Followers

Sunday, October 31, 2010

ice kacang puppy love

dah lama tgk...aku pun ingat2 lupa...



mungkin cinta pertama tidak begitu indah dan begitu asyik tapi ia tidak mudah dilupa..ia akan dikenang sesekali dan sesekali juga tersenyum kerana terkenang..

ice kacang puppy love - sebuah kisah tentang suka yang panjang seorang budak lelaki pada seorang budak perempuan...dia memendam perasaan..takut untuk meluahkan rasa suka....segala rasa suka dia coretkan pada kanvas lukisan...

bila sudah tidak tahan...akhirnya dia menulis sebuah surat...surat cinta untuk amoi...walaupun amoi itu tidak pernah membaca surat itu....amoi tahu budak itu memang suka sama dia...

sangat tipulah kalo perempuan tidak perasan perasaan seorang lelaki...hati perempuan memang boleh bau tentang perasaan...malangnya perempuan juga pandai menafikan perasaan...

satu benda yang ada...akan terasa hilang setelah benda itu akan tiada atau telah tiada...masa tu baru tahu yang hilang itu ada nilainya...sama ada nilai besar atau kecil masa itulah akan tahu...

mamak jual roti juga satu interframe yang lucu...

citer ni shot2 sangat cantik...ia sebuah filem fotografi bagi aku...jika kau sukakan kabir batia..kau pasti suka shot2 dalam filem ni...ia bukan kisah cinta yang boleh melayangkan kau ke bulan...










cinta tidak semestinya memiliki...kadang ia harus dilepaskan pergi..

3 comments:

akudandia said...

hye,

hani pon suke cite nih..
p nk download ary tu xleh ag..

Anonymous said...

(^___^)v

adie said...

dah lama tinggalkan citer² ni.