Friday, February 28, 2014

16 Jam


Semester baru bermula - macam biasa, sebulan pertama memang sangat sibuk. Kerja 16-18jam sehari. Dari 730 pagi hingga 12 malam. Akulah kedai fotostat paling awal buka di Kuala Lumpur ni. Ahaks. Dalam berniat mahu ke Makkah bulan 5 ni, Inshaallah. Rezeki makin bertambah murah. Aku harap tak ada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda aku membeli benda-benda yang bukan masanya lagi, yang akan membuatkan budget aku ke sana tidak cukup. Mintak simpang..

Semoga Dia membuka pintu rezeki seluas-luasnya agar aku ke sana dan juga membeli apa yang aku nak di sini. Ahaks.

Setiap hari, aku akan tanam azam hendak ke sana. Doa tiap-tiap waktu bila teringat. Bila nampak kapal terbang ke. Nampak gambar Kaabah ke.. Apa-apa sahaja..

Jadi, projek-projek yang lain, ketepikan dulu.  Belum pun pernah pergi tapi begitu rindu hendak sana!

ps- kena buat paspot dulu nih.

4 comments:

  1. Insya Allah uncle..bila dah pasang niat Allah yang akan makbulkan..dan akan cukupkan mana mana yang tak cukup tu

    ReplyDelete
  2. kak tcc dan budak kecik Ain..

    insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Niat yg baik, akan dipermudahkan
    Amin.

    ReplyDelete