Untuk beberapa tempoh, macam lupa pernah punya blog. Sesekali pernah untuk kembali menulis. Tapi tak tertulis. Sesekali rindu berahi nak menulis. Tapi tak tertulis. Termenung dan logout. #kbai blog.
But the blog is still here.... And I like that. Hahaha.
Kadang bila sesuatu berlaku. Akan wujud sebuah cerita. Aku seorang pendengar cerita, yang baik mungkin. Aku juga seorang pencerita. Dan kadang menjadi seorang pereka cerita. Dengan cepat rasa mahu menulis. Tapi bila kau membiar, rasa mahu menulis telah semakin menghilang. Menulis tu kadang seperti keghairahan dan hakikatnya keghairahan itu sesuatu yang tidak sentiasa ada.
Esok hari yang besar bagi dia. Hari penentuan. KL jerebu teruk hari ni. Malangnya, hati aku jerebu lagi teruk. Rasa mahu berak tapi tiada isi. Telinga dan belakang kepala panas. Mata panas dan mahu berair. Kepala pening. Berkecamuk fikiran. Letih dan mengantuk tapi tidak mampu tidor. Makan tiada selera. Ia hampir 15 tahun, kemungkinan esoklah penamatnya.