu cerita yang sangat panjang. Sadisnya, ia Sejarah hitam politik Melayu setelah beratus-ratus tahun mungkin..

Masa aku tingkatan 5 pada 1995, Sekolah aku buat 'pelik' sikit. Pilih ketua pelajar melalui pilihan raya. Semua akan mengundi calon  Ketua pelajar. Setiap blok akan hantar 1 wakil, ada 4 blok maka ada 4 wakil.

Aku kira, sebelum sekolah putuskan untuk buat 'demokrasi', ada 1, 2 pengawas yang rapat dan mesra dengan pihak-pihak atasan sekolah - mahu jadi Head Boy. Dan bila kau rapat / ampu pihak atasan - kau tidak popular di kalangan 'rakyat bawahan'..

zack razanggi, pemimpin parti nyamuk, tidak bercita besar mahu jadi head boy tapi orang-orang bawahan dia mengempen untuk memenangkan dia. Orang-orangnya adalah kawan-kawan batch aku, yang berfikiran jika zack jadi head boy, mereka akan dapat laba politik - boleh cover kesalahan, boleh macam-macam. ha ha ha.

dan ada dua tiga perkara lagi..

dan sejak itu, aku tahu politik dan demokrasi tidak mungkin suci.

[itu kali pertama dan kali terakhir, sekolah aku buat pilihan raya memilih ketua pelajar]


Anwar Ibrahim ; Perdana Menteri yang tidak pernah Malaysia miliki.

Dia adalah seorang yang sangat hebat sebagai pemimpin. Dia punya aura lain macam. dia punya pidato mengagumkan. Dalam buku 'Dr in the house', dr mahathir sendiri mengakui kebijaksaan Dsai dalam 'menguruskan manusia'. Dalam buku tu juga, kita dapat tahu ramai orang lama umno tidak suka Anwar.

Aku tidak rasa dalam dunia ini, ada ramai pengikut bercakap dengan 'meniru' gaya percakapan ketuanya.  Lihat Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Noor, Azmin, anuar tahir dan ramai lagi bercakap dengan mengklon cara anwar.

Dan tentulah aku berpendapat anwar dipecat pada 1998 adalah disebabkan konspirasi politik. Ia satu tekaan tepat yang senang.

Takdir Tuhan, jatuhnya anwar adalah untuk kebaikan dia sendiri. Mungkin DIA sayangkan anwar. Sebab itu ujian-ujian berat ditimpa pada anwar. Dengan fitnah-fitnah yang tidak habis. Dengan kutukan, kejian, hinaan setiap hari sejak 1998, dia mendapat banyak pahala mungkin. Mendapat banyak keampunan mungkin.

Anwar jika menjadi PM selepas Mahathir, Dia mungkin seorang yang lupa diri. mungkin lebih diktaktor dari Mahathir sendiri. Mungkin dia akan melakukan banyak dosa-dosa. Kita tidak tahu rahsia Allah. Dia mengetahui dan mengatur segala sesuatu.

Anwar Ibrahim, apa pun yang berlaku, adalah figura politik paling unik dalam sejarah Malaysia.  Aku tidak rasa Umno akan kalah pada pilihan raya kali ke 13. Tapi anwar Ibrahim adalah faktor yang menyingkatkan usia umno 20, 30 tahun lebih awal.

Anwar Ibrahim adalah braveheart. William Walace malaysia.

“Loyalty to country ALWAYS. Loyalty to government, when it deserves it.” -Mark Twain-

Monday, April 16, 2012

ptptn

sekarang isu hangat ptptn. macam-macam suara ada. baguslah. Dalam buku jingga, pembangkang tak ada kata nak hapuskan ptptn. cuma mahu mentiadakan faedah dalam bayar-balik. bagaimana boleh sampai pendidikan percuma ni tak tahulah!

adidas kata 'imposible is nothing'. nike kata 'just do it'...

bagi aku, pendidikan adalah pelaburan sebuah negara. Ia sangat penting untuk serba serbi-semuanya! Bila kau belajar tinggi percuma, selama 3 tahun atau 4 tahun. memang kau tidak membayar balik kos pembelajaran. tapi seumur hidup kau setelah kau kerja, ada bahagian kerajaan dalam duit gaji.

contoh rokok dunhill. dalam sekotak rokok dunhill, separuh wangnya kerajaan punya. (kita punya dunhill RM 10. Indonesia RM 5).

cukai api. cukai air.cukai kereta.cukai jalan. Dah bayar cukai jalan kena bayar tol pula. Oh ya, lupa. jalan dengan lebuhraya tu tak sama. cukai barangan dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada bahagian kerajaan.

logiknya semakin tinggi kau belajar semakin tinggi gaji kau, semakin 'bergaya' kau berbelanja, semakin banyak kerajaan dapat dari kau secara tidak langsung. tapi kalau kerja kau sebagai perdana menteri, kerajaan takkan dapat sesen pun dari kau. ha ha.

pendidikan tinggi percuma akan buat kita tidak menghargai pendidikan? aku rasa tidak. sama macam sekolah, sekali pun pelajar terengganu dapat netbook percuma, pmr tetap terbaik sepuluh tahun berturut-turut! Ada benda, 'harga itu' terletak pada orang bukan pada barang.

malaysia negara kaya aku rasa - masakan tidak kalau berderet billionaire malaysia dalam senarai terkaya asia.ada dua orang dalam senarai 100 terkaya dunia. walaupun rakyatnya tidak lebih 30 juta. walaupun 'menjual gula', robert kuok terkaya malaysia. malaysia jika ditadbir dengan baik mampu memberikan banyak faedah kepada warganya, apadehal dengan pendidikan percuma.

Dalam malaysia banyak tangan-tangan ghaib yang nak buat untung dalam pendidikan dan lain-lain. contohnya masa akhir 90an dulu, dewina syarikat anak-beranak abdullah badawi, dapat tender bekal makanan pada student upm. student upm mungkin 30 ribu orang. kau makan ke kau tak makan ke- makanan sedap ke atau tak sedap ke- mereka peduli apa. janji duit dah potong masuk dewina. belum masuk kupon bas lagi. semua kerajaan nak berniaga! brahim's juga, sekalipun MAS rugi berjuta-juta setahun tetap lah untung berjuta-juta untuk flight catering! gile.

ada lecturer,student 2000. wajib beli buku ori. buku tu dia yang tulis. kalau beli dapat a atau b paling kurang. kalau tak beli dapat c paling tinggi. aku beli buku dan tak pernah pergi exams dapat a. kartun! ha ha.

hutang itu wajib dibayar.tertunda ke syurga yang mati syahid jika ada hutang seposen.dan jika undi mampu 'membayar' hutang, mengapa tidak? he he.

ps-kadang orang purba lebih aman dan berkat hidupnya. tiada hutang rumah berinterest. tiada hutang kereta berinterest. tiada pinjaman kawin berinterest. tiada dosa berinterest. kita, hidup berhutang sepanjang usia!

pss- tapi serius ko yg bawak gambar najib dan khaled seperti itu, mahasiswa jijik!

psss- aku yang belum membayar hutang...

Sunday, March 4, 2012

selangor kotor

sekali-sekala turun juga ke selangor - bangi, serdang, kajang, pj.

apa yang aku nampak, Selangor tidak terurus - kotor. sampah berada di mana-mana. tepi jalan, belakang bangunan, dalam longkang. di mana-mana! rumput tak potong. lalang banyak!

pemerintah selangor tidak peka atau buat-buat tidak nampak. keadaan negeri termaju dan terkaya sangatlah mencemarkan mata, menyakitkan jiwa. mahu tengok bunga tahi ayam, bunga bogunvila, bunga raya jauh sekali. tiada landskap menarik di tepi trafik light, roundbod, atau tepi-tepi jalan.

membersihkan kawasan atau mencantikkan pemandangan adalah tugas paling asas sebuah kerajaan. kalau macam ni, elok diadakan exco kebersihan dan kecantikan. datang melaka- bersih!

selain membantah lynas yang berisiko itu, yang rakyat kita tidak mahukan, eloklah selangor membuat satu insenarator (juga waste to energy) untuk melupuskan sampah-sampah yang tidak mungkin akan berkurangan. Ia satu usaha yang baik untuk malaysia, untuk selangor.

ps-singapore yang kecik dan bersih itu pun ada 5 insenarator. malaysia bila lagi?

Wednesday, January 18, 2012

you. never let me go...



gambar copy-paste dari utusan malaysia. cuba teka siapa PM? haha.

Tuesday, November 22, 2011

najwa

najwa ni mula-mula keluar bernama najwa muhyidin.sekarang jadi najwa muhiadin. dikatakan untuk mengelak daripada orang mengata dia anak kepada timbalan perdana menteri, atau takut ada 'berat sebelah' bila dia berada di mana-mana dalam muzik industri nanti sama ada pertandingan atau majlis penyampaian anugerah.

huk alos.

dalam dunia serba moden dan canggih seperti hari ini, mana boleh elak. silap-silap elak, lagi teruk impak buruknya.tambah-tambah lagi dalam industri muzik - penuh duga, noda dan pancaroba.punya musuh terang. punya musuh tak terang.juga musuh dalam selimut. gunting dalam lipatan..

lagi pun muka fotostat dari tpm. sama sebijik. mana mahu elak?

'dosa' dia tentulah tidak separah anak orang PAS menjadi penyanyi. but politik kadang kotor, kejam dan hina. so, ada dua musuh sekarang - orang industri sendiri dan pembangkang.

dan aku akui, suara dia sedap - jazz mode. setelah terlalu lama sheila di sana.

bagi aku, politik dan muzik tak elok seiring. muzik itu hiburan. politik itu tanggungjawab. ada titik temu tapi ia hanya titik..

patut guna najwa Din ka. najwa Tan. najwa Yid ka. Najwa Muh ka. ada komersial value kan? haha.

Thursday, September 15, 2011

kenapa aku tak suka rosmah mansur?






1. Sejarah silam. duda kawin janda.

dengar-dengar cerita dia adalah seorang isteri dan punya anak pada waktu dulu. tapi kerana mahukan najib, dia minta cerai. dan akhirnya berjaya berkahwin dengan najib.najib pada waktu itu juga sudah mempunyai isteri. Tun rahah, mak najib dikatakan lebih suka kepada isteri pertama najib. bagaimana susun atur kronologi ini masih misteri.tidak banyak diceritakan orang. Dikatakan rosmah ini seorang yang bercita-cita tinggi.tapi tak baiklah buka 'buku lama' kan...jadi ini point paling lemah.


2. Cium pipi salman khan

Dia tanpa segan silu mencium pipi salman khan di atas pentas. Ia pertama kali dilakukan oleh seorang isteri perdana menteri.nabil peluk irma pun pun boleh jadi 'kes'. ini pula isteri PM.tapi lucu juga orang melayu. berlakon berpeluk bagai takpe. nabil peluk irma gegar! sama saje. dua-dua tak boleh sebenarnya..


3.Rosmah ada pejabat sendiri, 'pejabat first lady of malaysia'. semasa Paklah jadi PM, KJ ada pejabat sendiri dengan kawan-kawannya, 'budak-budak tingkat empat', walaupun tidak memegang jawatan sebagai menteri. ia menjadi liabiti kepada paklah dek tindakan KJ. rosmah tidak belajar dari peristiwa.


4.Permata

setelah turun dari kerusi nc unisel kerana dikatakan tidak memiliki kelayakan akademik sewajarnya, dia mewujudkan Permata yang mendapat dana kerajaan 100juta setahun. Menguruskan kanak-kanak kecil lebih senang dari menjaga pelajar-pelajar dewasa yang boleh berfikir. Ungku aziz pernah mengambil seorang anak angkat. budak itu boleh membaca ketika berumur 4 tahun. Apa jadi? budak itu gagal.ingat si genius safiyah?adi putra? Pada aku, waktu-waktu genting seseorang untuk berjaya, adalah ketika berumur akhir belasan atau awal 20an. itu waktu untuk menjadi orang atau jembalang.ya!selepas fasa umur ini, masih boleh jadi apa yang kita nak jadi..tapi kebanyakan karier terbentuk dari waktu kritikal ini...


oleh kerana menantunya, fazli dato yakob terketawa kerana dia tidak lagi jadi nc unisel. dia bengang dan membongkar kepalsuan title dr pada nama fazli asmara itu. sejak itu fazli tidak lagi menggunakan title dr di depan namanya. juga berlaku sikit kacau bilau di awal-awal kemunculan kolej swasta milik keluarga fazley, kolej FIC (fazley international kolej).-rosmah bengang ni aku reka. tapi ada kronologi di situ..


5. Tidak hadir di hari perkahwinan anaknya, Azrene Soraya, anak dengan mantan suami pertama. (walaupun seringkali memberi press statemen suruh orang sayangi anak) malah memberikan amaran pada media-surat khabar dan radio-tv serta datin-datin agar tidak hadir jemputan kawin fazley-soraya di PTWC. Fazley berjumpa soraya semasa di uk menguruskan konsert siti albert hall. di mana di situ, dia sudah tahu siti sudah cintan dengan dato k..maka orat-oratan dia pada siti tidak mungkin lagi berhasil. dan mana tahu dia boleh ikut skrip KJ. menantu kepada perdana menteri.ketidakan hadiran ini, membuatkan aku rasa, segala kasih sayang kepada anak-anak kecil di PERMATA adalah kata-kata yang tidak jujur..dia seboleh-bolehnya mahu menutup yang dia telah punya anak sebelum najib.


dato yaakob seraya berkata.."ada juga manusia berperangai syaitan.." sedih melihat akan kekosongan kerusi di majlis perkahwinan anaknya.


6.semasa berucap hari raya. najib duduk memberi ucapan. dia berada di sebelah. habis. tetiba muncul dia berseorangan dikaca tv dan membuat ucapan. ???? najib 1 rosmah 2. tidak pernah dibuat siti hasmah atau arwah endon. memang spoil dan over.


7.rambut stail sami veloo. :p


8. suka poco-poco.dah tu ajak ramai-ramai poco-poco kat dataran. aku suka tgk aweks berpoco-poco.tapi kemonlah! anda isteri PM.


9. tiada hari tiada gambar rosmah. ko beleklah surat khabar.tetiap hari wajib ada gambar big mama.


10.cincin 24 juta. menurut utusan melayu. cincin itu bukan milik rosmah walaupun dihantar bernamakan rosmah. cincin itu milik mira narbayev. besan dia orang Kazastan tu..


aku seorang non-partisan. tidak mendaftar dengan mana-mana parti politik tapi suka perati gelagat dan tindak tanduk orang politik. tibalah masanya najib harus bertegas dengan bininya. dia telah menjadi liabiti kepada umno dan PM sendiri.lupakan..


"ingat sikit bang, den yang naikkan awak sampai jadi PM tau! pedulikan orang kato.sejak kawin dengan awak lagi den dah janji jadikan awak PM. mak awak pun tak sangka awak boleh jadi PM.." hehehe.


ps-politik yang matang akan menghasilkan negara yang baik.

Wednesday, January 26, 2011

gambar seribu cerita



yang paling hujung adalah bekas menteri besar perak.muka nampak kampung dan buat2 tak berminat dengan stailo.fesyen.gojes.femes..ekekeke.

mari tengok siapa yang fasha kejar setelah qabil dan jejai...

Monday, August 23, 2010

melayu



orang melayu haruslah bijak berpolitik dari sekarang. janganlah bergaduh senantiasa.apa yang jadi milik kita bukan selamanya milik kita.bergaduh boleh menyebabkan kita lemah.jangan bila sudah terlalu lemah baru kita mengangguk kesal.

orang politik di atas sana sentiasa mengatakan mereka betol. sukar bagi mereka mengaku kesalahan walaupun terang lagi bersuluh. walau benang basah masih mahu ditegakkan. entah politik 'dunia' mana yang mereka ikut aku pun tak tahu.

dalam ramadhan ini aku sesungguh sangat mahu melihat pemimpin melayu berlainan ideologi politik berbuka puasa bersama dan berhari raya bersama. bersalaman dan bermaafan jika tidak berpeluk bercium pipi pun...susah gile-gile-babi ke hendak buat majlis macam ni?

kau.kau.kau yang masih belum DAFTAR MENGUNDI daftar le sekarang...aku rasa pilihan raya dah tak lama dah.dan UNDILAH calon melayu tak kiralah dia parti mana...

org cina sebenarnya telah memiliki segala-galanya di sini..yang belum dapat secara total ialah kuasa politik...apa yang ko nampak..di belakang..di depan.. di atas... di bawah...adalah semua org cina yang jual/buat...dan melayu jika menjadi pemimpin pun mereka masih menguasai dan terkaya...melayu tidak 'merampas' apa yang mereka ada..hak mereka adalah hak mereka...

dulu-dulu kuasa politik adalah milik raja...100 % melayu..jadi bagi aku kuasa politik adalah hak melayu.100 %.begitu juga sabah dan sarawak hak milik pribumi...

biarlah org besar belum mahu jujur..kite melayu kecik yang tiada kepentingan haruslah jujur pada diri sendiri..UNDILAH calon melayu..even dia calon dari DAP sekali pun..