Followers

Friday, May 31, 2013

Pahang VS JDT Stadium Bukit Jalil

Banyaknya kalut sebelum game. Tinggi pressure game ni. Dari penyokong biasa lain negeri sampai menteri sukan cakna dengan perkembangan separuh akhir kedua Piala F.A 2013. Cyberwar sehangat pilihanraya umum 13. Inilah tanda-tanda ketandusan dan kelaparan piala, dua gergasi bolasepak yang sedang dikejutkan dari lena.

JDT kenalah akur dengan dengan Fam yang menetapkan Pahang tetap kekal sebagai status tuan rumah sekali pun bermain di stadium berkecuali. Ia bukan susah hendak diterima akal. Ramai yang kata Pahang dapat untung lebih dari penjualan tiket, tapi setahu aku hasil kutipan tiket dibahagi sama rata. 

Perkara baik selepas kejadian di Stadium Darul Makmur ialah kedua team boleh bermain di Stadium Nasional dengan stadium full-pack. Bukan senang dapat suasana seperti ini terutamanya pemain Pahang yang rata-rata muda dan mendapat pengalaman pertama. Pemain JDT telah biasa dengan suasana seperti ini kerana ramai tonggak JDT adalah tonggak pemain kebangsaan -Gold Sea games dan Juara Aff Suzuki cup. Kelebihan pengalaman tentulah kepada JDT.

Jika salah satu team kalah pun, penyokong tidak kempunan mana untuk tidak ke final kerana menonton live di stadium bukit jalil dengan hampir seratus ribu penonton akan dikenang sebagai magis yang sukar dilupakan.

Pahang adalah underdog. JDT adalah favourite. Semoga pemenang sebenar malam ini adalah bolasepak Malaysia.

JDT dan Pahang - Sebelum luaskan kuasamu, Luaskan stadium mu. Ahaks!

"jika kita kehilangan seseorang yang bermakna, bukan kejadian yang menyedihkan. Momen-momen yang telah bersama itulah penyebab kesedihan" -kueh-

Jambatan Ke Syurga (Astro Oasis)


Cerita ni sangat banyak mengajarkan. Tentang tanggungjawab sebuah kehidupan di dunia Tuhan. Dilakonkan oleh heroin Elfaeza Al-Huq. Haji Baharin 57 tahun, telah kematian isteri. Setelah itu ada beberapa babak, dan dia mempunyai rasa kasih dengan anak kawannya, juga kawan anaknya, Hani Al Huq yang berumur 24 tahun. Ini bukan kisah cinta lara nestapa.

Setelah berkahwin tidak lama, Haji Baharin terkena strok. Hani menjaga Haji dengan penuh kasih. Mampukah Hani Al-Huq bersabar dan mengharungi masa mudanya dengan menjaga seorang suami yang terkena strok? Kuatkah Hani?

Ini sebuah kisah tentang ibu bapa - takdir - sakit dan mati.  

Jika masih mempunyai ibu bapa - Atau mahu memahami kematian ibu kepada bapa atau kematian bapa kepada ibu - Atau mempunyai ayah/ibu yang sakit - Dan anda masih bekerja. Inilah ceritanya. Mesejnya sangat jelas dan sampai. Skrip Zahirah Hassan bagus.

Terkejut dengan perfomance lakonan mak Hani. Sangat bersahaja dan natural. Aku tak pernah nampak dia berlakon sebelum ni. Rumah Haji Baharin sangat unik. Katil kayunya lawa berukir. Cadarnya putih. Scene 1:10:10 sangat cantik dan klasik 'angle'nya. Beautiful.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, limpahkanlah kesabaran yang tidak terhingga, kurniakanlah di hatiku ini sifat keredhaan, peliharalah lidahku dari kata-kata nista, dan kuatkanlah semangatku untuk menghadapi segala cabaran. Ya Allah, seandainya suamiku ini adalah pilihanMu di arasy, berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya, sekiranya suamiku ini, adalah suami yang akan mengiringi tanganku di titianMu, kurniakanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannahMu, berikanlah aku sifat tunduk dan tawaduk atas segala perintahnya. Seandainya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu, peliharalah tingkah laku dan kata-kataku agar aku tidak menyakiti perasaannya. Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati olehMu,berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala ragam dan kerenahnya. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui atas segala sesuatu dan atas segala yang tersirat. Amin.." -Doa Hani Al-Huq-

"Walaupun sepasang mata tidak berkedip memandang bintang di langit malam, sepasang kaki hendaklah teguh memijak bumi" -kueh-

pejam mata


Klik butang play. Klik skip iklan selepas lima saat. Pejam mata dan hayati lagu Turki. Bayangkan Istanbul. Ahaks.


"behind every great man is a women rolling her eyes" -Jim Carey-

Thursday, May 30, 2013

love is war


At some stage, love is like a war. You must fight for it. A damn hard fought. Fight like hell. Fight with anything. Fight with everything, but with dignity, to win love. Some how, not all the winning, will win love. Sometimes, retreat win love. Its sometimes, but its truly happen. -kueh-



Kritikan


.."kritikan adalah perkara sia-sia kerana meletakkan orang yang dikritik dalam posisi defensif dan biasanya membuatkan orang itu berusaha mempertahankan dirinya. Kritikan itu berbahaya kerana menjatuhkan maruah, melukai perasaan dan membangkitkan perasaan benci"..

-Muka Surat 5, Buku How to Win Friends & Influence People - Dale Carnegie-

Tapi kadang kala, dalam momen-momen tertentu - Kritikan itu perlu. Kritikan yang betul pada orang yang salah tetap tidak berguna. Kritikan yang salah pada orang yang betul pasti ada gunanya. 

Sebab itu Nabi Muhammad S.a.w tidak mengkritik - tidak menjatuhkan maruah, tidak melukai perasaan, tidak membangkitkan perasaan benci. 

-to myself, don't always judge and don't kritik to much.

Wednesday, May 29, 2013

Semi Final Piala FA 2013


Kelantan VS Terengganu
Hadoi. Sedih dan kecewa dengan kekalahan last minit dan Unprofesional si profesional Effa Owana. Untuk Tan Sri Anuar Musa - Jangan cakap besar. Dalam bola sepak segalanya mungkin kata adidas. Bola itu bulat kata orang. Dan untuk Terengganu selagi wisel belum ditiup, selagi itulah belum menang. Ia hampir kepada kebangkitan semi final paling agung. Hadoi. Apa pun, tahniah Kelantan.

JDT VS Pahang
Persatuan Bolasepak Pahang gagal merasai suasana hangat semi-final. Kedua-dua team 'baru naik'. Tentulah kehausan piala tiada taranya. Lagi pun negeri hanya berjiran - tentulah stadium dibanjiri. Penonton masuk melebihi kapasiti sangat tidak boleh diterima. Setakat nasihat 'duduk tepi padang elok-elok ye. Jangan kecoh-kecoh tengok bola'. Memang bodoh dan biol la.

Pegawai-pegawai Bolasepak Pahang. Pengurusan stadium. Polis dan Fru semua bersalah. Kerana gagal membaca mood penonton dan aura sebuah semi final. Duit tiket bagi balik tak?

"soccer is simple, but it is difficult to play simple" -Johan Cruyff-

Thursday, May 23, 2013

Ashita No Joe


Joe Yabuki adalah seorang lelaki out of nowhere yang sentiasa membuat onar dan gemar bertumbuk dan berkelahi tidak kira walau di mana, walau dengan siapa, walaupun bila. Satu hari dia telah bertumbuk dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran dan disaksikan Danpe Tange - Seorang pemabuk. Bekas boxer. Boxer trainer. Bila dia melihat aksi Joe - Dia tahu, dia telah menemui bakat seorang peninju hebat.

Joe Yabuki memang telah lama dikehendaki polis kerana onar-onar pergaduhan. Dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Joe akibat pergaduhan tempoh hari. Di dalam penjara, Joe tetap seorang Joe - dia bertumbuk dengan banduan-banduan pula. Dan sentiasa masuk sel hukuman. Di dalam sel tersebut dia mendapat surat dari Danpe Tange - Tips-tips training tumbukan. Mulanya dia abaikan dan koyakkan sahaja surat tersebut. Tetapi kerana keboringan dalam sel dan tak tahu buat apa, dia sambung balik koyakan-koyakan surat dan membaca dan praktis!

Di dalam penjara, dia bertemu musuh masa depan, Rikishi - a pro boxer kategori featherweight yang juga terpenjara. Untuk bebas dari penjara, Joe menerima cabaran manager Rikishi yang kaya dan berpengaruh, Yoko Shiraki, wanita yang comel tetapi dingin untuk melangsungkan perlawanan pertunjukan di dalam penjara - Untuk aktiviti masa depan banduan-banduan seperti mana diguna pakai di Amerika. 'Upah'nya kedua-dua akan diberi pengampunan dan akan dibebaskan awal.

Danpe Tange melatih Joe di dalam penjara dan mengajar satu teknik tumbukan hebat. Di hari pertarungan, Rikishi dengan megah mengatakan Joe akan K.O dalam pusingan pertama. Setelah tiga pusingan, yakni pusingan akhir, Joe yang telah berkali-kali diboxing sejak loceng pusingan pertama - melakukan satu keajaiban - Membalas tumbukan Rikishi dengan tumbukan double crossing. Dua-dua K.O. Sejak itu - Kedua-dua berimpian untuk repeat match.

Setelah keluar penjara. Joe telah mendapat lesen bertinju dan telah bertarung 8 kali dalam kategori flyweight.  Menang 8 kali dengan teknik dan tumbukan sama, double crossing. Ia mencetuskan fenomena dan rekod baru yang unik. Rikishi juga menang banyak dalam pertarungan featherweight dan rankingnya di dunia telah meningkat hingga hampir ke peringkat kejuaraan tali pinggang.

Yoko mencabar Joe untuk berlawan dengan  Wolf Kanagshi. Pro boxer dalam kategori atas Joe dan bawah Rikishi, battamweight. Yoko berbuat demikian kerana bimbang dengan tumpuan Rikishi akan terjejas. Dia mahu Joe kalah dengan Wolf agar keinginan Joe untuk bertarung dengan Rikishi terpadam. 'Wolf ' telah study tumbukan double crossing dengan jurulatih-jurulatihnya.Di hari pertarungan, 'double crossing' Joe dipatahkan 'wolf' dan Joe tersembam di atas gelanggang. Rikishi yang berada di stadium menghampiri gelanggang ' Hoi celaka, jangan kau kalah sebelum bertemu dengan aku!!!". Joe bangun dari kiraan K.O dan meneruskan pertarungan. Dan menamatkan 'wolf' dengan tumbukan mustahil - Triple crossing!

Rikishi melakukan segala-galanya untuk menurunkan berat badan, untuk turun ke kategori battamweight. Di hari timbang berat badan sebelum pertarungan - Badan Rikishi sangat mengagumkan aku. Badan sekeping! - umpama tinggal tulang dan kulit sahaja. Gile!

Rikishi menang dan mati.

Filem ini sangat hebat. Sukar diagak plotnya. Shot-shot yang diambil sangat takjub terutama ketika tumbukan singgah di muka.Watak-watak terutama DanpeTange sangat mempesona. Bunga - Sekalipun hanya 4 babak pendek, sangat menyentuh rasa. Skrip-skrip dia sangat sedap. Jika kau peminat Rocky mulut senget, Muhammad Ali, Mike Tyson, Prince Nasim, Katsuki Satoyama - Naskah ini, naskah wajib tonton.