Followers

Thursday, August 18, 2011

qout hari ini


"lelaki muda tidak suka mengarah kita, sedangkan yang berusia, mereka lebih suka mengarah.Itulah yang membuatkan saya tidak terpikat dengan lelaki berusia"

"tapi itu tidak bermakna saya tidak boleh terima atau mengikut arahan.Dalam hal-hal tertentu, saya seorang yang mengikut kata"

"dalam hubungan, saya pentingkan kematangan seseorang lelaki itu.Apa salahnya jika usianya lebih muda tapi dia matang dalam tindak tanduknya, bukan kebudak-budakan.Lelaki yang dekat di hati saya, dia ada keberanian.tidak seperti lelaki yang berusia.walaupun mereka ni meminati saya tetapi hanya berani cakap. Takut untuk mengorak langkah. "

rozita che wan.
utusan melayu.ms 26.18/08/11

********

"saya tidak paksa isteri memasak sebab saya tahu dia macam mana tapi dia tetap nak masak. Adalah yang terlebih dan terkurang, tapi saya tetap suka kerana kesungguhannya"

noh hujan.suami mizz nina tan sri azman hashim.
hitsmegaUM.ms 35.18/08/11

********

"saya dapati mamat seorang lelaki yang jujur.sebab itu, pada awal perkenalan kami, saya memberi ruang dan peluang dia mendekati saya. semakin lama saya mengenalinya, saya dapati dia ada banyak ciri kemelayuan.antaranya, saya tertarik dengan tandatangannya yang ditulis dalam tulisan jawi"

rafidah ibrahim.
hitsmega.UM.ms 33.18/08/2011


masa kita suka.
kita nampak yang baik-baik walaupun kecil.
bila kita tak suka kita nampak yang buruk-buruk pula walaupun kecil.

kesimpulan ayat-ayat di atas...

1.lelaki perlu berani.jangan cakap je berdegar-degar.hahaha.

2.perempuan kena berusaha berbakti pada suami walaupun tak reti/biasa.kerana suami bisa menghargai biarpun tidak terluah sebenarnya.

3.bagi ruang dan peluang.

Tuesday, August 16, 2011

gunners peluru kapor



liga inggeris, BPL sudah kick-off. aku ada tgk arsenal vs newcastle. man united vs westbrom. tapi aku nak ulas pasal arsenal je. er.aku bukan fan arsenal.

arsenal buka langkah dengan kaki kiri. seri dengan newcastle(NC) o-o. perlawanan pertama memang sukar. tapi pada pengamatan aku arsenal sangat sakit tahun ni. Arsenal tiada fab. kapten sudah pindah ke barca. untuk rekod, arsenal menang 65% perlawanan jika fab bermain.

mourinho membina porto dengan deco. chelsea dengan lampard.inter dengan sneidjer. wenger juga begitu. membina arsenal dengan fab.fab adalah nadi kepada arsenal.jantung arsenal.pergi tanpa pengganti adalah satu kemusnahan.

prospek hilang nasri. nasri sangat berbisa musim lepas.musim terbaik dia di BPL setakat ni. dengan tawaran gaji sekali ganda, 200,000.00 pound sterling seminggu membuatkan nasri ingin pergi man. city. ia sukar ditolak oleh sesiapa. lagipun city sedang membina kekuatan dengan sumber kewangan yang kukuh.semua org nampak city adalah pencabar kejuaraan. tidak arsenal.

hilang fab.hilang nasri. midfielder yang tinggal rosicky.wilshere.ramsey.. wilshere memang bagus. tapi mengharapkan dia seorang pasti meletakkan beban yang sukar untuk dia tanggung.lagipun dia masih sangat muda.beban tinggi boleh merosakkan corak permainan.

arshavin sudah hilang punca.arsenal tiada satu pun percubaan merbahaya masa lawan NC kecuali tendangan van persie..itulah satu-satunya bahaya yang tak berapa merbahaya sebenarnya. itu baru lawan NC.belum lawan lagi big-five.

gervinho membuat debut yang bagus juga kecuali sangat malu untuk mencuba ke arah gol terutama luar kotak penalti dan kad merah bodoh yang diterimanya.wenger ketika ini hilang punca sebab dia sangat berharap fab tidak pergi, sebab itu dia tidak membeli setelah pasaran dibuka. sekarang mahu cari pengganti sukar. harga juga lebih tinggi.

jadik aku rasa arsenal tahun ni menduduki tangga ke-5.teringat kata-kata patrice evra."arsenal adalah tempat latihan".jangan marah fans arsenal. wenger juga diyakini akan meninggalkan arsenal sebelum kontrak tamat untuk kembali ke perancis membimbing PSG.pet baru bilionair arab.

ps-aku pilih cardiff city la.hahaha. bawah adalah jersi cardif city-vincent tan punya kelab. ada penah nampak jersi kelab ada nama negara? keh keh keh.osem!antara jersi mahu milik..



Monday, August 15, 2011

temah dan tipah

aku ada sorang kawan.. azrin nama dia..lelaki dan seorang owner workshop kereta..sama umor...kalo kami bertemu dan minum-minum di kedai mamak..maka antara topik bualan wajib adalah tentang wanita..tentang bini... tentang jodoh..dan aku gelakkan dia..dia gelakkan aku...dua teruna tua gelakkan sesama sendiri...

tapi pertemuan terakhir kami...dia kata dia sudah sampai seru...ada 2 calon...calon baik2 katanya...tipah dan temah...dia tak tahu nak pilih sape...owh mudah kata ku..pilih saje! kalo tiada calon, lain kira..kalo dah ada calon mudah saje...pilih aje..buat solat istikarah...pilih dan berserah..jgn serabutkan kepala...owh yea..jangn lupa tunjuk kat mak ayah dulu aku kata...walaupun mulut mereka akan buat ko makin pening...ingat, pilih dan jgn serabutkan kepala..lagipun aku yakin parent ko akan ikut aje ko pilih mana..temah atau tipah...kokan dah telajak! ha ha ha!

dia takut salah pilih...dia kata dia dah listdown...kelebihan dan kekurangan tiap2 calon...aku menggeleng kepala...aku tidak setuju..apa yg dia listkan bukan tepat dan mungkin tidak betul sama sekali...

"gu..dalam hidup ni...kita tidak boleh kata kita salah pilih bini suatu masa nanti...sebab tipah atau temah yg ko pilih pasti akan membawa masalah pada ko suatu hari nanti(ko juga membawa masalah pada dia tau..)...pasti ada bende yg paling-paling ko tak suka kat bini ko...ko tak tahu sekrg sebab ko belum kawin..."

" gu..chenta sebelum kawin lain...selepas berkahwin lain...totally lain...masalah tetap akan ada jika ko pilih temah ataupun tipah...ko kena selesaikan masalah tu..hidup adalah untuk menyelesaikan masalah bukan?"

"lepas ko kawin...akan ada banyak ujian...sama ada tipah atau temah...masalah2 tu adalah Ujian dariNya pada kite..bukan sebab ko salah pilih....sebab ia adalah ujianNya..."

"sebelum kawin kita hanya nampak 'permukaan'...lepas kawin barulah terbongkar segala 'dalaman'...tipah yg sebenarnya 'tipah'..or temah yang sebenarnya 'temah'..."

"gu...keje ko sekarang memilih ikut naluri kata hati...lain-lain adalah keje Tuhan..jangan takut..."

dia hanya mendengar...mendengar dan berpikir mungkin...aku doktor chenta? yup begitulah aku rase...ahakss.


notakaki : aku mahu chenta lepas kawin. byk bende yg boleh diexplore bersama dgn jujur...kurang hipokrasi.. tahu sesuatu terus benar dan jelas....bukan lain sebelum kawin...lain selepas kawin...

postasal:14/02/09 ini repost.malas update kita repost.haha

Friday, August 12, 2011

contest aku berpuisi - pada orang yang berputus asa




ini adalah entri kontest puisi, yang farah tag aku. asal kontest dari sini



pada orang yang berputus asa
buka mata deria
buka mata hati
lihat betul-betul
mohamad hairuman miskon

pada orang yang berputus asa
fikir dalam-dalam
fikir tajam-tajam
akan erti takdir
akan erti suratan
akan erti syukur
akan mohamad hairuman miskon

pada orang yang berputus asa
Allah itu Maha Esa
Dia Maha Mendengar
Dia Maha Melihat
Dia Maha Mengasihani
Dia Maha Pengampun
aku, juga kau-kau dan mohamad hairuman miskon
hanya hambaNya
Tuhan sekalian alam


pada orang yang berputus asa
dia, mohamad hairuman miskon
masih mampu tersenyum
masih mampu menahan tangis
masih mampu bersyukur
tentang satu kaki
tentang satu nyawa
tentang satu kehidupan

pada orang yang berputus asa
jangan terus berputus asa
jatuh.kecewa.merana.menangis
adalah lumrah kehidupan
adalah ujian Tuhan
buat hambaNya

pada orang yang putus asa
ingatlah mohamad hairuman miskon
sebuah simbol
syukur sebuah nyawa
syukur sebuah kehidupan
jangan putus asa!

Thursday, August 11, 2011

futsal dan lux

selepas terawih semalam main futsal. biasanya main defender..futsal jika defender adalah merangkap seorang midfielder-perancang-arkitek. yakni mematahkan serangan.merampas position dan mengumpan bola cantek kepada striker atau forward di depan..bola cantek akan menghasilkan kebarangkalian 50-50 untuk gol.

tapi semalam main keeper.futsal keeper tidak seboring bola padang-yakni jarang-jarang dapat bola.futsal, keeper kerap dapat bola.yelah courtnya kecik, playernya sikit. dan gerunnya pemain lawan rembat bola berdesup-desup.macam aku ni punching bag pula.shitte!

satu keadaan. satu - lawan - satu.aku menerpa keluar dari posisi. bek terlepas penyerang lawan..lawan merembat padu! bubb! bola rempatan terkena telor. sesak nafas 20 saat. shitte!

satu keadaan lain. kelam kabut depan pintu gol..tetiba lawan rembat lagi. bubbb! kena telor lagik! arghhh! terguling sesaat.shitte! shitte!

malang betol nasib jadi keeper malam ni..rasa nak tobat takmo jadik keeper.

balik.
lux-dian sastro.
test.
masih function!
senyum gumbira.
ha ha ha.
tergelak sakan ekceli.


Tuesday, August 9, 2011

now everyone can fly

kali pertama aku naik flight tahun 1996.Naik Mas dari Subang Airport ke Trg.Ia gaji pertama aku. gaji kerja kilang di Rawang.Arwah mak suruh balik kampung.Jangan susahkan orang katanya. Masa tu aku menumpang di rumah sepupu aku yang dah berkahwin.

masa tu, aku dapat gaji yang tak banyak sebab tak cukup sebulan kerja dan burn beberapa hari gaji setelah cabut tanpa notis. ha ha ha. aku terpikir nak naik kapal terbang. macam mana rasa ek?
kawan aku,lobo, seorang kl, menghantar aku ke airport.beli tiket.etc..dan aku begitu takut masa kapal terbang pecut nak take-off landasan tu.ia lebih takut dari rollercoster yang aku naik kat genting highland masa kecik..tobat taknak naik flight lagi!

aku pun suka juga hendak balik kampung, suasana di kilang macam di bangladesh.hari2 aku belajar bahasa bangla.kiri kanan bangla.kilang tu buat getah tepi pintu kereta.mungkin perodua punya..sebab perodua kat rawangkan..

airasia

company asalnya ditubuhkan oleh arwah tan sri yahya, anak syarikat drb-hicom. tapi sejak kematian beliau, airasia telah kerugian. oleh kerana mahadir tidak membenarkan lesen baru untuk penerbangan.maka tony fernandes telah beli airasia dengan RM 1. hutang 40juta. 2 boing 737-300..lahirlah airasia - everyone can fly - motto yang cacthykan?

kali kedua aku naik kapal terbang adalah pergi ke kuching..kata dah tobat taknak naik.. hehe..lupa aku bila..tapi masih di awal-awal umur airasia..kawan aku, cikgu zali ajak pegi sana... people like to travel. people like to pay less...tiket memang awal bebulan la sebelum tarikh.rm seratus lebih pergi dan balik..yeah! kuching im coming! hehehe.

flight pukul 6pagi.jadi aku kena ada sejam awal.4oo pagi aku bertolak naik motor dari serdang tuju Lcct.aku malas nak menyusahkan kawan hantar aku.jadik aku rasa naik motor bagus walau takde lesen dan tiada parking fee..(masa tu bas rm 9 belum ada)

kali ni suasana lain berbanding kali pertama dulu..lcct tu macam stesen bas.ramai bukan main.bukan macam airport.tidor dilantai pun ada.'now everyone can fly'.heh! memang tepat.dan masa masuk boarding lobby tunggu untuk naik flight, tiba-tiba ada staff buat pengumuman flight ke kuching.sila beratur..orang pun berebut2 beratur..tergelak aku.(booking seat belum ada)

kemudian kita akan menuju ke kapal terbang dengan berjalan kaki.masa ni feel sangat.nampak kapal terbang.ada bunyi enjin boing.dan jalan laju..potong line.hahaha. tak macam dulu.dulu pakai aerobridge.tau2 dah masuk kapal terbang sambil tengok stewadess senyum..kalau hari hujan renyai pakai payung. cool!

lepas tu ada brief pasal kecemasan..lucu pula tgk 2 pramugari buat memek.err..cuak sikit pun ada.."kalo dalam air.tarik ini.tiup wisel" ---> macam citer titanic tuh!

[aku pun ada jugak buat kira2...200 orang penumpang..kalau darab 200rm = rm 40000..kuching ada 5 trip sehari = 200,000rm sehari! kenapa MAS rugi erk?]

take off kali ni aku lebih tenang.mungkin dah dewasa kot..hehe. dan pemandangan langit sangat lawa..tambah ada cahaya matahari.subhanallah.

lepas tu ada jual makanan dan minuman..tolak gerai.kehkehkeh. walaupun takut2 berada di udara, mata terpampam juga kat montot stewadess tolak troli.hahaha. dan ada jual cenderahati..

dan selepas itu 3 kali repeat ke sarawak. 2 kali ke sabah. oversea belum rezeki.huh!
melancong adalah kesesatan yang mengasyikan..


***********************************************************

sekarang sedang hangat MAS dan AIR ASIA mungkin bergabung.jadik aku belek2 la buku yang dulu aku beli, the air asia story.

"believe the unbelievable, dream the impossible and dont take 'no' for an anwer"

"saying you are going to do something is always the easy part.Its the doing part that actually makes or breaks you"

"we are trying to serve people who are underserve"

"i dont believe in owning technology. like you buy hp, one year later its out of date, so its better to rent. our strategy from day one is not to own, but to rent"

"people havent really understood why im sponsoring formula one teams or man U. if u want to be a global player, u have to tell the world about yourself"

"bonus? i think it is never enough.there is one thing about malaysians.Whatever you give is never enough"

"just believe in your own conviction. If you listen to everyone else, you will never start. weve just got to believe in and do it"

"the person who changes things wont come from the industry. it will be someone else from outside the industry. people in the industry wont change"

"there is a fine line between managing the ego and having no ego.If you dont have ego, you wont be succesful, but u need to know how to manage that ego"

"i would like people to be positive, to be sensible, and to realize that the world is a tough place"

**********************************************************

aku tetap merasakan air asia ada duit dari ananda krishnan..sebab tu nama flight AK. syhhh! air asia telah menempah boing 200 bijik kot, dengan harga rm trilion.kalau ko takde duit berani kau order?

asean sahaja market yang besar. ia populasi 600 juta manusia. amerika 300juta.eropah 350 juta.

what ever..terima kasih tony fernandez.


Wednesday, August 3, 2011

keputusan contest

salam ramadhan.
buat kontest senang.rupe-rupenya nak pilih pemenang bukan senang.okeh la. keputusannya ialah : jeng!jeng!jeng!


1.tukang cuci cute

"cinta tidak boleh dipaksa..memang waktu itu aku pernah cuba untuk sayang dia, tapi aku tak mampu tipu hati aku.Aku cuba dan cuba untuk terima dia dalam hidup aku, tapi sayangnya memang tak boleh"

"walaupun kena reject, dia masih datang raya. Agaknya dia tahu, kalau datang beraya takkan kena halau lak"

"mungkin kerana aku dah terlalu lama bercinta dengan B, mungkin aku lupa bagaimana rasanya berkawan dengan lelaki lain"

"andai Allah sudah takdirkan begitu laluan hidupnya...
walau bagaimanapun kita cuba lari dari ketetapan..
pastinya laluan itu juga yang kita tempuhi.."

ulasan:
bertemu 'jodoh' ketika di tingkatan 1.
mengambil masa 10 tahun sebelum diijab kabul.
kini, telah 10 tahun kawin.

ending citer ni macam nora elena(perasaan tu.rasa nak lagi!ehehe aku pun tak tgk nora elena.dgr org cakaplah). menjejaki seorang yang kita suka selama 10 tahun bukan suatu yang senang.dan secara peribadi aku rasa kita perlu merasai 'manis dan pahit' dalam perhubungan dengan orang lain, sebelum dengan orang yang kita kawin, sebab pengalaman itu pedoman..


2.poyaty

"my love for you is a journey
starting at forever
ending at never"

"from the moment i knew, he is the one am looking for" (umur 13 tahun!)

"cinta, sebenarnya yang buat kita tak keruan"

"he do comeback, after i accept someone to be my so call boyfriend"

"kambing, ko magut rumput ke?"

"friend will always be remain as friend"


3.jiwa hijau & farhana

"memang payah kalau nak ubah orang, sampai kadang-kadang membahayakan diri sendiri"
"lelaki ni memang jenis sepesen kot, sikit-sikit nak couple"

"perasaan ini akan kekal sampai mati" fuyoh!

4.kapten

"jika ada cinta, kita tidak perlu memberi sebab kerana kekasih hati akan faham sendiri. tapi pabila cinta sudah tiada, berilah seribu satu sebab, ia tetap tidak berguna"

"saya berjumpa jodoh saya, pada orang yang serasi dengan diri saya"


***********************************************************************************

kepada yang tidak menang.sangat terima kasih sebab join. kalau buat kontest jgn lupa jemput aku..nampaknya buku masih dalam mimpi..tak mungkin direalisasikan buat masa ni. to be continue di masa depan..

ps-pijot dan mimi aku tak dapat acces ke blog korang hari ni..huhu. letih tunggu 1 ramadhan..tak boleh buat entry sebab aku gagal buat stickypost..para pemenang sila email aku no tepon. nanti aku top upkan. kapten jgn bagi no tepon. bagi alamat sudaa.