Followers

Monday, June 1, 2009

teledrama swasta BIO-NIK

masa kecik dulu-dulu biasa tgk citer bionikman...6 milion dollar man...or citer bionik woman...best layan citer2 tu masa dulu...lari laju macam rimau kumbang...tumbuk macam tukul besi...siang mata macam helang...malam mata macam burung hantu...telinga macam dolpin...

sekarang ada drama bio-nik...dia berasal dari kelantan...nik lutfi nama dia...bukan sedara dgn nik aziz..dia mengalami eksiden teruk...kawan dia mati...kereta total lost...dia kronik dan tak dapat diselamatkan kecuali dengan satu cara...'projek rahsia professor hafiz'..

projek mabeles..cuma belum jumpa calon untuk ujikaji..prof. hafiz adalah ayah kepada nik lutfi...prof. hafiz tak ada pilihan..do or die...jadi dia terpaksa buat operation kepada nik...untuk selamat nyawa anaknya...

dipendekkan citer...surgeri nik berjaya walau ada komplikasi pada awalnya..suatu petang...nik bersama prof. hafiz...

prof: "ko tau tak..ko bukan manusia biasa...ko sekarang sgt luar biasa anakku..."
nik : "maksud papa?"
prof : "telinga ko seperti dolpin.mata seperti helang dikala siang..burung hantu dikala malam...laju macam rimau kumbang...kuat seperti badang..."
nik:"ye ke pa?" mata dia membulat..

mereka membuat ujikaji..

prof : "ko nampak awek tu?"
nik : "mana pa?"
prof : "1000 meter..pakai baju kurung merah bunga-bunga"
nik : " nampak..nape pa?"
prof : "coba ko coba fokus kat awek tu"
nik : "nampak jerawat pa! 3 ketul...satu dah nak masak..boleh picit!" nik btol2 kagum..btol2 gembira...
prof: " apa yg ko senyum2 tu..ko scan apa?"
nik : "err..nasik lemak pa.."
prof ketuk kepala nik..
prof : " do it for good ok...."

mereka buat ujikaji lagi..
memang berlari pantas bebenor...macam x-man pulak..
telinga pun dengar macam2..jauh dan dekat...

esoknya pagi...
nik ketuk bilik tidor proff...bertalu-talu...prof dan bininya membuka pintu..
mama: "kenapa nik? kenapa menangis ni?"
prof : "ha ah..nape anakku?"
nik : "anu nik papa..anu nik!!"
nik terus lari...laju keluar rumah...guna kelajuan soniknya...

mama: "err..nape dengn anunya abe??"
prof: "err...anunya anu tikus..."
mama tumbuk kecil bahu lakinya..
prof : "dah nak buat macam mana..tu papa blum abis study lagi...takkan nak bagi papa punya plak..."
mama: "abis camana ni.."
prof : "bio laa dulu..bio dia menangis dulu...kang balik laa tu.."

*tamat*
seperti kata kapten..tiada siapa yng terlalu bertuah..kita manusia..ada kelemahan..ada kelebihan..kelebihan guna sebaiknya..kelemahan coba baiki..kalo takleh terima seadanya...

Sunday, May 31, 2009

itulah chenta

itulah chenta

jika kau tersenyum
dan kemudian menangis
itulah cinta

jika kau ketawa
dan kemudian berduka
itulah cinta

jika kau bahagia
dan kemudian kecewa
itulah cinta

jika kau merindu
dan kemudian membenci
itulah cinta

kerana
cinta itu
semua rasa dalam satu
itulah cinta

ps-malas nak menulis pjg.tulis pendek..hahaha.kat bawah ni ada pertandingan mengisi dialog..budak kecik baju biru tu cakap apa?rozita che wan pozzing ayu..hoho...

arini baca berita model indonesia yg kawin dgn anak sultan kelantan dah balik indonesia melalui 'dramatik action' di singapura...manohara odelia pinot...


Friday, May 29, 2009

barca champ!


ha ha ha. takziah buat penyokong2 poyo man united..dicanang-canangkan final klasik menemukan 2 team terhebat dia dunia ketika ni...ropanya final yang tak best dan berat sebelah...betol mengganggu tidor dan tak berbaloi..

pada pendapat aku
man u kalah kerana taktik alex tidak menjadi...ronaldo tak patut jadik top...dia sepatutnya tetap di posisi tepi...sepatutnya dia kena terus menekan puyol yg dah tua tu dan berat rambut tu....

park ji sung tak patut main first eleven....tiada passing menarik..tiada larian pantas...tiada idea membuka permainan...tevez patut main dulu...dia striker gile yg paling gile yng merbahaya...

bek man u longgar...tidak tight marking macam chelsea buat time lawan barca...bek hanya tgk pemain2 barca passing-memassing...yang mana barca adalah team yg sgt sempurna dalam bab itu...terutama xavi dan si pintar iniesta...

gol messi...tiada bek yg halang sepakan lambung xavi...dan messi free header buat goal...
patrick evra mungkir janji...kata nak rantai messi..tak sabar2 katanya...cittt..podahhh...

menukar taktik pada perlawanan paling penting...merosakkan tempo dan kemantapan team....ia kesilapan agung alex...

ps-kapten jangan menangis lama-lama!

Tuesday, May 26, 2009

69


korang kena ingat ini nombor
nombor ini memang bijak
nombor ni terer
he he he


korang juga ada nombor
mungkin no kurang terrer
ha ha ha


ni bukan no jersey
bukan juga posisi 'itu'
bukan juga ying dan yang
ni nombor kena ingat
ingat sokmo-sokmo
hi hi hi


69 itu 6 september
tarikh lahir aku la
ingat! ekekekeke
besday korang bile?
sila2 bagitau...


nota kaki : tinggalkan besday korang.nanti boleh aku wish..
update :

penjenayah merah jambu : 13/12
masy : 04/01
alis : 23/05
moment : 13/07
raja norazah : 17/06
helena :9/8
hemy : 18/03
citah : 12/09
zaidon : 30/09
hazerin : 19/04
adibah : 11/09
xuen adyla : 23/06
jard : 06/01
aima : 05/03
patung : 09/11
bulan : 06/08
^eazy^ : 23/05
whiteliliesisland : 12/12
ashikin : 08/09
ayampinko : 18/11
cikgu lama : 13/10
zonaku : 29/06
john iverson : 28/01
valsa nine : 26/04
in-chan : 23/06

Monday, May 25, 2009

lagenda budak setan


90's..ia novel masterpiece ahadiat akashah...nama author pun dah buat aku nak baca novel dia..adakah novel sekreatif nama? he he he...kawan aku..songo memang pengumpul novels dan komiks...aku selalu laa rembat-baca koleksi dia...(dia bagi aku koleksi pedang setiawan 01-400!)..ooOOohh!

masa tu byk novel creative enterprise(cover book dia lawa2)... menguasai pasaran di samping majalah ujang humor gila babas...aku tak hengat dah macam mana ropa dia citer lagenda budak setan ni....yg aku tahu kalo AA ni buat citer dia suka buat tergantung...ala filem2 hollywood macam species....ala-ala to be continiued...

ada buku dia sambung..ada buku dia gantung terus....banyakss buku dia tulis(nama tercatit 'the malaysia books of record') ...gaya penulisan baru...guna bahasa pasar...banyak kena kutuk dgn org akademik dan org yg dengki (semestinya..he he he)....

aku salute dia bukan sebab karya dia sgt-sgt bagus...tapi kerana Tekun-Tabah-Sabar-Konsisten dalam menulis....aku rasa dia penulis novel yg paling suksess dari segi box-office...bukan dari segi award...tabik...tabik sama dia...

dan sikit masa lagi lagenda budak setan akan masuk silver screen...masuk wayang..dibintangi oleh artis selekeh pojaan hatiku masa kini...lisa surihani yang bersuara garau...


notakaki :

."apa yang paling kita nak itulah yang takkan kita dapat.."
kartini majalah ujang.bersyukur apa yg ada okeh.

Sunday, May 24, 2009

prison break-hero mati


prison break..
best citer ni..ia bagi byk pengajaran tentang kehidupan..life is unexpected...apa pun yang berlaku...hidup musti terus...aku suka season 1..sebab mungkin idea diorg masih banyak dan fresh...jadik scene betol suspen!! watak2 dalam citer ni kuat...masing2 karektor tersendiri dan mantap...mungkin juga kalo dalam penjara senang nak membina watak...bila kuar penjara....payah sikit pasal masing2 lari ikut laluan masing2....jadik terabur...dan plot lemah...


ia mengajar tentang perlunya berusaha...what ever its takes...fokus pada apa yang hendak dicapai...risiko hanya alasan...adakala kawan itu musuh..dan musuh menjadi kawan baik..hidup juga perlu bermaafan..kadang kesilapan itu kerana situasi...situasi yg memaksa...

walau tiada apa2...harapan dan doa adalah sgt penting...


sarah tu lawa..even dahi dia jendol....

kadang hidup kita.. dalam dilema..nak pilih mana satu...antara dua...tapi PB mengajar mungkin boleh ambil dua-dua tanpa perlu memilih...fikir..buat..tawakal...Allah itu Maha Melihat. Maha Mendengar.Maha Mengasihi..kita hanya merancang Dialah jua yang menentukan...Tapi Allah suka manusia yg berusaha...manusia yang suka berdoa...


dan at the end...micheal scorfield tu mati...aku antiklimaks? ha ha ha.macam mana mati? tgklah sendiri..ha ha ha.Dan aku setuju dengan paiseh...mamat ni..t-bag sangat hebat antagonisnye...sehebat mahmud june..


nota kaki : lega rasenya citer ni dah habis..tensen woo..asik nak tunggu donlod...mmm..mo layan citer apa lagik ek?ni aku kopipes..lovhatelifeangel..

1).."Sebab aku juga perhatikan yang kadang-kadang perempuan atau lelaki yang kelihatan sangat egois, pesimis, tidak percaya cinta atau kebaikan manusia, hati macam kering, gelap, bitter, sebenarnya sangat hendak disayangi. Itu adalah nature.."

2).."Bagi aku, hanya satu perkara yang aku hanya ikut rasa hati, jarang sekali logik, iaitu cinta. Other than that,
I secretly believe in planning. Selain cinta, aku tak berapa suka perkara yang tak dirancang..."

Saturday, May 23, 2009

SEARCH...jum berbaloi-baloi


membesar dengan lagu-lagu search...membuatkan gua begitu teruja nak gi tgk konsert bergerak paling hebat dalam sejarah...arwah mama gua yg tidak pernah membeli kaset..(korang tau apa tu kaset?ahaks)...ada sekali suruh gua beli kaset tak ori tapi ok...kerana dia sangat suka lagu "LAILA NAMAMU TERATAS"


Nama mu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cinta ku yang lalu

Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmu diterbangkan bayu
Melambaiku pergi

Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

Hanya namamu Laila kekasihku laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

search adalah legend....tidak tahu bila akan ada lagi band yg bertahan lama seperti ini....jum! berbaloi-baloi! ia pasti mengimbas zaman kecik2 layan lagu rock kapak...rambut seperti kutu rayap...suar jean koyak rabak...warna ungu..merah..ha ha ha...tapi nyanyi lagu mendayu2..lagu cinta dan memuji wanita...kua kua kua...


kopipes..www.blog.phewwiitt.com

.."Aku sebenarnya terpinga-pinga dan “fonkius” tentang berita yang disensasikan mengenai aku masuk PAS dan kemudiannya tentang aku nafi masuk PAS. Adakah hanya kerana aku hadir dalam suatu majlis sebagai seorang artis di majlis anjuran PAS, yang juga dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz menjadikan aku seorang ahli parti secara automatik? Adakah juga hanya kerana kehadiran Tok Guru menjamu selera di Restoran Cheng Ho dan kehadiran rakan-rakan sepemergian bersama aku ke Tanah Suci di open house hari raya aku menjadikan aku seorang penyokong PAS? Amende lah lu orang ni.."