Followers

Showing posts with label suatu masa. Show all posts
Showing posts with label suatu masa. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

dunia ain



"..Tak sangka papa ain macan ni masa umor 17 tahun dulu...." -Ain Sarah Khadijah


tidak pakcik sangka, Ain datang blog pakcik baca songo, ubi dan dolloh .Speechless pakcik.Sebenarnya pakcik malu sebab blog pakcik 'jahat'. tidak sesuai untuk budak tadika yang baik seperti ain. Harap Ain tidak lagi membaca blog pakcik selepas ini. Tunggulah Ain dah besar, kembalilah baca blog pakcik. Insyaallah blog pakcik masih ada...


Meh sini pakcik ceritakan sedikit yang pakcik ingat secara bertulis tentang ayah ain. Hahaha. 


Ayah Ain memang antara kawan pakcik yang unik, sangat sukar dibaca tingkah-lakunya. Mempunyai imiginasi yang tinggi dan daya kelakar setara arwah din beramboi. Kadang kala, kami semua, lambat menangkap lawak ayah ain. beberapa saat selepas itu barulah kami tergelak besar. biasanya dia yang gelak sendiri dulu..ahaks.


pakcik tidak satu dorm dengan ayah ain, jika tidak tentu pakcik 'rakam' dengan lebih hebat momen-momen bersama ayah ain. Yes, ayah ain sangat meminati bolasepak. Dia ada jiwa bola yang sangat kuat. Dia juga peminat pakcik dulu. Pakcik memang terer. Pakcik kapten Sains Dungun dulu. Di antara kawan pakcik, ayah ain adalah peminat sebenar bolasepak malaysia. Dia masuk stadium dari zaman bolasepak 'malap'. Dia memang terbaik dan penyokong yang legend.


Masa dulu, ayah ain pernah pakai stokin berjari. Ia satu yang 'amazing' pada waktu dulu. tiada pernah orang pakai. Ia menjadi berita gempar batch kami. ha ha ha. 


Ayah Ain juga sangat ingin pergi ke Jepun menjejaki langkah pakcik Ain cuma rezekinya tiada. 


masa warden kejut dia tidor solat subuh. dia tak bangun-bangun. sekali warden kejut, dia tidor balik. Dua kali warden kejut dia tidor balik.Tiga kali warden kejut ' hoi dolah! mak ayah awok tak ajar ker?" Terus dia bangun. "cikgu, mak ayah jangan main cikgu..tak baik!" terus dia pakai kain pelikat dan capai kopiah.- dormates dia la citer.


Dia pernah lompat pagar dengan lobo. Pergi kuantan tengok konsert Ella!!


Dulu juga ayah Ain pernah buat radio sendiri. Dialah yang menjadi DJ. Dia memang suka mendengar radio dan suka menelifon radio-radio trg suatu masa dulu dan membuat ucapan. Dan dia mengumpul peminat-peminatnya yang tersendiri dengan gaya bahasa dia. Pakcik kagum dengan ayah ain. Di blok pakcik lah dia lancarkan radionya, sebab di blok pakcik frekuensinya jelas sampai Aspuri. Cuma sayang, ia tidak panjang sebab ayah ain nakal. Sangat-sangat nakal. Selain tuju lagu...


'..ye kepada aspuri sana...selamat malam saya ucapkan...jika anda suka dengan lagu ini sila tutup lampu dan buka balik..belajar rajin-rajin. dengarlah nirwana the man who sold the world...jangan jual diri ye kawan-kawan..' 


dia membuat banyak teka-teki 18 tahun ke atas..hingga satu malam terkantoi dengan warden. Warden tu besar Ain, macam Andre the Giant dalam WWF tu. 


"hoiiiIIiiII!!!! sape DJ tu meh turun sini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" bergegar blok A dan B. Sejak itu radio ayah ain tidak berkumandang lagi. He's very cool. Amazing..


Ayah ain juga pandai mengarang. Pakcik dulu selalu baca karangan-karangan merapu dan 'jahat' ayah ain. Ia sangat tinggi imaginasinya. Jadi pakcik tak terkejut dengan bakat Ain dalam menulis. Teruskanlah menulis. Belajar rajin-rajin. Ikut cakap parents. Suatu masa nanti catatan ain itu adalah 'sebuah album yang mempunyai rasa' . 


akhir kata, sayangi papa Ain. I love him too.

Friday, May 4, 2012

songo, ubi dan dolloh


masa period spm sedang berlangsung..

'ubi. aku nak juga pergi hostel girl sekali..bawak la aku sekali..boleh ar..' doloh.

aku diam je. Bengong ke apa doloh ni..

masa jumpa songo. aku bagitahu dia. Doloh nak ikut gi aspuri kalau kita gi. Dia nak rasa juga masuk aspuri sekali. best juga masuk sana.. for the last time..hahaha.

'boleh, malam esok.' songo green light. aku, kalau songo tak pergi, memang aku tak pergi. Nak bawak orang pergi? carik nahas.

doloh -Dia ni unik. Dia budak blok C.Dia bukan seorang pelari.. mungkin penjogging santai. ahaks. doloh pakai spek. kalau tak pakai spek dia tak nampak. Dahi dia suwak. kalau malam boleh bersinar dek rembulan malam. haha. Semua faktor-faktor bahaya kalau terkantoi!

Malam esok dipilih sebabnya pagi lusa paper biologi. paper wajib untuk semua. Jadi confirm budak pompuan tidor awal. lepas lusa, ada paper yang budak ambil, ada yang budak tak ambil. jadi ada yang tidor awal, ada yang stay-up - mana mungkin boleh pergi kalau ada ramai stay up...yang tinggal di hostel sekarang budak-budak form 5 sahaja..

so, its tomorow's night or never for doloh...

masa nak pergi malam tu, dalam 3 pagi, doloh pakai baju merah..aku suruh dia tukar baju hitam.

memang first pagar lagi doloh problem sikit nak panjat. Lepas dia panjat pagar..kitorang dalam area aspuri kini..

'weh, rileks dulu, jantung dup dap, dup dap ni'

sambil dia rileks tu, dia sempat keluarkan kamera! memang dia unikkan..

'amik gambar dulu' he he he. dia ketawa.

so posing la kami kat koloh aspuri.

bila nak panjat koridor hostel, doloh memang susah sikit. tapi songo terer, dia ada 'tip' kasi doloh naik. so menjelajahlah doloh belajar biologi.. haha.kat atas tak boleh amik gambar. kamera zaman dulu bising bila kodak tu berpusing..

akhirnya jam loceng menjerit. ada orang kata tu bilik shuhada, ketua pengawas. songo bagi signal. masa balik dah tiba..

dalam dewan periksa pagi esoknya, songo bantai tidor! dia memang tak suka biologi..

ps- doloh kini guru. jaga anak murid molek loh.

pss -there comes a time in a man's life when to get where he has to go - there are no doors or windows, he walks through a wall.

Sunday, April 29, 2012

songo : the untold legend sekolah aku


aku ada seorang kawan. kami panggil dia songo. aku kenal dia masa tingkatan satu. Di hostel,  dorm dia blok D, aku dorm blok A. Masa awal-awal, aku tidak kenal sangat songo budak selangor.Lagipun class aku dan dia tak sama.

Dia sangat berbakat dalam sukan.Gifted.Semua dia terer.

Bolasepak. Rugby. Olahraga. Ping Pong. Tenis. Bola Tampar. Juara Lompat tinggi. Juara 400 meter. Dia Olahragawan batch aku. Dan terer matematik. Tinggi and goodlooking. Ofkos , banyak surat cinta dan secret admirer dari sama batch, junior atau kakak-kakak senior.

Bila main bola petang-petang, form 1 hingga form 3,secara tradisinya, blok a + blok b akan lawan blok c + blok d. Dia seorang pemain bola yang baik.Juga keeper yang baik! Mempunyai larian kencang. tandukan terbang dan rembatan kaki kanan bahagian luar yang sangat padu. Biasanya budak-budak lain tak berani untuk blocking. Aku berani blok, kesian keeper aku kalau bola selaju itu tidak diblok. mahu bersara terus main keeper. bukan senang nak suruh orang main jadi penjaga gol.ramai orang mahu jadi penjaring gol. dia midfielder. aku midfielder. Jadi aku dan dia selalu bersaing sesama sendiri.

perbalahan dalam padang itu lah merapat kami kerana akhirnya kami teamates dalam skuad sekolah.

the laws made to be broken. Hahaha!

Kalau kau duduk asrama selama 5 tahun. Ada bermacam-macam kesalahan yang mungkin dibuat. Hisap rokok. Lompat pagar (beli makanan atau rokok kat kedai luar sekolah.menonton wayang). Buli budak. Mencuri(ini baik jangan). ponteng kelas. Pakaian tak ikut piawai. Rambut panjang. Dating. Macam-macam!

Tapi yang paling susah dan paling berisiko adalah 'masuk ke dalam hostel girl'. Once dibaham-tagat / ditangkap - tiada denda melainkan buang sekolah.

'Masuk ke dalam hostel girl' ada dua kategori . Pertama masuk ketika cuti sekolah. Mostly ketika ramai balik kampung. Dan kedua, masuk ketika waktu biasa. the most danger. the highest risk. the beautiful one!

dia boleh berdiri atas meter paip dan melompat pegang koridor aspuri. dia naik dan tarik tangan aku naik.

bila masuk dengan songo. rasa selamat. dia sangat kool. dada yang berdebar-debar. peluh yang keluar ketika malam dingin tambah dengan angin dari pantai hilang beransur-ansur. Yang tinggal keindahan dan keasyikan. hahaha!

dengan songo kau boleh request baju budak mana yang ko nak. atau pakaian dalam siapa kau nak. woha!

He's the legend who never been cought. sekarang dah baik. jadik pegawai kerajaan yang ohsem.




ps-“A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other...Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever”


Saturday, October 2, 2010

aku kan abang

Adik-adik ku...
tahu tak korang, sebelum kau-kau-kau-kau-kau lahir, mama selalu suapkan aku scott emulsion, minum ribena, bagi telan spirulina dan pati ayam gambar lembu bertanduk..

tapi bila korang dah lahir..mama dan ayah kena cut-cost..kena budget..sebab ada lima lagi mulut selain mulut aku...

adikku-kau satu
kau ingat tak..time firstday kita pergi sekolah baru. kita masuk ikut pintu belakang..tiba-tiba bila time balik..ko balik ikut pintu depan! kau hilang!!! Aku kena marah dengan mama sebab tak jaga kau..nangis-nangis mama tunggu orang-orang cari kau..petang tu jugak ada skuad pencari jumpa kau..bingung..blur..di jalan depan sekolah...suka-suka hati kau je ikut classmate balik ikut pintu depan...esoknya aku jadik bodyguard ko...

ingat tak..lepas balik sekolah,aku selalu beli tikam-tikam (judi ni)...sebab ko nak mainan...tapi tak penah pun kena..aku rasa pakcik runcit memang tipu laaa...dan selalu beli aiskrim jeruk untuk kita makan ATAS BECA on da way balik rumah...

---> ye mama aku upah beca amik dan hantar...langsung tak kool.rase nak menyorok dalam bonet beca jerk time tu...masa tu beskal belum beli..

adikku-kau dua
kau selalu tidor depan tv..awal2 aku sound suruh masuk tidor kau taknak..last2 mama suruh angkat kau masuk bilik..berat takde masalah..tapi air liur basimu paling busuk antara kita 7 beradik..aku rase kau saje2 je calit air liur mu kat bajuku time aku dukung mengangkat...

adikku-kau tiga
dah sebab kau hanya beza setahun je dengan 'adikku-kau dua', jadik akulah yang selalu jadik pelerai pergadohan kau dua beradik..berebut askarlah...berebut keretalah..berebut koboi- sorang pun taknak dayak berkapak - dayak tu ensem apa...aku ni ala-ala PBB la time tu...

ingat tak time aku ajar ko main bunga api..tembak kat semut...cucuh kat pokok...kat kotak...letupkan mercun kat lubang semut..dalam tin..dan satu malam tu ko cucuh belakang aku...terbakar baju aku...berlari aku kesakitan dan bertambah la sakit masa jiran sebelah pancutkan air paip getah time aku berlari tu...berparut belakang aku ni! dan itulah asal usul, pra-tidor aku kaki tergedik-gedik sebelum lena...dan postur tidor melentang juga..sebab kaulah!

adikku-kau empat
kau ingat tak? kau main masak-masak...kau amik parang kat dapor dan kau amik kelapa yang gugur di tanah...ko try nak kopak kelapa tu..tup-tup ko terparang ibu jari kau! aku ler yang pegang ibu jari kau yang hampir putus tu sampai masuk bilik surgeri...parkinson jari aku 2-3 hari..tengok darah..huh!

adikku-yang lima
kau paling comel time tu..maklum ler baby...ko berak..ko kencing..ikut suka kau jer..lepas tu menangis...akulah yang selalu basuh bebird kau...montot kau...tangan aku nilah yang gosok-sabun-gosok..hingga hilang rasa-warna-bau..mana kau ingatkan...

adik2ku..
buah ceri merah ranum yang tinggi..aku la yang panjat amikkan...korang tahu jerit2..tunjuk2..

adik2 ku...
sebab umah kita takdok shower-heater tu...kadang2 akulah yang jeramkan air dan 'bancuh' mandian korang dalam besen...

adik2 ku..
pagi-pagi buta..kadang2 kalo mama tak sempat buat breakfast...atau nak tukar selera..makan roti canai-30 sen sekeping..akulah yang kayuh beskal-handel je bmx + spoket mati..pegi kedai melayu pakcik roti canai...

adik2 ku...
oleh sebab parent kita dua-dua keja..jadik akulah selalu jadik chef korang...masak megi...buat roti goreng salut telor...buat jemput2 bilis cicah sos atau susu cap junjung (masa tu cap teko belum ada)...dan kadang kalo jemput tu cair aku namakan ia penkek..woha!

Dan sekian lama waktu...ada ketikanya bila aku kata "AKU KAN ABANG"...siyesly korang tak boleh marah..he he he