Friday, February 28, 2014
16 Jam
Semester baru bermula - macam biasa, sebulan pertama memang sangat sibuk. Kerja 16-18jam sehari. Dari 730 pagi hingga 12 malam. Akulah kedai fotostat paling awal buka di Kuala Lumpur ni. Ahaks. Dalam berniat mahu ke Makkah bulan 5 ni, Inshaallah. Rezeki makin bertambah murah. Aku harap tak ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda aku membeli benda-benda yang bukan masanya lagi, yang akan membuatkan budget aku ke sana tidak cukup. Mintak simpang..
Semoga Dia membuka pintu rezeki seluas-luasnya agar aku ke sana dan juga membeli apa yang aku nak di sini. Ahaks.
Setiap hari, aku akan tanam azam hendak ke sana. Doa tiap-tiap waktu bila teringat. Bila nampak kapal terbang ke. Nampak gambar Kaabah ke.. Apa-apa sahaja..
Jadi, projek-projek yang lain, ketepikan dulu. Belum pun pernah pergi tapi begitu rindu hendak sana!
ps- kena buat paspot dulu nih.
Tuesday, July 9, 2013
ramadhan
Tiba-tiba orang tak berapa cukup solat seharian pun terkumat-kamit nak betulkan bacaan niat puasa esok hari. Orang yang mencuri pun berazam nak cuti sebulan. Orang yang minum arak pun rasa tak nak minum sebulan. Yang tak bertudung pun mula try-try tudung depan cermin. Ada juga try selendang. Penzina berazam tidak mahu berzina. Si kedekut mula terasa ingin menderma.
Dekat maghrib, tiba-tiba berpusu-pusu umat menuju masjid. Saf masjid yang biasanya satu menjadi sepuluh. Surau kecil makmunnya melimpah sampai ke luar. Berduyun-duyun - berjalan kaki. Berkereta. Bermotorsikal. Menuju masjid.
Semuanya itu tanda jelas dan segera - Syaitan telah terikat.
Itulah kehebatan bulan seribu rahmat - Ramadhan al-mubarak.
Selamat Menyambut Ramadhan.
ps- Emak dan ayah di sana, anakanda pasti kirimkan doa. Fuh. Miss them so hard. Sobss..
Saturday, June 22, 2013
Rumah Kontena
Harga rumah semakin hari semakin mahal. Orang bisness kecik macam aku tersangatlah susah nak buat loan rumah. Bila financial stabil dan track record yang baik dalam jangka masa lama baru boleh buat loan rumah. Adoi entah bila stabil tu.
Jadi, kena berangan nak dapatkan rumah mampu milik. Aku rasa rumah dari kontena sangat kool. Satu kontena dalam 4000 RM-9000 RM ikut saiz. Cuma kena cari tapak yang sesuai dan sewa murah-murah. Letrik tak ada masalah TNB boleh supply. Dan cari design yang cun-cun.
Kalau rumah mengadap pantai pun okey jugak.
Bila tengok filem, banyak rumah kat Amerika buat dari kayu. Kat malaysia kalau rumah dari kayu bank tak boleh bagi loan, kena dari batu baru ada harga dan boleh buat penilaian harga. Pelik juga.
Cuma rumah kontena ni bilik air dia mustilah kecik sebab nak jimat space - dan aku sebenarnya suka untuk punya jakuzi dalam bilik air. Boleh mandi satu bejana dengan bini. Woha!
Saturday, March 23, 2013
the face
Muka dia nampak 'penat' dan ada sesuatu. tapi try untuk senyum dan beraksi tiada apa-apa.
Dalam mengejar sales aku rasa penat. aku rasa tertekan. Aku cuma berharap orang-orang yang rapat dengan aku memahami. Tangga-tangga awal menuju kestabilan dan seterusnya kesenangan tidak datang dengan mudah.
Aku mahu suksess ini kali.
Friday, March 15, 2013
bloglist gua
aku suka membaca. bloglist-bloglist aku panjang(yeke?). bloglist ni macam library. ia umpama buku-buku. Macam -macam cerita ada. Tapi bloglist-bloglist kini semakin slow updatenya. Sama la macam aku jarang-jarang menulis.Kekangan masa semestinya.
Ada masa maka boleh membaca tapi ada masa belum tentu boleh menulis...
Blogwalking - Bila blogwalking musti ada jumpa blog-blog yang best yang baru timbul.. tapi untuk jumpa blog best bukan senang. Banyak jumpa yang boring-boring dulu..
blog best - dari kacamata aku. ada blog best bagi orang, tak best bagi aku. Ada blog tak best bagi orang, best bagi aku - macam makanan kan. taste kita ada sama. ada lain. Sebab tu dipanggil manusia. :D
detik jantung waktu - blog yang menghuni tangga terbawah. Antara blog terawal yang aku baca dan suka. ia hanya kisah peribadi. Susah mencari blog lelaki yang berdiari dan best. dia selalu update blog dipagi hari. jadi ia bacaan wajib seperti surat khabar.
Yang best cerita dia panjang-panjang dan konsisten. Detik Jantung Waktu antara yang menghairahkan aku untuk berblog cuma ia mengambil masa panjang sebelum aku berblog pada 2008.
Trankuiliti Tronoh - pun aku suka. entry 'Too Many Walls And Not Enough Bridges' sangat jujur. Lelaki susah menulis tentang hati. Harap ada sambungannya nanti..
bloglist - ada yang aku tunggu-tunggu updatenya. ada yang biasa-biasa. dan kerana aku melayu, ada blog yang 'kita berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa'.
my bloglist - dont stop writing. just dont..
"we read to know we are not alone" c.s lewis
Wednesday, February 13, 2013
boroi
Bila masuk three siries, nafsu makan semakin menjadi-jadi. mungkin lemak-lemak yang terhasil di perut telah menyelerakan lagi nafsu-nafsu makan. Asyik lapar tak kira masa. Asyik mahu makan. Ah shitte!
tak boleh jadi!
i do a mission. Semalam telah aku berjogging di tasik titiwangsa. Ajak kawan, wan. Best juga jogging ikut bontot amoi. ha ha ha. Sayangnya semalam cina masih raya. tiadalah bontot amoi. ahaks.
Mak ai.Rupanya Tasik titiwangsa bukan kecik. lama tak berpeluh, nafas macam tersekat-sekat. kepala macam nak pitam. dapat lah habiskan 1 round je. 2 round lagi berjalan. loser je rasa..
ingat hari ni nak jogging lagi. tapi tak pergi. double loser!
esok. esok nak jogging lagi. - ahaks. Azam kena ada.
Wednesday, January 30, 2013
16 jam
telah lama tempoh aku bekerja selama 16 jam sehari. Bertahun-tahun. Sejak umur 20 tahun hingga 35 tahun..telah pun 15 tahun berlalu.Aku masih struggle untuk senang. Its always a hard ways. A wrong step. A wrong judgement and a wrong decision maker.
And its a big wasteful - time. energy. everything..
im penat.
Tahun 2013. Aku berdoa dan berharap ia tahun yang menggembirakan. Semasa aku kejatuhan dan 'hilang 2 tahun', bukanlah aku tidak berani untuk 'menggunakan air liur' dan ambil risiko. Cuma aku tak sanggup melihat kesedihan arwah ayah jika plan aku, usaha aku masih tidak berjaya.
Aku, mengecewakan arwah dengan deretan kegagalan yang panjang.
Ya Allah, murahkan rezekiku. Tenangkan jiwa ku. Lapangkan hatiku. Semoga aku berbakti pada parents 'di sana'. Sayangilah keduanya Ya Allah. Ampunkan dosa keduanya.
Friday, November 23, 2012
bilik sewa
Secret orang sangka adalah free... Tidak. Tidak sama sekali. Secret itu ada harganya. Imiginasi dan mimpi adalah free. jadi mimpilah aku semahunya. ahaks.
kami ada sebuah rumah pusaka berhalaman di trg. memandangkan tiada adik-beradik duduk di situ maka aku bercadang nak buat bilik sewa. Rumah aku dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari maktab perguruan, unisza atau Umt.
Rumah sewa -rate rumah sewa di trg tidaklah mahal. Kalau mahu sewa 400 sebulan pun, orang dah kata mahal. Homestay pun okay tapi memandang aku jauh, aku rasa bilik sewa untuk student perempuan lagi okay. homestay mungkin lebih lumayan tapi ada on-off dan kalau jauh, urusan akan menjadi sukar.
Rumah tu ada 3 bilik, 2 ruang tamu, satu dining hall, 1 dapur. My plan is mahu tambah bilik jadi 6. Jadi satu bilik ada 2 orang maka dapatlah aku 12 penghuni. kalau 1 penghuni RM 100 maka dapatlah seribu dua ratus sebulan. master bedroom mungkin boleh masuk 4 orang. wah! ketamakan di situ.
untuk tambahan lagi 3 bilik aku kena buang dapur, jadikan ia bilik. Dari segi kebersihan, mungkin okay tapi nak ke penghuni perempuan rumah tanpa dapur? ruang tamu 1 dan 2 juga partitionkan jadi bilik. dining hall tukar jadi ruang tamu. So, pintu utama dari tepi (rumah memang ada 2 gate dan tiada masalah parking)
sebab penghuni ramai maka 2 bilik air tak cukup. jadi belakang dapur, 'construction tambahan' tu aku kena buat kolah mandi. biar mereka mandi ramai-ramai kat situ.Er, nak pasang online hidden cctv tak? hahaha.
untuk tarikan, kenalah aku sediakan katil, tilam, mesin basuh, tv bersama carpet dan sofa malas. dan register unifi dan buat network masuk ke setiap bilik. setiap bilik dapat internet free.Astro tidak perlu memandangkan dah bertvkan unifi.
sayang rumah. jika ditinggal kosong rumah akan mudah rosak.
Thursday, November 1, 2012
my dream
1. Futsal - sebab aku suka bola!
- dua pitch sahaja
- pakai rubber. karpet tak best. jatuh sakit.
- sangkar net
-Stand for supporter @ penonton
- green / red light.
- score board. ha ha ha.
- kawasan perindutrian nilai 3.
2.Book House
- ada 'bar' order air. kopi / teh
- ada cheese cake. ha ha ha.
- ada dua section. satu aircond. satu smoking area.
- comics.novel.agama.motivasi- banyak genre lah!
- ada lite musics..
- ada meja. ada kerusi. ada sofa. mungkin ada carpet untuk yang suka membac sambil baring/meniarap. haha.
- dan tentunya ada bilik khas untuk aku berbloging.
-lokasi universiti area. rumah aku kat kg? mmm...
3. self service dobi di universiti / kolej
-aku rasa macam senang..
-lagi pun, mesin dan sistem akan makin murah dan baik...
4. secondhand shop
- chair dan table.
- jual lukisan / gambar / poster.
-ada kenal tukang kayu.
- boleh jual kat mudah.com.my
- malas nak jual banyak barang..serabut and banyak 'sampah' nanti...
5. Jual nasi lemak berlauk.
- di sarawak, kuching.
-aku rasa market sgt bagus. ada kawan sana boleh partner..
- kuching, susah nak cari kedai makan sedap..
-nasik lemak semua orang boleh makan. one world taste..
- ada ayam goreng. ada kerang (ooh kerang susah mahu dapat di sana..) paru goreng..rendang daging..nyummm..nyummm..
6. car wash
- untuk adik bongsu aku.
- dia suka basuh keta.
- jadi bagi dia banyak keta untuk dibasuh!
7. kiosk telekung najwa.
- macam nor juma buka kat utem.
- help yusniza. to help fren.
8. buka kedai di indonesia.
aku belum pernah pergi sana. tapi aku rasa indonesia adalah 'gergasi yang tidor' ...aku rasa sana very promising sedikit masa lagi...
9. kedai trg f.c
- jual semua mechendise peteh dan lain2 dalam liga m.
-jual poster.
- jersi
-tiket.
- mengumpul semua rekod, sejarah dan data mengenai trg fc
10. mahu buat buku.
-ha ha ha. kalau tak buat buku 'betul', buat buku 'indie' pun boleh..boleh jual takleh jual belakang cerita...hahaha
- bukan 'di mana saya jumpa jodoh saya'..tapi suatu yang lain..
- dah ada idea- perkataans..he he.
11.kawin!
mungkin berjaya buka kedai-kedai ni. mungkin satu atau dua..mungkin juga tinggal mimpi dan impian semata-mata...
if berjaya, harap satu hari nanti, dapat jadi player dalam properties. ada rumah sewa. ada kedai sewa.mungkin juga ada kilang sewa.
dan ada kebun.
dan menjadi penyimpan emas dan perak yang berzakat.
amin. :)
Sunday, May 13, 2012
dunia ain
"..Tak sangka papa ain macan ni masa umor 17 tahun dulu...." -Ain Sarah Khadijah
tidak pakcik sangka, Ain datang blog pakcik baca songo, ubi dan dolloh .Speechless pakcik.Sebenarnya pakcik malu sebab blog pakcik 'jahat'. tidak sesuai untuk budak tadika yang baik seperti ain. Harap Ain tidak lagi membaca blog pakcik selepas ini. Tunggulah Ain dah besar, kembalilah baca blog pakcik. Insyaallah blog pakcik masih ada...
Meh sini pakcik ceritakan sedikit yang pakcik ingat secara bertulis tentang ayah ain. Hahaha.
Ayah Ain memang antara kawan pakcik yang unik, sangat sukar dibaca tingkah-lakunya. Mempunyai imiginasi yang tinggi dan daya kelakar setara arwah din beramboi. Kadang kala, kami semua, lambat menangkap lawak ayah ain. beberapa saat selepas itu barulah kami tergelak besar. biasanya dia yang gelak sendiri dulu..ahaks.
pakcik tidak satu dorm dengan ayah ain, jika tidak tentu pakcik 'rakam' dengan lebih hebat momen-momen bersama ayah ain. Yes, ayah ain sangat meminati bolasepak. Dia ada jiwa bola yang sangat kuat. Dia juga peminat pakcik dulu. Pakcik memang terer. Pakcik kapten Sains Dungun dulu. Di antara kawan pakcik, ayah ain adalah peminat sebenar bolasepak malaysia. Dia masuk stadium dari zaman bolasepak 'malap'. Dia memang terbaik dan penyokong yang legend.
Masa dulu, ayah ain pernah pakai stokin berjari. Ia satu yang 'amazing' pada waktu dulu. tiada pernah orang pakai. Ia menjadi berita gempar batch kami. ha ha ha.
Ayah Ain juga sangat ingin pergi ke Jepun menjejaki langkah pakcik Ain cuma rezekinya tiada.
masa warden kejut dia tidor solat subuh. dia tak bangun-bangun. sekali warden kejut, dia tidor balik. Dua kali warden kejut dia tidor balik.Tiga kali warden kejut ' hoi dolah! mak ayah awok tak ajar ker?" Terus dia bangun. "cikgu, mak ayah jangan main cikgu..tak baik!" terus dia pakai kain pelikat dan capai kopiah.- dormates dia la citer.
Dia pernah lompat pagar dengan lobo. Pergi kuantan tengok konsert Ella!!
Dulu juga ayah Ain pernah buat radio sendiri. Dialah yang menjadi DJ. Dia memang suka mendengar radio dan suka menelifon radio-radio trg suatu masa dulu dan membuat ucapan. Dan dia mengumpul peminat-peminatnya yang tersendiri dengan gaya bahasa dia. Pakcik kagum dengan ayah ain. Di blok pakcik lah dia lancarkan radionya, sebab di blok pakcik frekuensinya jelas sampai Aspuri. Cuma sayang, ia tidak panjang sebab ayah ain nakal. Sangat-sangat nakal. Selain tuju lagu...
'..ye kepada aspuri sana...selamat malam saya ucapkan...jika anda suka dengan lagu ini sila tutup lampu dan buka balik..belajar rajin-rajin. dengarlah nirwana the man who sold the world...jangan jual diri ye kawan-kawan..'
dia membuat banyak teka-teki 18 tahun ke atas..hingga satu malam terkantoi dengan warden. Warden tu besar Ain, macam Andre the Giant dalam WWF tu.
"hoiiiIIiiII!!!! sape DJ tu meh turun sini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" bergegar blok A dan B. Sejak itu radio ayah ain tidak berkumandang lagi. He's very cool. Amazing..
Ayah ain juga pandai mengarang. Pakcik dulu selalu baca karangan-karangan merapu dan 'jahat' ayah ain. Ia sangat tinggi imaginasinya. Jadi pakcik tak terkejut dengan bakat Ain dalam menulis. Teruskanlah menulis. Belajar rajin-rajin. Ikut cakap parents. Suatu masa nanti catatan ain itu adalah 'sebuah album yang mempunyai rasa' .
akhir kata, sayangi papa Ain. I love him too.
Tuesday, December 6, 2011
28 nov 2011
i love you.
so much.
since the first time i open my eyes
till the last you're closed yours.
and after.
forever...
[Badarudin
270553-28102011]
semoga aman di sana. al-fatihah.
amin.
entri meraban tentang chenta dan hati itu fragile adalah rasa sedih, kesian dan sayang aku pada arwah..
ps-terima kasih pada zali, dillah, kijar, pudik yang datang hospital. terima kasih pada john,azraii yang tel. terima kasih pada mar, sema, d.o yang sms. terima kasih merang,nyor, aida dan sesiapa yang aku tak sebutkan. terima kasih cel. terima kasih kerana cuba 'mencari' aku yang missing in action. aku tahu korang tak baca blog aku, tapi terima kasih. u guys - adik beradik yang tidak pernah aku miliki..terima kasih.
adik-beradik- semoga sentiasa mendoakan kedua mereka. mereka sentiasa di hati kita. sama-samalah kita menjaga satu sama lain dengan lebih baik.
'..kawan tak perlu hari-hari jumpa
kawan tak perlu hari-hari telifon
kawan tak perlu hari-hari sms
yang penting..
peduli...'
-fynnjamal-
Wednesday, September 21, 2011
masa aku kecil part 4
masalahnya. aku adalah tempat untuk mereka minta tolong.
"ko tolong aku bleh?" arif satu
"tolong apa?"
"tolong simpan surat aku bleh? nanti mak aku jumpa susah"
"hah?!"
"alaa tolong la. nanti petang main bola kat padang MRSM nak?"
[padang MRSMKT tersangatlah cantik padangnya. tak macam padang sekolah aku, botak dan macam gurun. rumput tak penuh. sebagai bola lover, padang MRSM yang terjaga rapi. rumput trim. menghijau.tersangatlah nikmat untuk bermain bola.]
" nak.nak."
"ko pun simpan aku punya" arif dua.
"ehh. taknak lah"
"aku ada bola baru.semalam bapak aku beli.cap tango celup"
dua-dua surat. dari dua-dua awek.nora dan julaili. aku simpan dalam beg. arif kata tak perlu takut kantoi dengan mak aku. bukan aku punya.takut apa. yelah.yelah. dalam berkeping2 surat tu.antara pantun penutup surat...
pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas
pen merah pen biru
jangan marah i love u
hahaha.terbaca.
satu masa.
"mie, ni surat2 apa ni? gatal nak bersunat ker?"
"errr...bukan mie punya. arif punya.dia suruh simpan"
"eh ko ni...pi buang surat2 ni.belajar bla2..bla.bla..bla..malas..bla..bla..sunat dua kali..bla..bla.."
satu masa yang lain.di rumah bapa saudara.
"mie..ada girlfriend ye kat sekolah?"
"ko nak jadi P ramli ke"?
apa ni?mama bagitahu ker?bengang ada.malu ada.
satu masa yang lain. di rumah bapa saudara lain.
"mie..belajar dulu. jangan ada makwe."
"pakcik dulu umur 30 baru bercinta"
"tak baik tulis-tulis surat time kecil2 gini"
ya ampun!mama!!!!!!
-theloveletter's saver-
masa aku kecil part 3 (jamban)

masa aku kecil part 2 (sanita part 2)
aku dan adiks dah sampai rumah.kring! kring! tepon rumah menjerit.
"hello"
"mie..tolong beli sanita jap kedai pakmat.mama lambat sikit..kalo nak belilah roti sekali.."
"duit takde"
"bagitau pakmat nanti petang bayar"
"alaa..mama beli sendiri laa.."
tuuuttttt...mama dah letak tepon.hampehs. terpaksa la pergi jugak.kayuh beskal.sampai kedai..masuk kedai.tengok rak sanita. tengok kaunter cashier..alamak! anak pakmat pulak jaga.aku garu kepala. balik je lah. malu ni..pusing balik, melangkah keluar..
"kerinting! ni barang kau. mak ko tepon tadi. dia tambah barang"
huh! berani kau panggil aku kerinting.aku tuju cashier. ambil beg plastik yg dia hulur..melangkah nak keluar aku berpaling tengok anak pakmat kiyut..dia gelak2 kecil.
"oi! apa kau ketawa tu? kau nak pakai sanita?"
"bapaaakkkkkkk!!!"
kelam kabut aku lari..terus aku wilie beskal laju2 balik rumah.haha! bodo punya anak pakmat..
Tuesday, September 20, 2011
masa aku kecil part 2 (sanita)
dan bila mana, lahir sebagai anak lelaki paling tua.tiada abang. dan sudah pandai mengayuh beskal. maka adalah menjadi tugas hakiki membeli barang di kedai. dan membeli sanita spesifiknya.
masa time budak2. bila mak suruh beli, kita main belilah.tiada rasa apa-apa..
"mie..pegi beli sanita sekotak"
"mama..duit lebih 20 sen nak beli suguz boleh?"
"ha boleh"
sampai kedai..
"pakmat.. sanita satu! yang warna kuning.bunga-bunga" tangan seluk tabung suguz.
"okey siap.macam la sanita ada warna pink"
masa firsttime beli. mama panggil masuk masterbedroom, tunjuk contoh kotak sanita. aku angguk paham.ia sama macam kotak cornflakes saiz besar.masa tu cornflakes saiz kecik belum keluar.
setelah sekian lama membeli sanita. aku naik hairan. apa sebenarnya sanita ni? pulak tu ia hanya ada dalam bilik mama. tak ada di dapur. tak ada di ruang tamu. rasa ingin tahu timbul.kalau goncang kotak tu macam bunyi cornflakes pun ada..nak tanya direct macam tak sesuai.benda tu macam ada rahsia kecil..
satu waktu..masuk bilik air mama dalam masterbedroom, ternampak sesuatu dalam plastik. ish.apa tu? sanita la ni. ish kenapa ada darah? ish bau hanyir. mama sakit ker? ini pakai kat mana? berpikir seperti menyelesaikan jigsaw puzel. macam pampers baby la..
satu waktu bila dah besar sikit.dan aku telah paham sikit2 apa itu sebenarnya sanita.
"mie, beli sanita sekotak".err.malu dah menguasai. tapi siapa lagi yang nak pergi beli kalau bukan aku.terpaksa la pergi beli.
sampai kedai..masuk kedai..
terus pergi rak sanita.nak amik tetiba terpandang kaunter cashier. anak perempuan kiyut pak mat pula yang jaga. adui. macam mana ni? nak ambik ker tak? malu ni..pergi tempat aiskrim, amik aiskrim jeruk betik.seposen sebatang.
"ni jer? duit kecik takde?".awek tu muka berkerut dahi.
"takde.ha ah. ni aje". tak beli apa-apa kang malu pulak.dah masuk dalam kedai.huhu.
kayuh beskal laju2. terpaksa pergi kedai jauh. beli kat kedai sana.malu punya pasal.
kini jenama dah bermacam2. iklan pun macam2.tapi dulu, ada sekali awek aku suruh beli. time tu emegency.still masih malu.yang mana satu ada wing ni? saiz mana satu?cashier pompuan jaga. line pulak panjang. Arggghhh rasa nak pakai topeng jer.
the one and only...
masa aku kecil...
masa aku kecil aku suka..
1.makan mata ikan.
aku suka kemam mata ikan goreng macam gula-gula sampai satu masa ada orang kata makan mata ikan nanti otak bebal. terus tinggal tabiat tu walaupun air liur kecur..
2.makan roti keping dengan susu cap junjung.
suka juga makan roti dengan kaya.dengan sardin.dengan kacang pusing-pusing dengan jem anggur.dengan planta campur gula.dengan dorina kosong atau keju kosong.tapi roti keping-keping dengan susu sangat mengasyikkan.
3.makan jemput2 bilis campur bawang dengan susu cap junjung.
suka juga dengan sos. tapi dengan susu lagi mengasyikkan.
4.makan telor masin bahagian warna puteh.
memang masin sikit tapi memang suka yang puteh. sama macam telor rebus biasa. suka puteh juga. tapi bila dah besar tukar pula. suka yang kuning telor dengan kicap lagi sedap.. kalau masa duk hostel. makan telor kuning dewan makan byk-byk, nanti boleh main kentut kepal.mula-mula kentut.segera amik kentut tu dengan kempalan tangan. genggam erat-erat.cari muka mangsa.lepaskan slow2 depan hidung.dan larii! sebelum kena sepak...tak pun masa orang tengah berkumpul sembang ramai-ramai, ko lepaskan kentut slow-slow-slow tanpa bunyi...tinggal ko sorang-sorang.yg lain dah lari bedesup...haha.
5.makan telor penyu bahagian warna oren.
ni lain pula. suka yang bahagian oren.bila besar dah tak makan telor penyu. susah mahu dapat.
6.makan ekor ikan goreng.
kalo arwah mak hidang ikan goreng, memang habis lah semua ekor ikan aku sebat dulu. tapi yang tak bestnya adik aku pun follow nak makan ekor ikan goreng juga. last-last, arwah ma aku potong ekor sebelum goreng. hu hu hu.
7.makan peha ayam.
aku rasa hampir semua budak-budak suka ayam goreng bahagian paha.heran! mungkin macam aiskrim. mungkin pengaruh iklan minyak masak atau iklan KFC(masa kecil, KFC belum ada di TRG).kulit ayam yang ranggup memang best waktu itu.bila dah besar bahagian dada ayam la best. kulit dah rasa geli-geli sikit nak makan..
8.tak suka soya bean.
aku rasa macam nak muntah. tak boleh blah. tapi masa duk hostel sekolah, ada satu peti yoes yang selfservis pakai syiling tu, yoes soya memang cepat habis.2nd teh bunga.. ramai orang beli.jadik masa 'mintak air sikit', pau kawan atau budak junior, lama-lama jatuh cinta terus dengan soya.
9.tak suka rebina.masam. rebina jenama yang tenggelam juga sekejap, selepas di awal kemunculan 80an. bila besar minum rebina rasa syok pula.
10.sardin cap ayam.terutama kalau nasik tu panas sikit dan lembik sikit. sampai sekarang masih begitu. ia begitu asyik.memang stim.
kesimpulannya. citarasa kita akan berubah sesuai dengan peredaran masa. setelah melalui pelbagai fasa hidup.setelah merasai banyak rasa-rasa.
namun, takdirnya tetap tidak semua rasa itu berubah. ada rasa, sampai bila-bila pun kita suka. yang paling kita suka. sampai bila-bila!
Sunday, May 8, 2011
selamat hari ibu

bonda..
anakanda ucapkan selamat hari ibu buat bonda. Terima kasih kerana melahirkan anakanda ke dunia ini. Terima kasih. :)
bonda..
maafkan anakanda kerana sering melawan cakap bonda waktu dulu..sering berkata 'uhhh' pada bonda. sering juga memberontak jika suruh buang sampah tika sedang layan ultraman..sering merungut dengan disuruh jemur baju..angkat baju..lipat baju...
bonda..
maafkan anakanda kerana suka main bola di laman..yang kadang memecahkan tingkap..kadang memecahkan pasu..anakanda suka bola wahai bonda...
bonda..
maafkan anakanda kerana tidak sempat membahagiakan bonda. tidak sempat menjaga bonda.maafkan anakanda...
bonda...
jika bonda masih ada anakanda akan email benda ni pada bonda. anakanda masih rindu sama bonda..semoge bonda dipeliharaNya di sana.Bonda telah membuatkan anakanda datang 'ke sini'..tapi anakanda telah membuatkan bonda pergi 'ke sana'..maafkan anakanda.
ya ALLAH
ampuni dosa Maznah Abdullah. tempatkan dia di tempat org yang Engkau kasihi. ampuni dosaku.amin.
Thursday, April 21, 2011
kita akhirnya berpisah....
melihat kau seperti itu.aku geleng kepala.aku tidak gembira...
pedih yang dalam. sebab bukan sekejap kita bersama. telah lama kita bersama. ke situ dan ke sini bersama. aku sayang aku.aku sayang kau. aku sayang kita. tapi jika keadaan semakin kusut. bertambah-tambah kusut.simpul-simpul manja telah menjadi simpul mati..dan nampaknya tiada jalan lain lagi. kita terpaksa berpisah. urhhh!
perpisahan tidak pernah mudah..aaarrghhh!!!
'nak potong ker tak ni....takleh nak layan DT terakhir nanti...'
"bro..pesen macam ni cun bro...takde org buat lagi..." macha
"macha, lu penah makan mesin potong rumput tak?" aku
ringannyeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!
Friday, March 5, 2010
jatuh terduduk
"kita jangan lari dari masalah..Lari dari masalah, masalah takkan selesai, malah mungkin bertambah teruk dan buruk..Jangan lari, selesaikan..."
"ada sakit ada obatnya...ada masalah ada penyelesaiannya"
itu yang selalu aku dengar dan pelajari..bagi aku kata-kata
itu begitu betul..kadang aku juga menasihati orang lain sebegitu..
Straight to da point...
aku telah bangkrap kini..dulu punya 6 kedai...sekarang satu pun tak ada...silap judgement dan silap keputusan...Tapi ia bukanlah kesilapan sekelip mata..Ia kesilapan yang sedikit-sedikit dan berulang-ulang...Akhirnya tidak dapat ditahan dan pecah meletup...
mesin-mesin di kedai ditarik balik...disaksikan oleh jiran-jiran dan pesaing-pesaing...kawan dan musuh...cek-cek mula 'tendang' dan akaun ditutup...yang mana sempat aku kensel aku kansel...blacklisted bank negara..
supplier-suplier datang mencari...suplier stationery..paper..toner...mesin..
kawan-kawan lama yang melabur juga mencari...akhirnya sms2 ugutan juga tiba.
lebih sedekad aku berniaga...segala macam yang datang dapat aku selesaikan..kali ini..aku LARI...LARI dari masalah...tiada lagi income...v6 takleh bayar..kancil puteh..kancil kuning..semua benda dah tak mampu bayar...bank tepon dan penarik keta pun menjejak...
aku sangat2 sedih..sangat2 kecewa...Bukan kerana aku gagal..bangkrap...aku tiada apa-apa..tapi kerana aku kecewakan ramai org..banyak pihak...family..kawan-kawan yang aku kenal sejak awal 90an..ketika baligh pun belum..
Aku tidak mampu nak bersemuka bercerita..vis a vis..face to face..aku tidak mampu..bercakap hp to hp juga tidak terdial..kelu.bisu.pegun.gelap.busuk..uuhhh..
HP aku tutup..aku terpaksa lari..lari dengan bagpek..tidak boleh tido malam..tidak juga boleh tidor siang...perut tidak lapar..tidak makan tapi bontot mahu berak...tertekan...kepala pening dan pusing...tahulah aku kenapa org putus asa dan bunuh diri...
di SINI aku mahu bermula kembali..Aku mahu menyelesaikan 80,000.00 yang aku hutang..secepat mungkin...Macam mana? aku pun belum tahu...Semoga ALLAH SWT membantu...tiada lagi tempat mengadu sebaik Dia..Maha Mengetahui..Maha Pengasih..Maha Penyayang...Yang Kunfayakun...saat begini barulah ingat Dia..hu.hu.hu..
"Ya Allah..kuat semangatku..murahkan rezekiku..tenangkan jiwaku..lapangkan fikiranku..amin"
kini tiada apa-apa..jatuh terduduk...semoga izin Tuhan..sedikit masa nanti aku akan kembali "bangun berdiri"..
ps-ayah.songo.sall.Dol.d.O.botak.mel.pejo.pakcikbuyer.sema.acik. maafkan aku..maafkan aku...
*no komen please*
Monday, March 2, 2009
DETIK HITAM YG PALING HITAM
tahun 1996(selepas SPM)
Flashback 1
tahun ni aku ada beli kad hari ibu untuk mamaku...aku mahu bagi kad pada mamaku...tak pernah aku bagi kad hari ibu pada mama...
Flashback 2
aku juge beli kad besday untuk mama...aku mahu memberi pada mama...
tetiba aku rasa malu nak bagi...tak pernah bagi...aku hanya letak di meja menulisku...aku tak bagi pun pada mama ku...2 kad yang pertama kali aku beli...
selepas spm...time menunggu results...
Tghhari..15jun96.sabtu.
aku 7 beradik. aku kedua. ada sorang kakak. kakak memang dari kecik duduk dengan makcik...ptg tu aku hantar kedua adik ku, Han dan Mir ke stesen bas. mereka bersekolah dan duduk hostel di Chukai, kemaman...mak mahu hantar diorang tapi aku pujuk suruh naik bas sahaja..k.trg-kemaman bukan dekat.. 150 kilometer...
Petang tu adik aku tepon rumah...dia suh mak aku datang..Mir tertinggal beg..menangis2 suh datg...suh datang malam tu jugak...aku cakap dengan mak..sok lah...lepas mak balik mengajar...bagitau la cikgu..beg tertinggal...nak buat macam mana...adik aku menangis...tapi mak tak bantah kataku...dia pujuk adikku di talipon...
8 malam adik aku tepon lagi...mak aku bercakap2 dengan 2 anaknya tu...aku masih layan tv...2 adik kecil aku (Na dan apis) tido depan tv...
lepas bercakap di gagang mak aku basuh baju...sapu lantai...mesin basuh berpusing...mak suruh aku angkat 2 adik ku masuk dalam bilik...aku angkat mereka...
aku tertido...tetiba aku terjaga....jam dah pukul 2...mak menyidai kain...mak sidai kain di merata-rata...di sofa..kerusi..ditikar plastik yg dibentang...dan semestinya ampaian dalam rumah...kipas syiling mak onkan..
"mama..sidai esok sajalah...mama tak tido lagi?"
"ala sikit saja ni...dah nak abis dah.."
aku bangun dan duduk di sofa peratikan mak yang rajin...(ayah tiada..di rumah mummy!)
keesokkannya...16/06/1996
pukul 11...mak balik awal dari sekolah...aku dah bersiap nak bertolak..nak hantar beg Mir yang tertinggal...mak suh aku pegi kuala berang dulu...jumpa adikku yang no 4..Rid..
pukul 1 ptg..sampai di sekolah bawak keluar rid..kami (mak.aku.na dan apis) makan di kedai...mak cakap mak nak try ikan haruan..dia makan ikan haruan..aku memang tak makan ikan sungai...apa yang mak tak makan memang aku tak makan...tapi hari tu mak makan ikan haruan...eii..taknak la! bila mak pelawa aku merasa..adik aku na dan apis memang lahap makan ikan haruan...
"ibu! macam ayamlah" kata na.
"mummy! sedappp!!" kata apis.
yang lain panggil mama..dua budak kecik ni panggil mak aku, ibu oleh na.dan mummy oleh apis..pengaruh iklan!!
masa nak balik..nak teruskan perjalanan ke kemaman...Rid adikku salam dan peluk ibuku...
mereka bersembang2 lagi...
"mama..cepat ma...dah petang ni...jauh lagi ni..."
aku lalu ikut jalan belakang...k.berang-jerangau-kemaman...kerana sebelum sampai ke sekolah Mir dan Han...mak mahu singgah pasir gajah dulu...jumpa tok wan...sebelum singgah mak berenti kat kedai dan beli roti nan banyak! mama..tok wan kan duk sorang (paksu ku pi jalan di telemong hari tu..)..
pukul 8 malam..lepas jumpa tok wan...kami berempat tuju Chukai...hari dah mula malam bila sampai hostel han dan mir...
kami, Han dan Mir jumpa di perkarangan asrama je...dia tak kena marah pun dgn cikgu...cikgu faham...dia malas nak layan aku..sebab aku marah dia tertinggal beg...
"lawa anak mama hari ni" mak aku puji Han.
hah? lawa? pakai kain batik lawa?...adik aku pakai kain batik jek...setelah salam dan peluk cium...kami mahu bertolak balik KT...
pukul 12 malam...aku drive sampai di k.trg...mak cakap dia nak jumpa paksu (adik dia di telemong)...aku suh pi esok sahaja...mak tak nak...dia nak pi jumpa malam ni jugak...aku drive masuk ke dalam (ikut jln manir)....aku tgk minyak dah nak abis...mak suruh aku patah balik pi kuala trg...isik minyak dulu...huh..jauh tu...sebab situ je yang 24jam...yg lain dah tutup...
lepas isik minyak masuk jalan manir tu balik... adik kecik ku, Na memang dah tido kat belakang...apis tido di riba mak aku...
dah sampai umah di telemong...mak jerk yang naik...aku salam dengan paksu dan kembali dalam kereta...aku tido kejap...rest...
paksu kejutkan aku...mak dah setel.apa yang penting sangat pun aku tak tahu mak cakap apa dengan paksu...
"pi basuh muka dulu"
"tak pe lah paksu.."
dalam perjalanan pulang...
"mie..kalo ngantuk biar mama bawak"
" takpe la ma..semalam mama pun tak tido...boleh bawak lagi ni..."
"mie..kalo mama tak ada...jaga adik baik-baik yea..."
"ish mama ni..."
"ye mie..jaga adik baik2"..
aku diam je. pelik betol mak aku. buang tabiat ke?....
2pagi...
duumm!!!
keta eksiden..aku tertido..aku terbabas...langgar pokok...
"mama! mama!" aku tgk adik aku 2 okey..mereka menangis...peha aku terkoyak..darah membasahi seluarku...aku tgk mamaku...matanya pejam..
"sakit mie...dada mama sakit..."
org kg mula datang tolong....aku bg no talipon yang boleh mereka kontek..aku tak boleh nak berjalan...mama terbaring....ada seorang mak cik ajar mama mengucap....mama mengucap...
dua org pakcik bawak kami pegi pusat kesihatn..naik kereta...adiks aku org kampung jaga...aku masih panik...aku tidak menangis...aku blank and out...aku genggam erat tangan mamaku...
sampai di klinik...menunggu dr tak kunjung tiba...yang ada pembantu kesihatan je...memang lembab buat keje...
ko baru dapat lesen ker? misi tu tanya aku...aku diam...
mama diam...mama senyap..."misi tolong mama saya..tolong misi.."
"jap.kita hantar hospital besar.sini tak boleh buat apa.."...aku naik ambulan dengan mamaku...aku genggam erat tangan dia....
"mama bangun ma..!"
"bangun ma..!!"
5 pagi...sampai hospital besar HKT...mama di tempatkan di sebelah katil aku...lama tunggu Dr datang...Dr tutup langsir katil mama...tapi aku masih nampak mama...Dr letakkan bende letrik (semacam yg aku selalu tgk di tv..) di dada mama...
"sekali lagi..." Dr tu kata...
"sekali lagi"..
katil aku digerakkan ke tempat lain....aku hanya melihat...air mata tidak menitik...aku memang mahu ini hanya mimpi....tidak..tidak...
tak lama lepas tu...ada sorang Dr datng...
"anaknye?..maaf dik..banyakkan bersabar.."
dia bagi aku satu gigi palsu mama...dan sebentuk cincin...juga surah yasin...air mata aku mula menitik...membasahi pipi laju....mama!!!!!!!!!
sorang-sorang org yang aku kenali datang ke katilku...yg dekat dan yang jauh......air mata terus mengalir laju...aku bukan bermimpi...mama telah pergi...Ya Allah...mengapa ini berlaku...aku tak mampu...aku sangat-sangat tidak mampu...
....................................................................................................................................................................
mama.. sepanjang hidupku...aku masih belum puas bersamamu...18 tahun bersamamu adalah waktu yang sangat singkat...aku sangat memerlukan mu..adik2 sangat2 memerlukanmu..mengapa kau tinggalkan kami mama? mama..ampunkan dosa-dosa ku...ampunkan aku...Ya Allah tempatkan ibuku di tempat org2 yg soleh..tempat org yg engkau kasihi...
blogers semua..susah sekali aku mahu menulis entri ini..sangat2 susah sekali...aku sangat berharap sesiapa yang membaca...sayanglah ibumu ketika dia masih ada...kerana terlalu seksa bila ibu tiada..tambah bila pada waktu kita sangat2 memerlukan dia...

















