Friday, February 3, 2012

azura 2011 ke THE CROW

aku adalah antara peminat karya aziz m. osman masa aku kecil dulu. Drama-drama aziz memang best dan lain dari yang lain seperti karya Adlin Shauki. Dan dia membuat remake filem azura 1984. filem melayu pertama mencatatkan kutipan box opis.(filem P Rmali tak box opis ker?).

Masa ini aku tonton wayang terbuka,ada orang panggil wayang pacak, yang pakai projektor kat padang.Pakai layar kain puteh. Aku berlari-lari di padang. arwah parents aku berdua-duaan di atas tikar layan azura dan membilang bintang..

Remake filem yang sudah berjaya dari segi sejarahnya bukan suatu kerja senang. Ia sangat berisiko. baru je keluar citer ni, banyak komen negatif. neelofa berlakon macam kayu. aku buka youtube, search karipap-karipap cinta. pergh! hancur kalau hero berlakon macam ni. potong stim! Tak jadi beli dvd. ha ha.

tunggulah satu lagi filem remake. THE CROW. ni aku tonton kat rumah songo, zaman video tape vhs. the crow ni citer dia macam citer P Ramli, enam jahanam. kisah tantari membalas dendam atas masmera. masmera dirogol beramai-ramai dan dibunuh.

brandon lee dan shelly merancang untuk berkahwin pada esoknya. malam itu rumah mereka dirompak oleh gangster.bertambah malang gangster memukul dan merogol shelly beramai-ramai di hadapan matanya.Setelah dirogol-rogol, Shelly dibunuh kejam oleh mereka. Akhirnya dia sendiri dibunuh oleh gangster tersebut dan dicampak keluar dari rumah, flat tingkap paling atas.(mati ker?hah?? awalnya hero mati?bukan dia hero ker? konpius aku.haha)

setahun berlalu, dia keluar dari kubur. umpama gagak jadian, dia mahu membalas dendam ke atas shelly dan kematian dia sendiri. scene-scene dia mencari dan membalas dendam tu yang thrill dan best. first time aku tengok citer hantu dengan mata bulat-fokus.ahaks.

hero menang as usual.tamat.

ps-Brandon Lee anak kepada Bruce Lee, hero the crow mati ketika penggambaran sudah nak habis. mati terkena tembakan pistol yang ada peluru. Diklasifikasikan sebagai kemalangan.

-aziz,kau dah hilang sentuhan?

15 comments:

  1. merasa jugak tengok wayang pacak ehh...

    ReplyDelete
  2. kucit
    wayang pacak kadang2 masih wujud lagi..padang kinrara ada tayang.. citer lama2 la.ohsem dan sentimental..

    ReplyDelete
  3. uih..
    cam best jer citer The Crow nih..
    nk kena download nih..
    hehe~

    ReplyDelete
  4. salam maulidurrasul..

    dtg follow sinie..:)

    ReplyDelete
  5. Azura versi baru?? mesti tak best hehehe.. selalunya cerita kalau buat balik jrg sgt yg menyengat..

    ReplyDelete
  6. woahh teringin tengok wayang pacak. sekunk dh takde dah

    ReplyDelete
  7. xpnh merasa pown tgk wayang pacak(nk gaks rasa)...smbl garu kepala knpa yerkkk...ahaks..

    p/s:neelofa?? maap jer lah...hihiii..

    ReplyDelete
  8. aa rugi je beli dvd..tunggu je org upload kat intenet.tg free je.heee

    ReplyDelete
  9. sejak2 habis stdy neh jarang lak tgk wayang..

    beli cd ja la nmpknya..ehhehe

    ReplyDelete
  10. akak pun dulu tgk cerita abang kat wayang pacak kat padang sekolah depan rumah.. smp sekarang teringat2.. citer azura tgk kat rumah aje.. tp sebab citer tu best ulang2 tgk smp naik hafal dialognya.. the crow pun best.. ingat lagi pinjam tape the crow tu kat kedai sewa tape..

    ReplyDelete
  11. penah gak tgk wayang pacak..seronok!~ ^^

    ReplyDelete
  12. citer azura ni dah tak sesuai ngan zaman ni.

    p/s : aik??sejak biler ada WV ni.

    ReplyDelete
  13. huhu..
    ak dah tengok citer The Crow nih..
    Brandon mati dalam citer nih kan?
    tapi ada sekuel kalau x silap..

    ReplyDelete
  14. ko rasa azura tu patut tengok ka nda? lol

    ReplyDelete
  15. kyo
    orang kata sambungan dia tak best..

    okazawa
    salam

    tcc
    ye takbest. gagal dalam pawagam.haha.

    org jepon
    ye donlod lagi bagus.haha.

    diyana
    masih ada rasanya. padang kinrara kot..tapi bermusim kott.

    teja
    neelofa mantap.lisa dah kawin..hahaha

    ila
    ya..bila belajar tak busy..tak banyak pikir bende lain..

    hanis
    vhs memang klasik..ahaks

    penyu
    banyak citer tak sesuai zaman..itulah yang menariknya filem.ork?

    ReplyDelete