Followers

Wednesday, August 12, 2009

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?


Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.

Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

kopipes 3r.com hah?? kueh baca majalah pompuan? he he he..di situ banyak rahsia mereka..mereka kan suke buke rahsia..wakakakaka...

layan..

28 comments:

kakpiah said...

Lelaki & Perempuan boleh jer jd kawan..
cuma utk jd "kawan baik @ kawan rapat @ kawan sejati" jer.. yg tak berapa nak boleh.. kalo dah baik, rapat, sejati baik jd boipren/gepren teros kan? kecuali ada sesuatu yg menghalang niat tu la.. betoi tak?? :)

Anonymous said...

apa yang dikata kuehbakar mmg sangat betul sbb im one of them

farah, s. said...

boleh je nk jadi kawan baik. asalkan niat baik. hehehe.

eiza in the house.. said...

morning bro..
ape yg dikatakan bro tu semua betul..thanks sbb sharing this articles..=)

Hazerin said...

kopipes pun jadi laaaa....

eleh...boleh je laki n pompuan nk jd kwn baik..cuma terpulang la kt laki or perempuan tu nk tfsirkan perkataan 'kwn baik' tu.


Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. <---baik x pyah mgaku...nnt kwn tu jauhkan diri..kan?? kan??
pendapat aku aje, dong!)

nway, kwn ngn laki lebih sempoi dr kwn ngn pompuan...sbb ngn dak laki leh g main pool, men boling, karaoke, n main bdminton bersama. hahahahahahaha. best!! nk ajak pompuan?? arghhh...byk cover2 jek.

pjg gile aku komen kt entri ko ni...bukan sng nk ada entri dr ko, kueh.


re:
apa yg pelik dgn cinta pertama aku?

Erina Asmawani said...

Memang boleh.As long as we didn't treat our sahabat same as we treat our special ones la.Kena bezakan sahabat dan teman. Kalau dua2 kta layan sama je, tu yang timbul macam2 masalah.

Aku ada sahabat lelaki yang cool dan teman lelaki yang disayangi. Mula2 teman lelaki aku jeles gak ngan sahabat aku ni, tapi bla dorang dah kenal, semuanya ok. Takde istilah cemburu buta dlam cinta kami ;)

Masy said...

Sahabat, teman lelaki, the façade - semua aku dah rasa.

tetibe je aku rasa tua. hampeh nyer kueh. hahahahah

makwe joni said...

ntah..aku x pernah terlibat dalm hal2 memeningkan kepala semacam ini

patungcendana said...

boleh. :-)

sharamli said...

memang sukar untuk dikategerikan....

nnt kal0 ttiba rasa nak luahkan perasaan..rasa mcm sy0ksendirik la plk

adibah said...

boleh.. aku ada sorang. aku pernah tulis, dalam entry 2 tahun lepas.

Izyan Nadirah said...

hmmm... aku ade 'sahabat' je dlm idup aku skrg. =D tapi best je kawan dgn laki. aku suke cerita kat diorg masalah,mmg lain drpd cerita kat perempuan. kalau cite kat kwn pmpuan, diorg asyik beking je ape aku buat, wpun terang2 aku salah. kalau cite kat laki, diorg terus terang kata aku salah. =)

Sharif John said...

Susah susah...

Saya buat pengakuan dan hasilnya kami tidak berkawan seperti dulu lg hahahaha... Padan muka saya

zonaku said...

boleh jer.....
asal tafsirkan denagn tepat n make sure pasangan kita serasi ngan sahabat kita tu...

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

"merekakan suka buka rahsia"???

salah.

"merekakan suka berkongsi,sebab tu suami pun mereka boleh kongsi."

:)

Kapten Luffy said...

patutlah berilmiah

cis

Belly-Button said...

entry ni menarik ni.
1st time dgr istilah the facade tu.

cik selamah kundang said...

boleh tu memng boleh.tp jarang jumpa kes yg lama2 xda feeling.from my past experience, mostly bila sgt baik ngn seseorang lelaki tu..lelama rasa susah jgk kalo dia xda bila ada problem...and vice versa lah..uhuhu.

uji6june said...

bagi akak tak salah rasanya lelaki dan perempuan berkawan .. baik/rapat/sejati tu mesti ada dalam batas-batasnyalah ..

topik perbualan berlainan gender ni kadang2 sangat interesting

akak sendiri ada kawan lelaki berbangsa india, suami dan anak2akak pon kenal dia...

topik perbualan kami dari politik sampailah ke agama masing2 .. cuma sayang dia blom dapat hidayah lagi walopun akak cuba menarik minat dia ke agama kita

*

AinNur Haris said...

berkawan rapat dgn seorang lelaki..??? tak jumpa lagi sahabat lelaki yg boleh di bawa bershopping atau tgk wayang atau gi berjalan-jalan..

bila ajak jumpa, mesti dia ingat kita syok kat dia.. aduhhh..!!

tp ada kawan2 maya yg lelaki, yg boleh dibawa bercerita dan berkongsi masalah.. ok la tu kot..

:: Bu Boyz :: said...

yeah... gue setuju... boleh aja dong buat jadi temen...

||alis|| said...

saya bisa jadi teman terbaik buat sahabat lelaki saya.

tapi bisa sampai masa mereka harus bernikah, saya lepaskan hubungan sahabat itu.

paranoid? mungkin ya. tapi untuk jangka panjang, itu yg terbaik. cayo laa kek den nih haa.. ;P

Jard The Great said...

hmmm... kita kan kawan.. ahaha.. bole jer..

momentinlife said...

hmmm... kita kan kawan.. ahaha.. bole jer..

(aku pn kopipes..wakaka)

shima said...

ko copy ke??aku hengat ko karang sendrik.hahha.btw,kalu ikhlas bekawan sampai bile2 pon stil kawan.

chentaMAYA said...

ouh!
aq cinta gila sama dia~
dalam at aq syg gila sama dia~
tp xley nak watpe la!~

cik helena said...

bole kawan,,tp rasanye bukan kawan baik..

s.c.h.u.l.t said...

meet all the three of them.

the facade is me! :))

tapi at last meninggalkan ketiga-tiga mereka. rasa lebih free skrg ;)