Sunday, July 26, 2009

to citahrudin

Dia dan kanser

kuatkan semangatmu
kuatkan hatimu
kerana Tuhan ada 'blog'Nya
yang sudah tertulis
yang telah tetap
di mana
yang pergi tetap akan pergi
tetap tak akan kembali

masa yang ada
yang terlalu sedikit ini
sisir rambutnya
walau gugur ia
manjakan dia
walau kelat senyumnya
jaga dia sebaiknya
tanpa jemu
tanpa penat
kerana masa tidak banyak lagi
tidak banyak lagi

aku
juga sudah tiada
tapi tiada secara tiba-tiba
kau
masih ada
tapi mungkin juga akan tiada
harapnya bersedia

semoga tabah
sangat-sangat tabah
semoga sabar
sangat-sangat sabar

20 comments:

  1. kuatkan semangat..sem0gadikurniakan kesihatan yg baek..insyaalah...

    ReplyDelete
  2. ulp! syukuri apa y kita miliki selagi kita memiliki

    ReplyDelete
  3. tabah ye,,ade hikmah ape yg terjadi..

    ReplyDelete
  4. Aku pun sudah tiada, tapi aku bersyukur kepada Allah, sebab diberi kesempatan untuk menjaga, membelai dan memanjakan. Perginya di pangkuan aku.

    Betul kata kau, kena tabah.. betul-betul tabah, kena kuat.. betul-betul kuat.

    Aku berdoa yang terbaik untuk citahrudin dan diberikan kekuatan untuk tempuh segalanya, Amin..

    ReplyDelete
  5. aku sungguh terharu ko wat entri ini utk citahrudin..... ;p

    ReplyDelete
  6. nk ikut terharu jgk la...

    kikiki

    * owh, kali ni aku faham..huhu

    ReplyDelete
  7. kuatkan semangat dan terus berdoa.

    ReplyDelete
  8. Betul apa yg bro kuehbakar cakap... b strong...

    ReplyDelete
  9. yang penting Redho denagn ketentuannya..

    ReplyDelete
  10. uiks....moga makin tabah..makin kuat...makin sabar menghadapi smua nih

    ReplyDelete
  11. hargai ape yg ade depan mate!

    ReplyDelete
  12. mak citah telah 'pergi'..alfatihah..

    ReplyDelete
  13. muger tabah selaluuu.. salamm

    ReplyDelete