Followers

Friday, December 19, 2008

rita-zafuan




Rita Rudaini.
cantik mak jan ni.muda.bergetah lagi... muka dia muka org innocent..lembut..(abaikan pergaduhan dalam kolam tuh. hahaha)...muka dia sama macam muka eja..muka innocent. dulu pengacara bola..sekarang pemain bola...he he he. dia mengorat zafuan aku rase...

zafuan
muka dia ni hensem jugak. respek kat dia ni. walaupun masih muda tapi berani... berani untuk tidak buat dosa...bukan dia tak nak kawin kat sini..dah bgtau kat bapak tapi bapak tak setuju....dia buat apa yang dia rasa btol...buat keputusan utk kehidupan... btol atau salah...biar masa menentukan...

aku harap mereka kekal bahagia...jaraknya 11 tahun..sekarang ok...tapi taulah perempuan ada jam biologi...lelaki tidak....

Akbar Shaari
mak ai. dunia ni kecik jerk...bila mengulas bola nanti...camno tu?

kepada parents...budak2 mahu kawin tolong kawinkan...jangan menghalang....kehidupan adalah sekolah...sekolah tentang kebenaran...jgn hidup dengan kepalsuan...

'keberanian chenta' kata utusanmelayu...

Thursday, December 18, 2008

IJM diswastakan?




bagi aku TAK PERLU diswastakan... sesuatu yang sedang elok tak perlulah dikacau walau niatnya mahu memperelokkannya..banyak lagi company yang boleh diswastakan terutama company yang sakit...barulah patriot... membaiki kompeni yang bermasalah kepada kompeni yang suksess...lagipun bukan sikit contoh penswastaan yang tak menjadi dan kos perkhidmatan yang semakin meningkat...


"Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan,

sebaliknya merupakan perkongsian.

Kami hanya mahukan 51 peratus"

–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby


sime darby adalah kompeni untuk perniagaan dan keuntungan...maka ongkos no 1. subsidi / tolong org jadik no 3 atau no 4...ini hakikat. ini adat dunia..jadi TAK PERLU DISWASTAKAN.


Wednesday, December 17, 2008

2008 yang akan pergi



tahun 2008 bukanlah tahun yang baik bagi aku. harapnya tahun 2009 adalah lebih baik. oleh kerana aku berniaga dan ekonomi dunia dan negara dalam krisis maka memang terasa sedikit perit.aku berniaga internet. Fotostat.printing--> (he he berniaga kecik jer).namekad.bunting.banner.kad kawin.design.

sebelum minyak naik bisnes ok sikit tapi bila minyak naik mendadak kesannya memang kena. Pelanggan aku yang majoritinya student maka lagilah terasa..mak dan ayah diorang cut duit poket...maka diorang pun buat budget lebih ketat..(diorg potong budget untuk notes.buku.asgnment, BUKAN budget utk KFC, Mcd, top up..huhuhu)

opis-opis pun potong budget maka aku pun terkena jugak. kalo dulu customer jauh sanggup datang sebab kat tempat diorang mahal.tempat aku murah.tapi bila minyak dah naik tinggi kalo diorang datang tempat aku yang jauh maka bertambah pulak kos diorang. jadi mereka buat di tempat yang dekat dengan diorang...walaupun mahal sedikit..

bila minyak naik segala barang naik. Paper naik. kos selenggara mesin naik. toner naik. spare part naik.budak kerja pun mau gaji naik. untuk pengetahuan semua harga 3sen untuk fotostat kat tempat aku sepuluh tahun tak berubah2 walau paper dah banyak kali naik.kesian!

kerja seperti lembu. 9 pagi sampai 12 malam..jeles jugak aku dengan bisnes yang boleh tutup pukul 5 or 6 petang..tak perlu sampai malam...malam rest sebaik-baiknya..macam kedai tayar. kedai stationery.kedai kek.kedai hardware. sales kdi2 ni riban2 jugak sehari tapi waktu kerjanya lebih pendek...kedai aku dapat 500 sehari kira alhamdulillah....kalo nak cecah sales sampai 1 ribu or 2 ribu jawapnya tak tido malam laaa. kerja sampai pagi. kalah indon. kalah burma...huhuhu.

di sekeliling aku terdapat lebih 20 kedai fatostat. ia memang compatative zone. MURAH.CEPAT.BERKUALITI. Dan seperti biasa memang Cinalah yang konker. Dengan kedai yang lebih besar. Mesin yang lebih canggih.dan pekerja yang lebih ramai..

setelah minyak turun. Harga barang2 yang sudah dinaikkan tetap sukar untuk turun...sebabnya seperti aku katakan tadi...ia melibatkan banyak pihak...naik senang turun susah. cakap senang buat susah...

setelah 10 tahun jatuh bangun dalam bisness fotostat aku berharap agar 2009 aku mendapat sinar yang baru. Rezeki yang berganda. sihat senantiasa. juga berharap bertemu jodoh. ha ha ha.

Sunday, December 14, 2008

hazlan lagi




aku dapat info baru. dia mahu bertanding calon bebas di parlimen trg nanti. 80 % jadi..dia dah peruntukan 10 juta untuk itu. hua hua hua.

Org tua atau org muda asyik cakap pasal dia ni...bini dia yang umur 22 tu pakai merc brabus TAR 333..hua hua hua..Baru ni pun dia dapat anugerah kedai harga patut dari sharir samad...tapi tak dapat ambil. pi dubai..

ferrari dia wks 1 masih tak dapat di keluarkan dari kawasan jpj...Ferrari tu dikatakan beli cash dengan 1.6 juta...duit dia belom sampai 100 juta..belum sampai...

dia beli lagi bas.600 ribu cash.3 bijik bas. hua hua hua...sekarang tengah pikir nak beli helicopter la pulak...hua hua hua

dia penah naik kapal terbang...dia lewat. kapal terbang tunggu dia...air asia..bila dia naik semua pakai tie...dia je pakai t-shirt sambil cakap trg dengan budak2 dia..hua hua hua

dia juga bawak anak-anak buahnya( staff) pi umrah ramai2...

gile!..hazlan namamu jadi sebutan di trg...




copy-paste dari web lain...

PRK P 36 KUALA TERENGGANU PERTARUNGAN 5 PENJURU?Kuala Terengganu- Berita SinarHarian hari ini melaporkan ada seorang lagi calon bebas yang menyatakan minta untuk bertanding bagi Pilihanraya Kecil P 36 Parlimen Kuala Terengganu iaitu Encik Hazlan Ismail, seorang Usahawan muda yang baru berusia 25 tahun.

Setakat pengetahuan penulis, Hazlan ni dikenali di kalangan orang muda kerana beliau mengusahakan 4 buah gelanggang futsal di Kampung Gong Tok Nasek. Bukan setakat itu sahaja, bahkan beliau juga memiliki beberapa buah bas persiaran, 2 unit Kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Beliau juga mempunyai kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri, dan yang terbaru, Ferrari. Ini sangat membanggakan kerana dalam usia yang begitu muda, beliau mampu mengumpulkan harta sebegitu banyak dan harta ini bukannya diwarisi bari ibubapanya kerana difahamkan ibubapanya meninggal sejak kecil. Yang lebih menarik, beliau pernah menerima anugerah Usahawan Muda peringkat Kebangsaan pada tahun lepas kalau penulis tidak silap.

Ada juga sumber mengatakan bahawa Mat Kerak(Sabri Alwi) lah orang yang bertanggungjawab memujuk Hazlan bertanding. Ada juga yang mengatakan bahawa Hazlan sendiri telah mengumumkan dirinya akan bertanding untuk Umno kepada kawan-kawannya. Kalau benarlah begitu, mana mahu letak Dato’ Wan Farid? Mat Kerak pula tidak tahukah bahawa Hazlan itu cenderung kepada Pas? Ataupun mungkin juga ini perangkap untuk memecahkan undi atas alasan Hazlan baik dengan orang-orang Pas di peringkat akar umbi? Tetapi terang lagi bersuluh dalam SinarHarian bahawa beliau akan bertanding tiket bebas.

4 lagi calon yang bakal bertanding sudah dimaklumi umum iaitu Calon dari Pas, Umno, Akim dan seorang lagi calon bebas yang pernah bertanding PRU 12 lalu iaitu Makcik Maimun. Ini menjadikan kemungkinan pertembungan 5 penjuru!!! Kalau betullah jadi, maka ia akan jadi pilihanraya kecil rekod dalam sejarah. Makcik Maimun ketika ditemuramah menyatakan minat untuk masuk bertanding sekiranya ada orang sponsor. Ini satu petunjuk bahawa memang benarlah beliau ditaja sewaktu PRU12 yang lalu.

Akim pula yang muncul di PRK Permatang Pauh, menyatakan hasrat untuk bertanding lagi, walaupun hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh. Kata wakil parti itu, mereka yakin akan dapat sokongan rakyat Kuala Terengganu, termasuklah ahli jamaah Tabligh. Penulis pun tak tahu pulak bila masa Maulana Tabligh buat fatwa boleh mengundi ni..Yang pasti, calon Akim pun ditaja Umno. Kalau sesiapa yang sempat memerhati poster dan bendera parti bertanding di Permatang Pauh baru-baru ini, pasti perasan bahawa poster dan bendera BN tak jauh dari poster dan bendera Akim. Ini seolah-olah menunjukkan orang yang sama memasang poster terbabit.

Bagi Pas pula, Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa partinya akan mencalonkan ‘Rumi Tempatan’. Siapa dia Rumi Tempatan ni? Rumi merujuk kepada golongan bukan Ustaz atau ulama’. Manakala Tempatan pula bermakna Pas Terengganu ingin memilih calon tempatan, bukan calon luar seperti Mat Sabu sebagaimana PRU12 lalu. Tapi persoalannya, Mat Sabu beria-ia benar untuk bertanding di Kuala Terengganu. Nik Aziz menyatakan pendapatnya untuk memilih Mat Sabu sebagai calon terbaik. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu menegaskan ia hanay pendapat peribadinya sahaja. Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat pas pusat. Akhbar SinarHarian dan Utusan Melayu hari ini dengan jelas tajuknya ” Mohamad Sabu calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.” Tak habis-habis kerjanya nak melagakan ahli-ahli Pas.

Apa-apa pun, masa masih panjang, esok(jumaat) SPR akan bermesyuarat dan tarikh akan diumumkan menjelang malam esok mungkin. Sama-samalah kita tunggu dan lihat………

Thursday, December 11, 2008

sembilan



aku suka no 9.
semua org ada no kegemaran.
aku memang suka no. 9...
kenapa aku suka no 9 ek?


mungkin sebab aku lahir bulan september.
dan bukan lahir kat negeri 9(nape takde negeri 6,7,5,3..hehe)
jersi bola aku masa sekolah pun no 9
jersi bola masa kolej 2 upm pun no 9
aku suka ikan sembilang
aku minat ronaldo brazil
aku minat careca nine
no kecemasan 999


9 itu no paling besar
kalo terbalikkan 9 jadik 6
9 kalo kat jam ada maknanya
mak kandungkan aku 9 bulan
9 setat dengan huruf s
september setat dengan huruf s




kenapa aku suka no 9?
entah la.
kau.kau.kau..
suka no apa?


Sunday, December 7, 2008

kesian melayu

serius...aku rasa kesian dengan peniaga melayu...walaupun duduk di 'tanah melayu'...penguatkuasa melayu...tapi sukar untuk peniaga melayu terutama di kl...

dulu aku pernah meniaga kedai makan...bukanya malam sahaja...tomyam...tukang masak dari kelantan dan siam lah...sepanjang setahun aku berniaga aku kena ambush 3 kali(bukan kena ambush dengan komunis)....3 kali meja dan kerusi aku diangkut lori mpsj...ye memanglah aku letak meja dan kerusi di tempat parking..tapi kedai mamak berdekatan juga meletak kerusi dan meja di tempat parking...tapi kenapa kedai aku aje yang kena? tidak kedai mamak itu...kedai aku bukanlah laluan bz...ianya di kawasan flat terpencil...(kedai aku ada big skrin tau...he he he..kdai mamak yang glamor pun takdak lagi masa tu...ha ha ha)

kalo kita nak ambik balik meja dan kerusi rampasan tu, kita kena tunggu 21 hari..setiap hari tu dia akan charge storage...sehari rm 5...saman dalam 1 ribu....nak tak nak terpaksa laa beli meja dan kerusi baru...'burn' ajelah...beli baru lagi jimat....

dapat saman pun 4 keping....susahnya nak berniaga...kalo korang pegi tgk dekat bandar seri kembangan...selamba jer cina meniaga tepi jalan....dulu ada warung besar depan southern bank...tak penah kena angkut pun....meniaga bunga sampai ke parking lot (dalam bandar tu)...
meniaga pau babi (aku teka jerk ni..ekeke) depan hong leong bank..atau meniaga paper depan esso...(cina punya paper keluar ptg...mana best baca paper pg2...or bace paper ptg2? rasenya... kita baca paper perkara semalam....cina baca paper perkara hari ini)...tu belum citer kedai kuda dan kedai snooker...

aku naik heran dengan penguatkuasa mpsj yg rata2 melayu ni....rasa gah kah pakai baju seragam dengan safety boot? tidak bijak kah? mengapa berpilih-pilih? kena rasuahkah? melayu anti melayu kah? serius...sedih.

jika kita mau jadik peniaga yang besar...harus bermula dari bawah...sebab kita org biasa yang punya cita mau jadik peniaga luar biasa...dengan sedikit modal kita berniaga nasik lemak tepi jalan dengan harapan dapat kumpul dikit2...mana tahu suatu masa, kita mampu buka restoran yang punya 'hawa dingin section'..mana tahu suatu masa dapat buka seperti kelantan delights...
peniaga-peniaga kecil ni harus dibantu dan ditolong....bukan dicantas...di rampas periuk belanganya...dituang lauk pauk ke longkang...dirampas payung dan gerai berodanya....bila kita bermula dari bawah kita akan belajar mendepani masalah satu persatu....tentang modal...persaingan...daya kerja...manderem...target...yang akan membuatkan kita 'kebal' dan berpengalaman suatu masa nanti....

macam dr mahadei yang berniaga di pekan rabu...
macam al-bukhari yang berniaga lembu...

pelik btol aku dengan melayu yang lagak dengan melayu....yang kecut dengan bukan melayu...kalo korang tengok petaling street...barang2 di situ hampir semuanya palsu dan peniaganya semualah cina...tapi tgklah atas kepala korang....dbkl bagi atap yang berharga berjuta-juta ringgit....aduh melayu...

dulu aku pernah belaja di kelantan....tiap2 petang kalo kat padang bas...beratus2 gerai akan ditolak masuk ke tempat parking....angkut air...pasang kain khemah....sebelum malam banyaklah warung....ramailah org....itulah 'mesra penjaja'...selepas berniaga mereka-mereka akan mengemas..menyimpan dan kembali menolak gerai masing2 entah ke mana...pagi esoknya padang bas akan kembali beroperasi sebagai tempat parking kereta....kegigihan org kelantan ni memang sgt bagus...jadi tak heranlah di johor...di sabah...di sarawak... sepanjang jalan trg-karak-kl...kedai tomyam semua org kelantan yang punya....

kalo kita sampai pagi-pagi buta di kelantan(naik bas)... ada je prebet sapu tanya mau ke mana....mereka gigih.kalo naik kereta prebet sapu...memang garu dahi laaa...kalo tgk lantai kereta korang boleh tgk tar....lantai tembus!!! ini baru cerita peniaga kelantan yang tahap bawah....tahap atas...yang pegi keje naik flight ke kl...kemudian balik kb dengan flight semula...bukan sikit bai...

point aku bukanlah orang kelantan...point aku kita kena bagi kebebasan kepada peniaga....biarlah mereka mau meniaga apa (asal bukan dadah sudah)...mereka pasti dapat majukan diri sendiri suatu masa nanti....org yang berkuasa jgn jadi macam setan...jagalah mereka...guide mereka tentang kebersihan...tentang keselamatan dan apa-apa yang patut....(nanti aku cerita tentang trg pula..he he he)...

sebab kalo korang nak tau sewa kat klcc rm 40,000 sebulan (klantan deligts-sekarg da pindah.sebab manegemen suria klcc nak naikkan sewa 50k sebulan)..warung tingkat atas rm 14,000.00 sebulan (baru warung tu!)...shoplots yang tak berapa besar di klcc...midvalley semuanya puluh2 ribu sebulan....

percayalah dalam hidup kita yang singkat ini....dalam umur kita ni...Allah dah bagi kita cukup masa untuk menjadi yang terkaya di dunia...terpintar...terpelajar...dan apa-apa yang kita bayangkan dan impikan.....masa bukanlah halangan...jika Dia berkata 'jadi...maka jadilah"

Thursday, December 4, 2008

bola! bola! bola!


bagi aku bola adalah obat kepada tekanan. kalo kita sepak slow. dia pegi dekat. kalo kita sepak kuat dia pegi jauh...dia menurut. tanpa melawan...selain menjerit pada laut dan menulis... main bola adalah cara bagus melegakan tekanan...tapi kalo tgk bola mungkin menambahkan tekanan..kalo team kite minat kalah laa...he he he

dari kecik lagi aku suka main bola...kalo ptg jgnlah ada lain2 hal...ptg musti...tak dapat tidak kena main bola...kalo famili rancang nak gi jalan2 ptg...he he he...aku awal2 lagi cabut kuar rumah...diorg tak dapat cari...dulu takdak henpon...ha ha ha...tapi kalo main bola dalam hujan kompem laa kena rotan....

masa aku bersunat dulu....lepas jer bersunat...petang tu aku terus main bola...bola angin (getah lembut)...main sambil pegang kain....main dengan adik2 aku kat laman umah laaa...tak sakit punnn....malamnya...adoii....bende tu bengkak.....sakitnya sampai tak boleh tido...."aduh laaa...aduh laaa"...tapi mengaduh dalam hati jek laaa....kalo tak kena penambah dengan bapak aku....dan first time kencing masa sunat....terkezut aku....air kencing keluar lintang pukang...ha ha ha ha....

dulu masa awal remaja aku minat manchester united...zaman cantona...gary palister..mark huges..roy keane muda...giggs muda(lawan dia steve mcmanaman)...irwin...schemicheal...lee sharpe...tapi bila da besar makin ramai plak aku jumpa fan man U yang aku tak bleh tahan...poyo...maka utk tidak jadi poyo....aku tak mahu minat Man U lagi...ekekeke

aku suka mourinho...dia bijak berkata-kata....sebelum game tak pun lepas game...press suka dia sebab tu lah...cuma kalo team tgh kalah muka dia macam celaka skit....kalau team tgh kalah, aku suka tgk rijaard...cool habis....(tapi aku bukan peminat chelsea...)

bila da makin tua ni....main bola padang da tak larat...semput...main futsal laa sekali seminggu....bola macam kehidupan juga..macam bisness....kita start game dengan harapan tinggi...berusaha keras untuk capai goal...kadang kita leading....kadang kena leading...kadang kalah tapi best...kadang menang tapi tak best...dalam 90 minit kita kena main btol2...tak kiralah masa tgh kalah...sebelum wisel berbunyi kita harus terus berusaha...kadang ada keajaiban berlaku....ingatkan dah kalah rupanya dapat seri....lagi ajaib kite akhirnya menang pada injury time...

bola juga ajar kita cara berkomunikasi...bermasyarakat...walau terer mana pun kita, kita tetap perlukan teammates kita...ia bukan kisah kejayaan individu walaupun ada watak hero dan bintang....dalam hidup...kita perlukan orang dan org perlukan kita....