Followers

Friday, March 5, 2010

jatuh terduduk

Ada orang kata...

"kita jangan lari dari masalah..Lari dari masalah, masalah takkan selesai, malah mungkin bertambah teruk dan buruk..Jangan lari, selesaikan..."

"ada sakit ada obatnya...ada masalah ada penyelesaiannya"


itu yang selalu aku dengar dan pelajari..bagi aku kata-kata
itu begitu betul..kadang aku juga menasihati orang lain sebegitu..

Straight to da point...

aku telah bangkrap kini..dulu punya 6 kedai...sekarang satu pun tak ada...silap judgement dan silap keputusan...Tapi ia bukanlah kesilapan sekelip mata..Ia kesilapan yang sedikit-sedikit dan berulang-ulang...Akhirnya tidak dapat ditahan dan pecah meletup...

mesin-mesin di kedai ditarik balik...disaksikan oleh jiran-jiran dan pesaing-pesaing...kawan dan musuh...cek-cek mula 'tendang' dan akaun ditutup...yang mana sempat aku kensel aku kansel...blacklisted bank negara..

supplier-suplier datang mencari...suplier stationery..paper..toner...mesin..
kawan-kawan lama yang melabur juga mencari...akhirnya sms2 ugutan juga tiba.

lebih sedekad aku berniaga...segala macam yang datang dapat aku selesaikan..kali ini..aku LARI...LARI dari masalah...tiada lagi income...v6 takleh bayar..kancil puteh..kancil kuning..semua benda dah tak mampu bayar...bank tepon dan penarik keta pun menjejak...

aku sangat2 sedih..sangat2 kecewa...Bukan kerana aku gagal..bangkrap...aku tiada apa-apa..tapi kerana aku kecewakan ramai org..banyak pihak...family..kawan-kawan yang aku kenal sejak awal 90an..ketika baligh pun belum..

Aku tidak mampu nak bersemuka bercerita..vis a vis..face to face..aku tidak mampu..bercakap hp to hp juga tidak terdial..kelu.bisu.pegun.gelap.busuk..uuhhh..

HP aku tutup..aku terpaksa lari..lari dengan bagpek..tidak boleh tido malam..tidak juga boleh tidor siang...perut tidak lapar..tidak makan tapi bontot mahu berak...tertekan...kepala pening dan pusing...tahulah aku kenapa org putus asa dan bunuh diri...

di SINI aku mahu bermula kembali..Aku mahu menyelesaikan 80,000.00 yang aku hutang..secepat mungkin...Macam mana? aku pun belum tahu...Semoga ALLAH SWT membantu...tiada lagi tempat mengadu sebaik Dia..Maha Mengetahui..Maha Pengasih..Maha Penyayang...Yang Kunfayakun...saat begini barulah ingat Dia..hu.hu.hu..

"Ya Allah..kuat semangatku..murahkan rezekiku..tenangkan jiwaku..lapangkan fikiranku..amin"

kini tiada apa-apa..jatuh terduduk...semoga izin Tuhan..sedikit masa nanti aku akan kembali "bangun berdiri"..


ps-ayah.songo.sall.Dol.d.O.botak.mel.pejo.pakcikbuyer.sema.acik. maafkan aku..maafkan aku...

*no komen please*

8 comments:

zonaku said...

aut viam invenam aut faciam

moga ko cepat bangkit kembali.... mungkin ada y mampu membantu, sekurang2nya sekadar menjadi pendengar.

just buzz aku anytime ko mahu...

risanur said...

moga cepat bangun dari pengalaman pahit ini...allah akan sentiasa berada disisi...sentiasa mengingatiNya sentiasa...

maaf krn nak beri komen utk bangkitkan semangat kueh bakar...hanya semangat 'maya' yg dapat risa berikan...

sharamli said...

d0akan semua dapat diselesaikan..
kal0 sy kt tempat tu p0n mesti nak lari jugak..
ad pr0blem sikit ngn study p0n da rasa d0wn..inikan pulak masalah yg mcm ni kan..
kamo0 kuat...

one-areyou said...

salam bertemu.. betul ke ni, atau hanya mainan tulisan..
Kalau betul ishtighfar banyak-banyak.. Mungkin ada kesilapan kita kat mana-mana. Bangkit semula.. jangan buat keputusan bodoh yang boleh nmengeruhkan lagi keadaan.
Kalau ini cuma sekadar tulisan - jangan dibuat main perkara sebegini..Doa dipermudahkan segala urusan..

Jard The Great said...

=(

Dak Wan® said...

Teman doakan mike dapat inspirasi dan hidayah@idea untuk melepaskan diri dari kemelut ini. Amin.

p/s: Tuhan berada di sisi umatnya yang sabar dan tabah.

ezzati said...

smoga dimudahkan sume urusan..

indah-chan said...

i dont know this!

percayalah Allah menguji hambaNya yang mampu mengatasi masalah itu.

iye. kamu sangat kuat dan positif. kuatkan semangat dan smoga dikurniakan ilham dan akal yang mampu menyelesaikan masalah kueh bakar.

p/s: amal 3 ayat hujung surah albaqarah. situ ade doa utk kurangkan bebanan ujian dari Yang Maha Memberi..